Friday, September 24, 2010

MARI BELAJAR MENIPU BERSAMA PAS (PARTI AJARAN SESAT)

Kelakar ada... Lucu ada... Semua ada... Akhirnya semua kena tipu. Yang kaw-kaw kena tipu adalah penyokong PAS. Mana tidaknya... tiba-tiba ada syarikat nak bagi derma RM4 Billion. Itu bukan satu jumlah yang sedikit. Dengan duit yang sebanyak itu, sekiranya PAS tak dapat tawan Malaysia pun, kurang-kurang boleh beli negara lain dan mereka dapat tubuh Kerajaan Islam di situ. Nak tubuh Kerajaan Islam di Malaysia payah sebab kena ikut kata DAP.

Apapun pemimpin Parti Ajaran Sesat (PAS) ini memanglah Penipu dan kuat berbohong. Bila ada berlaku sesuatu perkara yang dilihat akan memberi kesan yang buruk kepada mereka, pemimpin mereka akan menipu dan akan menuduh orang lain memFITNAH mereka. Kesian saya lihat ahli-ahli baru PAS yang dulu tak pernah menipu, sekarang ini kena belajar menipu. Tak lama lagi, agaknya akan ada Kursus Untuk Menipu pula...

Saya cadangkan PAS tukar slogan mereka kepada "MARI MENIPU BERSAMA PAS"...TAHNIAH PAS


Friday, September 17, 2010

SELANGOR & PULAU PINANG : PARTI AJARAN SESAT (PAS) DIMINTA MEMBACA DOA DI PUSAT PELACURAN & SPA?

Sejak kebelakangan ini, pemimpin-pemimpin Parti Ajaran Sesat (PAS) telah banyak mengeluarkan kenyataan dan fatwa-fatwa sesat hanya untuk melindungi kawan "BAIK" mereka dari DAP. Mereka sanggup berkorban apa saja...."Harta ataupun nyawa" untuk DAP. Malah membuat FITNAH sekali pun mereka sanggup lakukan hanya untuk meraih undi kaum cina dan india. Antara yang terkini :



1. Sanggup membatalkan hasrat menubuhkan Kerajaan Islam dan perlaksanaan Hukum Hudud
2. Sanggup membenarkan orang kafir DAP masuk masjid dan surau
3. Mengizinkan orang kafir DAP memberi tazkirah di masjid dan surau
4. Membenarkan kilang arak di besarkan
5. Membaca doa untuk Khalifah Umar Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat

Memandangkan mereka ini dah terlalu SESAT, adalah tidak menghairankan tidak lama lagi mereka akan melibatkan diri dalam perasmian Pusat-Pusat PELACURAN & SPA milik kawan-kawan politik mereka, dengan diminta membaca doa. Yalah... apa salahnya membaca doa untuk pelacur-pelacur warga asing ni. Manalah tahu ada yang diberi hidayah pula nanti.

Lepas tu, bolehlah baca doa di PUB-PUB, Restoran - restoran Cina, Perasmian Ladang-Ladang Khinzir dan sebagainya. Kami mengucapkan TAHNIAH kepada Parti Ajaran Sesat (PAS) di atas kejayaan mereka menyesatkan Umat Islam di Malaysia.

Tuesday, September 14, 2010

NIZAR, KAMI CABAR PULA 'PAS' TUKAR NAMA KE 'PIS'

Pakar FITNAH dalam Parti Ajaran Sesat (PAS) iaitu Pesuruhjaya PAS Perak, Mohammad Nizar telah mencabar UMNO menukar namanya kepada PEKEMBAR. Cabaran tersebut telah dilaporkan oleh satu Portal Berita FITNAH yang memang sah kilang memFITNAH terhadap Kerajaan Malaysia dan UMNO.


Pakar FITNAH ini memang kuat memFITNAH sejak kebelakangan ini. Yang terbaru, beliau juga telah menulis didalam Twitter dengan menyatakan bahawa ahli UMNO yang menyertai PERKASA adalah seramai 1.2 juta orang sedangkan ahli PERKASA setakat ini hanyalah sekitar 200 ribu orang sahaja.


Berbalik kepada isu tukar nama... sepatutnya PAS juga kena tukar nama ke 'PIS' kerana singkatan untuk Parti Islam Semalaysia ialah 'PIS'. Oleh itu, pesan kami kepada saudara Nizar, betulkan dulu Parti Ajaran Sesat kamu tu dulu kerana terlalu banyak ajaran sesat yang telah kamu bawa dan seterusnya menghancurkan Umat Islam di Malaysia.


Tanggunglah kamu semua di akhirat atas pembohongan kamu ini.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI


Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan rakan-rakan bloggers semua. Saya berdoa semoga selepas Ramadhan ini, umat Islam dan melayu di Malaysia akan bersatu serta bersama-sama mempertahankan bumi Malaysia tercinta ini dari pemFITNAH yang ingin menghancurkan negara.



Bersama juga kita membacakan Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang Islam yang telah Syahid menegakkan Islam di rantau ini. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka. AMIN



AKU ANTI FITNAH

Monday, September 6, 2010

FITNAH : FITNAH PARTI AJARAN SESAT (PAS) SEMAKIN SESAT LAGI MENYESATKAN

Semakin hari, Parti PAS telah menjadi semakin sesat lagi menyesatkan. FITNAH-FITNAH yang dilakukan oleh parti ini, semakin lama semakin parah. Yang menariknya, apabila parti ini memFITNAH Kerajaan dan UMNO, mereka pula yang menuduh Kerajaan dan UMNO memFITNAH mereka. Semuanya sungguh melucukan... Kesucian agama Islam dipermainkan. Ayat-ayat Al Quran di terjemah mengikut kepentingan politik mereka sendiri.

Pemimpin-pemimpin PAS juga sejak kebelakangan ini sudah bercelaru dengan masing-masing mempunyai pegangan dan pandangan mereka yang tersendiri. Situasi dalaman PAS yang telah berpecah belah, jelas kelihatan. Sekurang-kurangnya terdapat 3 puak besar di dalam PAS iaitu kumpulan Haji Hadi, kumpulan Nik Aziz dan kumpulan yang tidak menyokong kedua-duanya.

Beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan kesebuah Masjid di Pahang yang menjadi kubu kuat PAS. Selepas solat zohor, saya saja-saja duduk di serambi masjid dan mendengar perbualan politik oleh beberapa jemaah disitu. Mereka meluahkan perasaan marah terhadap pemimpin mereka sendiri dan berbincang hangat berkenaan topik-topik berikut :






a) pemimpin mereka sudah hilang kredibiliti kerana terlalu menurut DAP dan PKR
b) pemimpin mereka membiarkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang sedangkan sebelum ini Mat Sabu sendiri pada tahun 1988 pernah menceritakan siapa itu Anwar Ibrahim serta menggelarkan Anwar itu 'Al-Juburi'.

c) Soal arak pula telah dipermain-mainkan dan kenyataan Khalid Samad yang membenarkan kilang arak dibesarkan di Selangor dipertikaikan.
d) Soal Hukum Hudud pula ditangguhkan hanya kerana untuk meraih simpati undi masyarakat bukan Islam terhadap PAS.
e) Hak keistimewaan orang melayu telah tercabar dan pemimpin PAS hanya membiarkan sahaja orang melayu di permain-mainkan oleh bukan Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Selangor. Pelacuran telah menjadi tidak terkawal dan Selangor rosak akibat DAP. PAS tidak dapat buat apa-apa untuk memperbaikinya kerana semua dikawal oleh DAP.
f) Pemimpin-pemimpin PAS membiarkan institusi masjid di cemar oleh orang-orang bukan Islam.
Ini adalah antara topik-topik hangat yang dibincangkan sesama mereka. Jelas, mereka ini tidak puas hati dan kecewa dengan parti mereka sendiri iaitu Parti Ajaran Sesat (PAS). Saya doakan semoga mereka semua ini dibukakan pintu hati untuk bersama-sama bekas rakan mereka seramai 756 orang di Perak yang telah menyertai UMNO.

(Apa yang ditulis ini adalah luahan serta perbincangan sesama ahli PAS)