Friday, October 29, 2010

PKR, KALAU TAK TERJUN LAUT...MEREKA BERGADUH - YONG TECK LEE

Inilah ungkapan yang di keluarkan oleh Yong Teck Lee, rakan sekutu Parti Ke Rahmatullah (PKR) di Sabah..."PKR, Kalau tak terjun laut...mereka bergaduh". Kami berpendapat, kenyataan beliau ini berdasarkan pengalaman Yong apabila mengenali PKR, terutamanya Anwar Ibrahim dengan lebih dekat.

Beliau sedar sekiranya SAPP mendekati PKR yang akan berkubur tidak berapa lama lagi, maka perjuangan SAPP juga akan berkubur. Oleh itu, SAPP mengambil pendekatan untuk bertanding juga di Batu Sapi. Namun tindakan SAPP yang memainkan isu 'Sabah untuk Sabah' adalah sangat bahaya.

Namun inilah hakikatnya... pembangkang yang hanya tahu menaburkan FITNAH, tidak akan berhenti menabur FITNAH. Sekarang ini mereka (SAPP dan PKR) sedang bertekak sesama sendiri, maka masing-masing sedang FITNAH memFITNAH sesama mereka. Apabila Ansari jatuh di jeti pun, mereka saling FITNAH juga. Lucu...lucu...

Oh ya Ansari... sakit ke??? He he he


Wednesday, October 27, 2010

FITNAH : KILANG FITNAH PARTI KE RAHMATULLAH (PKR) DAH KENA

Sesungguhnya FITNAH itu azabnya sangat dahsyat. Itulah ungkapan dan pesanan ayah kesayangan yang saya ingat sampai bila-bila. Semalam berita yang sudah lama di tunggu-tunggu telah keluar di mana Felda telah menang kes saman mereka terhadap akhbar FITNAH Parti Ke Rahmatullah (PKR).

Sengaja saya tidak menulis selepas keputusan tersebut keluar semalam kerana hendak melihat apakah reaksi dan jawapan balas dari portal Suara Keadilan. Ternyata, hingga ke saat ini iaitu pada jam 10 pagi, masih belum ada reaksi dan jawapan balas kepada isu ini.

Kesimpulan ringkas yang dapat di buat ialah, memang Suara Keadilan 'Bersalah' dan mengaku bahawa mereka telah memFITNAH Felda. Sama-sama lah kita tunggu hayat parti ini yang tinggal nyawa-nyawa ikan.... Sebab itu parti ini sesuai di namakan Parti Ke Rahmatullah....

Monday, October 25, 2010

PKR - PARTI KE RAHMATULLAH


Tidak lama lagi, PKR yang dahulunya di kenali dengan Parti Keadilan Rakyat akan bertukar nama ke PARTI KE RAHMATULLAH. Percayalah, ianya akan berlaku tidak lama lagi. Bibit-bibit perpecahan itu telah banyak kita lihat dan penyokong parti ini juga sudah semakin muak dengan pemimpinnya. Antara bibit-bibit perpecahan adalah seperti berikut :-

1) pemimpin-pemimpin kanan PKR telah meninggalkan parti
2) pembongkaran kes liwat Anwar yang mana tembelang beliau semakin terbuka
3) pergaduhan di antara kepimpinan tertinggi PKR terutama menjelang pemilihan parti
4) perpecahan diantara kaum di dalam PKR seperti panggilan 'Paria' oleh Azmin
5) pergaduhan di dalam keluarga Anwar Ibrahim sendiri
6) ahli-ahli PKR sudah menolak Anwar Ibrahim
7) Penyebaran FITNAH yang tidak terkawal bukan sahaja kepada BN tetapi sesama sendiri

Saya masih ingat apa kata YB Zulkifli Nordin tidak lama dahulu bahawa PKR akan berkubur sebelum akhir tahun ini. Bersamalah kita nantikan saat parti yang menjadi kilang FITNAH ini berkubur dan ke kubur.... Oleh itu bolehlah kita gelarkan PKR sekarang menjadi PARTI KE RAHMATULLAH sahaja.

Wednesday, October 20, 2010

LATHEEFA KOYA, RATU PENIPU PKR

Sungguh Memalukan... Kredibiliti seorang peguam telah hancur hanya disebabkan oleh politik. Walaupun, Islam melarang hambanya menipu dan memanipulasi orang, namun beliau telah ketepikan ajaran Islam tersebut. Itulah dia Latheefa Koya.

Beliau telah memaksa orang lain mengaku sesuatu yang tidak mereka lakukan. Beliau lansung tidak takut balasan Allah dikemudian hari.

Pembongkaran ini secara tidak lansung memberi gambaran bahawa kes-kes lain yang sedang di wakili beliau boleh dipersoalkan. Antara kes yang beliau kendalikan termasuklah kes saman peneroka terhadap Felda. Beliau bersama dengan Sivarasa (rakan beliau yang memaksa Muhammad Rahimi Osman dan Mohd Rasid Mohd Rosdi menandatangani akuan bersumpah palsu) telah dilantik oleh peneroka untuk mengendalikan kes saman ini.

AAF percaya Latheefa Koya dan rakan-rakannya akan mencari berbagai cara untuk memenangi kes saman ini walaupun dengan cara yang tidak betul. FITNAH akan dibuat semata-mata untuk mengaburi masyarakat seolah-olah Kerajaan adalah jahat.

Sama-samalah kita lihat aksi 'Ratu Penipu PKR' ini beraksi nanti... Pesan AAF kepada Latheefa Koya, bertaubatlah anda sebelum terlambat.