Friday, February 25, 2011

FITNAH MELAMPAU PARTI AJARAN SESAT (PAS) BERMULA DI KERDAU

FITNAH telah bermula di Kerdau. Selama ini Kerdau aman damai, namun Parti Ajaran Sesat (PAS) seperti biasa, telah mula membuat onar dengan menyebarkan FITNAH terhadap calon BN.

Pada kali ini mereka memFITNAH bahawa calon BN tidak habis belajar semasa di Mesir. Inilah tindakan pengecut PAS apabila mahu menyertai pilihanraya kecil yang mereka pasti bahawa mereka akan tewas.

Sama seperti objektif mereka di DUN Tenang, mereka akan cuba untuk mengurangkan majoriti BN di Kerdau nanti.

Kami telah dimaklumkan bahawa 'leaflet-leaflet' FITNAH telah mula di edarkan di Kerdau terutamanya di kawasan Felda.

Kami di AAF berikrar akan membongkar segala FITNAH-FITNAH Parti Ajaran Sesat di kedua-dua PRK.

Salam perjuangan dari kami di AAF.

Wednesday, February 2, 2011

LAKONAN TERBARU ANWAR IBRAHIM TENTANG DEMONSTRASI

Di dalam laman portal pembangkang, telah keluar satu artikel yang memetik kenyataan dari Anwar Ibrahim yang menggesa kerajaan membawa pulang segera rakyat Malaysia di Mesir kerana keadaan tidak lagi selamat.

Pernah tak sedetik beliau berfikir, satu ketika dahulu, beliau pernah menjadi kepala membuat kacau di Malaysia dengan laungan 'REFORMASI'? Bayangkan pada masa itu, huru-hara Malaysia dan Kuala Lumpur akibat tindakan beliau ini.

Pada masa itu :-
1) Semua orang tidak berasa selamat termasuklah pelancong yang datang ke Malaysia
2) Negara terdedah dengan kemasukan musuh-musuh luar yang ingin menghancurkan negara.
3) Banyak kerosakan harta benda yang telah berlaku.
4) Ramai anggota penguatkusaan terutamanya Polis, cedera akibat demonstrasi dan rusuhan yang telah di cetuskan. (teringat seorang anggota Polis di belasah berhampiran Kamung Baru)

Setelah bertahun-tahun berlalu, sudah ramai rakan seperjuangan beliau telah meninggalkan PKR. Yang terbaru ialah YB Gobalakrishnan. Rata-rata mereka semua malu kerana terlibat di dalam demonstrasi tersebut kerana apa yang mereka lakukan dulu adalah sia-sia kerana 'MEMANG ANWAR MAIN BELAKANG....DAN TINDAKAN DR MAHATHIR PADA MASA ITU ADALAH BETUL'.

Semalam Saiful telah menerima permohonan maaf daripada blog Pahangdaily di atas segala FITNAH yang telah mereka lakukan terhadap Anwar. Walaubagaimanapun, Pahangdaily tidak menyebut siapa yang menjadi dalang menyuruh mereka menulis FITNAH yang tidak bermoral itu. Kita semua boleh meneka Tok Dalang di belakang mereka itu.

Ingatlah bahawa :

PAS = PKR = DAP = FITNAH








HAPPY CHINESE NEW YEAR


TO ALL MALAYSIAN CHINESE...
HAPPY CHINESE NEW YEAR


FITNAH PEMBANGKANG TERHADAP KERAJAAN BERKAITAN ISU KENAIKAN HARGA MINYAK

Tiada siapa yang suka harga minyak atau harga barang melambung naik, namun kenaikan harga minyak RON 97 telah di politikkan serta di FITNAH oleh pembangkang seolah-olah kenaikan harga minyak ini di sengaja dinaikkan oleh Kerajaan Malaysia.

Kita perlu ingat bahawa Kerajaan Malaysia cukup prihatin terhadap rakyat kerana dengan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, Kerajaan Malaysia hanya naikkan RON 97 sahaja dan bukannya RON 95.

Cuba kita bertanya, siapakah yang menggunakan minyak RON 97 ini? Kebanyakan yang masih menggunakannya ialah mereka yang berpendapatan tinggi dan mempunyai kewangan yang kukuh. Kebanyakan rakyat termasuklah saya masih menggunakan RON 95 sahaja. Oleh itu, pembangkang yang sibuk-sibuk menabur FITNAH seolah-olah kerajaan itu zalim adalah yang sebenarnya zalim kerana telah menipu rakyat.

Kita harus sedar bahawa harga minyak di negara kita masih lagi rendah sekiranya di bandingkan dengan negara-negara Asean yang lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan sebagainya. Lihat jadual di atas iaitu carta pasaran harga minyak dunia.

Sebagai rakyat yang boleh berfikir, janganlah kita bulat-bulat percayakan dakyah jahat pembangkang ini. Ingatlah bahawa

PAS + PKR + DAP = FITNAH

Tuesday, February 1, 2011

FITNAH DARI DAP YANG MEMPERMAINKAN ISLAM PAS

Secara sedar atau tidak, politik di Malaysia semakin berwarna-warni. PAS yang dulu akan bermati-matian mempertahankan ideologi penubuhan negara Islam, telah lembik bila berhadapan dengan FITNAH dari DAP.

Yang menariknya, FITNAH dari DAP ini hanya di terima bulat-bulat oleh pemimpin PAS. Atas dasar kerjasama Pakatan Rakyat, PAS telah banyak mengalah, namun sekiranya ia melibatkan UMNO, mereka sanggup mendoakan saudara seagama di turunkan bala oleh Allah. Itulah dia Islam PAS. Semua ini hanya untuk menarik perhatian masyarakat cina.

Kita lihat sahaja FITNAH dari DAP yang membuatkan PAS telah menerima bulat-bulat FITNAH itu :

1) PAS menyokong pembesaran kilang arak di Selangor
2) PAS telah bersetuju membatalkan hasrat penubuhkan negara Islam
3) PAS membenarkan pelacuran dan sumbang mahram melalui pembukaan spa dan rumah urut yang tumbuh seperti cendawan di Selangor dan Pulau Pinang
4) PAS mengizinkan orang bukan Islam untuk menggunakan kalimah 'Allah'
5) PAS mengizinkan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang melayu
6) PAS bersetuju untuk melantik DAP memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri II sekiranya mereka berjaya memerintah.

Segala keputusan yang di lakukan oleh pemimpin PAS ini terpaksa di terima dengan hati terbuka oleh ahli-ahli PAS semua walaupun pahit. Oleh itu saya menyeru kepada ahli-ahli PAS supaya tinggalkan parti PAS dengan segera demi untuk kesejahteraan Islam dan melayu. Fikirkanlah...