Saturday, July 23, 2011

MALUNYAA...... NAK SAMAN FITNAH 20 JUTA TAPI SENDIRI YANG KENA BAYAR



Tu lah akibatnya apabila suka sangat nak menyaman FITNAH orang tapi akhirnya diri sendiri yang susah. Inilah yang berlaku kepada Mazlan Aliman a.k.a. 'Tukang Pecah Belah Peneroka' Felda. Beberapa bulan yang lepas, beliau telah di tahan Polis apabila sedang membuat ceramah memFITNAH Felda dan Kerajaan.


Oleh kerana tidak puas hati, beliau telah melantik Wan Rohimi untuk menyaman Felda dan Pengurus Rancangan Felda Lembah Klau sebanyak RM 20 juta. Banyak tuuuu.... Dia fikir kalau dapat duit RM20 juta tu, dia akan jadi lebih kaya dari Wan Rohimi yang dah menipu duit peneroka-peneroka (kes peneroka saman Felda yang mereka menang akibat peguam Felda tidak hadir ke mahkamah) yang beliau wakili di Kelantan tidak lama dulu.


Malangnya, hakim telah menolak saman FITNAH beliau ini dan mengarahkan beliau membayar RM16,000 kepada Felda dan Pengurus Rancangan....


Malunya.... Ingatkan boleh kaya tapi akhirnya, kena bayar pulak. Dah lah tu, duit Wan Rohimi pun kena bayar juga.... Padan muka kau Mazlan...

Thursday, July 21, 2011

KAMI CABAR PAS BUAT DEMONSTRASI ALA 'BERSIH' DI I-CITY

Melucukan dan Memualkan... Itulah perasaan yang boleh saya gambarkan apabila menyentuh tentang parti yang mengaku memperjuangkan Islam, tetapi tunduk kepada DAP. Satu persatu mereka tunduk kepada DAP dan yang terkini mereka bakal tunduk ialah di dalam bantahan Konsert MTV World Stage yang akan di adakan di I-City tidak lama lagi.

Kita lihat sahaja dulu, antara yang mereka telah bersetuju ialah :

1) Kalimah 'Allah' boleh di gunakan oleh agama lain
2) Orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid
3) Orang bukan Islam boleh memakai pakaian yang tidak menutup aurat di perkarangan masjid
4) Soal pekerja Islam yang terlibat di dalam jual beli arak
5) Pusat hiburan tidak akan di tutup dalam bulan Ramadhan walaupun keputusan telah di buat.

Oleh itu, KAMI MENCABAR PAS BUAT DEMONSTRASI BESAR-BESARAN TERHADAP KEPUTUSAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR, MEMBANTAH KONSERT DI I-CITY. Jangan hanya pandai cakap jer...

TERKINI!!! SAH TEOH BENG HOCK BUNUH DIRINYA SENDIRI

Terkini..... Setelah bermacam-macam dugaan serta tekanan telah dihadapi oleh SPRM dan Kerajaan Malaysia akibat daripada kematian Teoh Beng Hock, akhirnya di dalam laporan Suruhanjaya Di Raja telah membuat kesimpulan bahawa Teoh Beng Hock sememangnya telah membunuh dirinya sendiri.

Semoga selepas ini, segala FITNAH-FITNAH jahat pembangkang terutamanya DAP akan berhenti. Sekiranya mereka masih tetap tidak berpuas hati, tak tahulah nak caka apa lagi...

Suruhanjaya dapati Beng Hock bunuh diri
21/07/2011 2:42pm

KUALA LUMPUR 21 Julai - Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan. - Bernama

Wednesday, July 20, 2011

BLOGGER YANG MEMFITNAH MENTERI AKAN TERUS MEMFITNAH

Bongkak!!!

Bak kata pepatah... "kerana mulut , badan binasa". Itulah yang berlaku kepada seorang blogger pembangkang dari PKR yang telah membuat FITNAH kepada seorang menteri kabinet. Akhirnya beliau telah di jatuhkan hukuman oleh mahkamah. Ingatlah Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud, "...dan FITNAH itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.".

Sesungguhnya Allah dan Rasulullah telah berkali-kali menasihatkan dan memberitahu semua umat Islam bahawa FITNAH itu sangat bahaya tetapi mereka tetap melakukannya juga. Walaupun Saudara Amizuddin di kenakan membayar ganti rugi berjumlah RM400,000 namun beliau telah membuat kenyataan untuk tetap tidak berhenti untuk memFITNAH. Entahlah... malu nak cakap jenis manusia macammana Saudara Amizuddin ini yang masih tidak sedar-sedar lagi. Semoga Allah memberikan nur kedalam dirinya supaya tidak akan terus sesat. Amin


TheMalaysianinsider -Amizudin: Saya tetap lawan, tak terkejut arah bayar Rais RM400,000

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Amizudin Ahmat yang semalam diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya menegaskan akan "terus lawan."

"Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan," kata Amizudin ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

"Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan ini... jumlah RM400,000 yang diarah dibayar pak menteri (kepada Rais)," kata beliau.

Pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com ini menambah, keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan.

"Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat," katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.

Rayuan dijangka difailka hari ini ataupun esok.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu.

Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong.

Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, "sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care."

"'Sharpshooter' diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun 'sharpshooter' tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika 'sharpshooter' mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan 'berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf'."

"Walau bagaimanapun 'sharpshooter' akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan," katanya.

Menurut laporan media semalam, dalam penghakimannya, Hakim Zabariah Mohd Yusof berkata, setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.

Katanya, fitnah yang dibuat itu adalah sangat serius, dan jika seseorang itu mempercayainya, bukan sahaja reputasi Rais akan terjejas di peringkat nasional dan antarabangsa, tetapi yang lebih penting ialah kesannya terhadap kehidupan Rais dan keluarga.

Zabariah berkata bahawa dalam menetapkan jumlah ganti rugi itu, mahkamah mendapati tidak ada keterangan yang boleh mengaitkan Rais dengan perbuatan salah laku sehingga mendorong Amizudin mengeluarkan artikel berkenaan.

"Apa yang jelas ialah defendan ini berada dalam kem politik yang berlainan," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata fitnah itu melibatkan perbuatan merogol seorang individu dari negara lain dan ini merupakan satu tuduhan paling kotor yang dibuat terhadap seseorang.

Malah menurut Zabariah, tuduhan itu juga tidak sihat daripada segi hubungan diplomatik dan ia menambah lagi kemarahan negara jiran itu memandangkan terdapat kes-kes warga negara berkenaan didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Katanya artikel itu diterbitkan dalam satu laman blog yang dapat diakses oleh sesiapa saja termasuk di luar negara.

Zabariah berkata bahawa daripada keterangan yang ada, perbuatan Amizudin mengeluarkan artikel itu dahulu sebelum memastikan kesahihannya, merupakan satu tindakan yang cuai.

"Ini jelas daripada keterangannya bahawa dia telah pergi ke Jakarta untuk menyiasat hanya selepas dia mengeluarkan artikel itu dalam blognya. Dia berada di sana selama tiga hari dan gagal mendapatkan pengesahan terhadap dakwaannya itu daripada wanita yang dikatakan mangsa," katanya.

Selepas itu Amizudin tidak lagi mengambil apa-apa tindakan dan ini menunjukkan bahawa dia tidak kisah tentang kesahihan artikelnya terhadap Rais, kata Zabariah lagi.

Sharpshooter - Kepada semua blogger pro Pakatan Rakyat, usah takut untuk terus menulis..

Jazakallah kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan yang memberi sokongan dan sumbangan ikhlas melalui hebahan di facebook.. Allah sahajalah yang dapat membalasnya..God Bless all of you..

Lawan tetap lawan..






Wednesday, July 13, 2011

WAHAI RAKYAT MALAYSIA... BERSYUKURLAH

Tadika Kemas yang di biayai oleh kerajaan... sungguh sempurna dan sistematik

Tadika di negara jiran... Kepada anak-anak yang miskin, mereka tidak mendapat apa-apa bantuan dari kerajaan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Semua kemudahan telah di sediakan oleh kerajaan namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak bersyukur dengan apa yang mereka dapat.

Kami ingin membawa sedikit kisah dari negara jiran sebagai renungan. Baru-baru ini terdapat seorang kenalan dari negara jiran yang datang bercuti ke Malaysia. Semasa bersembang, beliau ternyata sangat kagum dengan sistem pendidikan di Malaysia. Antara kata-kata beliau ialah :

1) mereka terpaksa merasuah pihak sekolah, walaupun untuk masuk ke sekolah milik kerajaan.
2) mereka terpaksa membayar yuran yang mahal pada setiap bulan untuk setiap anak mereka.
3) mereka terpaksa membeli buku teks dan buku tulis.
4) berbagai-bagai kemudahan lain tidak di sediakan oleh sekolah.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah di sediakan oleh kerajaan. Fikirkanlah... jangan sampai negara hancur, baru nak menyesal.

Tuesday, July 12, 2011

FITNAH BODOH YANG BOLEH MENGHANCURKAN NEGARA

Foto kematian sebenar

FITNAH Jahat : Lakonan Suhardi seolah-olah beliaulah Allahyarham Baharuddin

Apabila membaca berita serta pendedahan bodoh yang telah di lakukan oleh pembangkang, ia benar-benar membuatkan darah saya mendidih. FITNAH bodoh yang telah di lakukan dengan berlakon mati semasa demonstrasi Bersih, adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Saya tidak mahu berkata banyak tatapi mendoakan semoga Allah turunkan bala yang sedahsyat-dahsyatnya kepada mereka semua ini. Perbuatan mereka yang terlibat sangat jijik dan kotor. Semua yang dilakukan adalah untuk seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Saya merasa sungguh malu dengan beliau yang mengimamkan solat di atas jalan, kemudian berdoa tetapi akhirnya melakukan FITNAH yang sangat jahat.

Adalah bagusnya kalau kita bertanya dengan Ustaz Zamri yang menyokong Bersih, apakah hukumnya perbuatan Suhardi ini. Memang sangat memalukan...

Sesungguhnya FITNAH ini boleh menghancurkan negara. Tahniah kepada Papagomo di atas pembongkaran FITNAH jahat ini.

DR. TAN BERKATA FITNAH... TETAPI TIDAK MAHU BERTANGGUNGJAWAB

Berita yang sangat memalukan pada hari ini... Dr. Tan Kee Kwong seperti tidak mahu bertanggungjawab dengan setiap FITNAH yang di buat oleh beliau terhadap Felda. Sekarang, macam-macam alasan di beri "supaya beliau tidak memberikan keterangan di mahkamah" kerana beliau percaya bahawa beliau akan di dapati bersalah selepas habis proses mahkamah ini nanti.

Inilah sikap dan tindak tanduk pemimpin pembangkang yang hanya tahu mencari salah orang walaupun ianya tidak benar. Sekarang beliau akan tanggung segala FITNAH yang di lemparkan ini. Pesan saya, kalau tak cukup duit nanti, mintak je dengan Anwar Ibrahim... Duit dia masih banyak di luar negara.

Baca berita terkini di bawah :

Defendan dalam kes Felda saman Suara Keadilan enggan beri keterangan...

Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong tidak akan memberi keterangan dalam saman RM200 juta yang difailkan oleh Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) terhadap beliau.

Peguam Dr Tan, Ranjit Singh memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa defendan (Dr Tan) tidak mempunyai kes untuk menjawab berhubung saman Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Ranjit memberitahu mahkamah demikian selepas peguam utama Datuk Mahinder Singh Dulku yang bertindak bagi plaintifnya (Felda dan Felda Global Ventures) memaklumkan bahawa plaintif telah menutup kes itu selepas memanggil empat saksi.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusuf menetapkan 20 Julai ini untuk mendengar hujahan. Sebelum itu, Hakim Zabariah menolak permohonan Mahinder untuk menangguhkan perbicaraan kerana beliau mahu menghantar sapina kepada wartawan Suara Keadilan yang menemu bual Dr Tan berhubung satu artikel.

Hakim berkata sapina itu boleh dibuat selepas perbicaraan itu. Pada 25 Jan lepas, Felda dan anak syarikatnya menyaman Dr Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Kontroversi' yang didakwa memfitnah mereka.

Artikel itu bersambung pada muka tiga dengan tajuk "Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu." Plaintif mendakwa artikel itu memfinah mereka kerana perkataan-perkataan itu menunjukkan bahawa pengambilan balik dan pembinaan Menara Felda di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur akan memberi manfaat kepada kroni.

Dalam kenyataan pembelaannya, Dr Tan berkata perkataan yang dibuat atau mengandungi ulasan dan menzahirkan pendapat itu merupakan ulasan adil berhubung kepentingan awam seperti kedudukan kewangan, perbelanjaan, pengurusan dan kegiatan plaintif.

Dr Tan menafikan bahawa perkataan itu dengan cara apa pun memfitnah plaintif dan dalam konteks artikel itu, jika diambil secara menyeluruh, perkataan itu tidak bermakna atau boleh membawa makna seperti yang didakwa oleh pliantif.

Terdahulu, bekas timbalan pengarah urusan kumpulan Felda Holdings Bhd, Datuk Kasah Ahwal, dalam keterangannya memberitahu mahkamah bahawa beliau ada berjumpa Dr Tan di Maju Junction Food Court, di sini, tahun lepas selepas bekas timbalan menteri itu beberapa kali menelefonnya dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk berjumpa dengannya.

Kasah, 59, yang kini bersara memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak menjawab panggilan telefon dan juga khidmat pesanan ringkas itu tetapi membalas SMS itu selepas beberapa kali Dr Tan membuat panggilan.

Kepada soalan peguam Datuk Firoz Hussein Jamaluddin yang mewakili plaintif, Kasah berkata beliau kecewa dengan sikap Dr Tan kerana apa yang dibincangkan di Maju Junction itu telah diterbitkan oleh Dr Tan.

Semasa disoal balas oleh Ranjit, Kasah berkata semasa pertemuan dengan Dr Tan, beliau hanya memberi komen mengenai pelaburan oleh anak-anak syarikat Felda yang tidak memberikan pulangan yang baik kepada Felda.-12/7/2011

Monday, July 11, 2011

BALASAN KEPADA MEREKA YANG SUKA FITNAH

Ingatkah lagi dengan bekas timbalan menteri yang pernah memFITNAH Felda bahawa Felda bangkrap? Tadi pihak mahkamah telah menolak bantahan beliau bahawa Felda tidak boleh menyaman beliau. Sekarang ini, beliau sudah semestinya susah hati kerana memang beliau tidak mempunyai fakta dan apa yang beliau katakan dahulu adalah untuk kepentingan politik kepada seorang yang bernama Anwar Ibrahim.

Teringat pesan ayah... "Terlajak perahu boleh di undur tapi terlajak kata buruk padahnya"...

Baca di bawah :

Felda: Bantahan awal bekas Timbalan Menteri ditolak

11/07/2011 12:37pm

KUALA LUMPUR 11 Jun. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak bantahan awal bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong dan memutuskan bahawa Felda mempunyai hak di sisi undang-undang untuk menyaman beliau.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menolak bantahan awal Kee Kwong dengan kos.

Beliau memutuskan demikian sebelum mendengar keterangan saksi pertama dalam kes itu. - Utusan

FIKIRKANLAH : DIMANAKAH ULAMA PAS SEMASA DEMOSTRASI BERSIH?

Di dalam keghairahan kita menghentam Anwar Ibrahim, Ambiga dan lain-lain, kita terlupa satu persoalan, di manakah ulama-ulama PAS semasa demonstrasi Bersih yang kotor itu berlansung? Apakah pendirian mereka berkaitan demonstrasi ini? Di manakah :

1) Dato Haron Din
2) Dato Ismail Kamus
3) Taib Azamuddin
4) Dato Mustafa Ali
5) Nasharuddin Mat Isa
6) Lain-lain ulama PAS

Fikirkanlah.....

Sunday, July 10, 2011

DIMANAKAH PEMIMPIN BESAR DAP SEMALAM ?

Adakah mereka ketawakan orang melayu semalam???

Pernah tak kita fikirkan sejenak, di manakah mereka ini semalam? Mungkin saya terlepas pandang, tapi rasanya mereka tiada di Perhimpunan semalam :

1) Lim Kit Siang
2) Lim Guan Eng
3) Karpal Singh
4) Ronnie liew
5) Jeff Ooi
6) Lain-lain pemimpin DAP yang saya tidak ingat nama mereka

Memang sah.... yang bergaduh akhirnya melayu juga.

Fikirkanlah !!!


Saturday, July 9, 2011

ADAKAH KITA AKAN LIHAT INI DI LUAR NEGARA? TABIK KEPADA PDRM

Tabik Spring Kepada PDRM.... Inilah foto untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia bahawa PDRM mesra kepada tahanan yang di tahan di dalam perhimpunan haram hari ini. Layanan yang mereka terima...memang 'First Class'.

Lihatlah sendiri foto yang di keluarkan oleh PDRM ini. Adakah perkara ini akan berlaku di luar negara???

Fikirkanlah sendiri wahai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan...

Tahniah PDRM!!!

Tahanan boleh solat dan surau sementara di sediakan

Tahanan mengambil wuduk

Tahanan menjamu selera dan ada yang menghisap rokok

Tahanan menjamu selera macam ada kenduri kahwin

Tahanan di periksa kesihatan mereka...manalah tahu ada darah tinggi ke...

Sangat sistematik.... tahanan di ambil keterangan oleh Polis dan tak perlu tunggu lama

TERIMA KASIH PDRM


Kami dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menjaga keamanan di negara Malaysia tercinta ini. Teruskan tugas anda semua...Percayalah seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan di belakang anda.

Jalankanlah tugas anda dengan baik. Doa kami bersama anda semua.

Terima kasih PDRM.

p.s.... Kalau jumpa Mazlan Aliman tu, tangkap sekali.

PDRM MEMANG HEBAT!!!! TAHNIAH PDRM


Ini bukan majlis kenduri atau majlis Hari Raya. Foto ini di petik dari laman facebook Polis DiRaja Malaysia.... Nak menitis melihat layanan Polis kepada mereka yang di tahan oleh Polis. Inilah dia pendekatan PDRM yang mesra kepada rakyat Malaysia walaupun mereka ini telah terlibat di dalam perhimpunan haram hari ini.

TAHNIAH PDRM

PERHATIAN... POLIS SEDANG MENCARI LELAKI INI


Pihak Polis telah mengeluarkan senarai dan nama lelaki ini berada di dalam senarai yang ke 36, iaitu sekiranya sesiapa yang melihat lelaki ini berada di Kuala Lumpur, sila laporkan kepada pihak Polis dengan segera. Lelaki ini sangat merbahaya kerana :

1) memecahbelahkan orang melayu
2) menanam perasaan benci peneroka kepada kerajaan
3) suka membuat fitnah terhadap Felda dan Kerajaan
4) mengikut telunjuk Ambiga yang terang-terang anti Islam

Harap Ambil Perhatian !!!

Thursday, July 7, 2011

JANGAN LAYAN BERSIH... KERANA BERSIH PEMFITNAH

Itulah sikap mereka yang tidak tahu erti bersyukur... tak pernah puas dengan apa yang mereka dapat di bumi Malaysia ini. Di beri betis, nak peha...

Saya menyeru kepada Kerajaan dan PDRM supaya semua kehendak Bersih ini tidak di layan sama sekali, kerana :

1) Mereka pemFITNAH di dalam negara
2) Mereka akan mencetuskan huru-hara
3) Mereka akan meruntuhkan ekonomi
4) Mereka akan menjatuhkan kestabilan politik
5) Mereka akan memecah-belahkan orang melayu
6) Mereka akan membuktikan bahawa orang melayu menjadi hamba kepada bangsa lain
7) Islam di perlekehkan

Bersamalah kita renungkan sebelum ianya terlambat.... Bersyukurlah...

Monday, July 4, 2011

PEMFITNAH FELDA TEGAR... KEMPEN 'NYAH' MAZLAN DARI FELDA

Inilah manusia yang memecahbelahkan masyarakat Felda

Mazlan Aliman telah banyak menaburkan FITNAH di Felda. Melalui kempen beliau di Felda juga, beliau telah dapat menempatkan diri di tangga teratas pada pemilihan jawatankuasa PAS Pusat.

Antara tugas beliau ialah :

1) memecahbelahkan masyarakat peneroka di dalam Felda
2) memburukkan Felda dan kerajaan
3) menabur janji yang tidak berasas kepada masyarakat Felda

Atas sebab-sebab di atas, kami melaksanakan kempen 'Nyah' Mazlan Aliman Dari Felda.








Sunday, July 3, 2011

DAULAT TUANKU.....

Sebentar tadi, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong telah mengeluarkan kenyataan akhbar berkenaan pihak pembangkang yang ingin membuat demonstrasi pada 9 hb Julai 2011.

Ternyata, Tuanku juga menolak cara kuno pihak pembangkang yang ingin membuat perkara yang boleh merosakkan negara. Berikut adalah kenyataan dan teks penuh Titah Khas Tuanku :

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.