Saturday, September 10, 2011

ANALISA : KESAN DARI PERUBAHAN DASAR PAS TELAH KELIHATAN


Susulan dari artikel kami semalam berkenaan dengan kajian yang telah kami lakukan, kesan-kesannya telah mula kelihatan. Berita mengenai kemasukan ahli PAS yang tegar di Kedah adalah hanya permulaan sahaja. Sebenarnya, bilangan yang akan beralih angin ini sangat banyak dan mereka ini boleh di bahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah :-

1) keluar parti PAS dan masuk UMNO
2) bersikap mendiamkan diri dan tidak akan mengundi semasa PRU 13
3) mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan dasar-dasar parti PAS

Baca petikan berita dari Utusan Malaysia di bawah :


Ahli Pas masuk UMNO isu Bukit Kepong

PADANG TERAP 8 Sept. - Kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam peristiwa Bukit Kepong, mendorong kira-kira 50 penyokong Pas daripada 10 keluarga di sekitar Kampung Tandop Besar, di sini menyertai UMNO. Kumpulan berkenaan diketuai Ismail Abdullah, 60, yang lebih 35 tahun menjadi ahli Pas menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada satu majlis di kampung tersebut hari ini.

Menurut Ismail, dia dan isteri, Juriah Majid, 58, bersama tujuh lagi anak mereka berusia antara 18 hingga 35 tahun tidak perlu berfikir panjang untuk menyertai UMNO setelah mendengar kenyataan Mohamad atau Mat Sabu itu. "Sebagai rakyat negara ini, saya memang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu yang memperlekehkan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong. "Kenyataan itu membuatkan saya tidak boleh bertahan lagi dan tidak teragak-agak untuk keluar daripada Pas dan menjadi ahli UMNO," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan yang diadakan di rumahnya di kampung tersebut.

Sementara itu, anak sulung Ismail, Mohd. Yusoff, 35, berkata, kenyataan Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam tragedi Bukit Kepong adalah mengarut dan tidak boleh diterima sama sekali. Justeru, katanya, dia mengikut langkah bapanya untuk menjadi ahli UMNO kerana tidak mahu menyokong pemimpin yang membela komunis dalam peristiwa tersebut. Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu berkata, kemasukan lebih ramai penyokong Pas ke dalam UMNO berikutan wujud kesedaran di kalangan ahli akar umbi Pas sejak akhir-akhir ini bahawa parti yang mereka dokong selama ini sudah kehilangan arah tuju. Katanya, dulu Pas mendakwa mereka memperjuangkan Islam dengan menggunakan slogan 'Membangun Bersama Islam' tetapi menukarnya dengan negara berkebajikan.

"Dalam tempoh itu pula, ada usaha di kalangan pemimpin mereka untuk mengubah sejarah negara termasuk mengangkat Muhamad Indera iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira.
"Ini yang menyebabkan ramai ahli Pas tidak teragak-agak keluar dari parti itu. Mereka juga telah menyedari hanya UMNO terbukti sebagai parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan hala tuju bangsa dan agama dari dulu hingga sekarang," katanya.



Friday, September 9, 2011

KAJIAN RINGKAS : AHLI-AHLI PAS SEMAKIN GELISAH


Cuti panjang sempena menyambut Aidilfitri telah kami gunakan sepenuhnya untuk membuat sedikit kajian ringkas. Saya dan rakan-rakan telah mendapatkan responden dari ahli PAS seramai 1000 orang dari beberapa buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Johor dan Perak.

Kami telah menyediakan 15 soalan dan antara soalan-soalan yang kami tanya ialah :

1) Adakah anda bersetuju dan menyokong dengan dasar-dasar PAS sekarang?
2) Adakah anda bersetuju dan gembira dengan kepimpinan PAS sekarang?
3) Adakah anda bersetuju dengan halatuju PAS sekarang?

Kami tidak dapat menyiarkan keseluruhan kajian buat masa ini, namun secara ringkasnya lebih dari 65% tidak bersetuju dengan dasar-dasar PAS sekarang. 40% tidak gembira dengan kepimpinan PAS sekarang dan hanya 39% yang bersetuju dengan halatuju PAS sekarang.

Antara sebab-sebab ketidakpuasan hati ahli-ahli PAS ini ialah :-

1) Dasar Negara Islam ke Negara Kebajikan
2) Penolakkan Ulama di dalam kepimpinan baru PAS
3) Tidak puas hati dengan peranan PAS di negeri-negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat
4) Penyebaran agama Kristian seperti yang berlaku di Selangor
5) Yang terbaru ialah kenyataan pemimpin PAS berkenaan Bukit Kepong, Johor.

Kesimpulan ringkas yang dapat di buat adalah...AHLI-AHLI PAS SEKARANG SEMAKIN GELISAH DENGAN PERKEMBANGAN YANG BERLAKU DAN SEKIRANYA IANYA BERTERUSAN, TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU KRISIS YANG BESAR DI DALAM PAS.


AKU ANTI FITNAH