Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53

Kepada semua, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53. Aku sayang MALAYSIA dan bersama kita nyahkan pemFITNAH yang merosakkan negara ini.

Thursday, August 26, 2010

FITNAH : LUCU... WALAUPUN BETUL TAPI DIKATAKAN FITNAH

Dalam beberapa hari ini, banyak perkara melucukan sedang berlaku terutama dalam bab memdoakan Lim Guan Eng didalam khutbah Jumaat. Bila mereka memFITNAH Kerajaan dan UMNO, pembangkang kata itu semuanya betul (walaupun sebenarnya tak betul lansung - contohnya seperti Felda Bangkrap) tetapi bila Kerajaan dan UMNO mendedahkan perkara yang sebenarnya berlaku... walaupun orang tersebut mengaku mendokan untuk orang kafir, mereka menganggap UMNO memFITNAH. Yang mana betul ni?

Perkara sama juga berlaku apabila secara terang-terangan PAS bersendirian didalam memperjuangkan hukum hudud. Walaupun DAP dan PKR tidak bersetuju, namun untuk menutup malu, mereka memFITNAH kerajaan dan UMNO. Inilah yang sedang berlaku sekarang. Jika kita lihat, Haji Hadi hanya membisu didalam hal ini. Nak bagi komen pun kena berhati-hati... Mana tidaknya, takut hilang sokongan kot... memang melucukan.

Masih ingatkah kita tentang fatwa Haji Hadi pada 1981 yang mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC? Sekarang mereka telah bekerjasama dengan sebuah parti yang secara terang-terangan menolak hukum hudud. Dimanakah pegangan mereka terhadap amanat ini.

Secara ringkasnya, bila semuanya baik untuk kepentingan politik mereka, ia adalah ok tapi bila sesuatu itu tidak memberi kelebihan kepada mereka, ia dikatakan FITNAH.

Wahai saudara sekelian, fikirkanlah baik-baik. Jangan menyokong membabi buta.

Wednesday, August 25, 2010

FITNAH : MAZLAN TERUS MEMFITNAH WALAUPUN DALAM BULAN RAMADHAN

Tidak tahu saya nak kata apa lagi... Walaupun di dalam Bulan Ramadhan Al Mubarak ini, Mazlan Aliman tidak habis-habis dengan usahanya untuk memporak porandakan segala usaha Kerajaan di Tanah Rancangan Felda ini.

Baru-baru ini, Mazlan telah turun ke Rancangan Felda Chini dan sempat memberi ceramah kepada peneroka (sudah tentu yang sokong PAS). Maka dikatakan berduyun-duyun peneroka turun mendengar ceramahnya. Didalam ceramahnya, beliau menyentuh berbagai isu-isu yang berkaitan dengan Felda dan FITNAH yang tidak habis-habis terhadap Felda. Semuanya yang berkaitan dengan Felda adalah buruk dan jijik. Tidak ada sikitpun yang baik.

Maka kita tidak hairan dengan tindakan beliau ini kerana pemimpin-pemimpin beliau juga membenarkan berkawan dengan syaitan, mengkafirkan orang Islam lain, mendoakan orang kafir dalam khutbah Jumaat dan bermacam-macam lagi. Mazlan lebih rela melihat peneroka ini bermusuhan dengan Felda... Yalah...kan nak jadi YB.

Saya ada sedikit nasihat buat Mazlan, kalaulah betul-betul ikhlas nak berjuang, cubalah betulkan syarikat-syarikat yang di kuasai oleh Kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, Contohnya seperi Kulim Hitech Park di Kedah dan PMBK di Kelantan. Ini hanyalah beberapa syarikat sahaja, malah banyak lagi syarikat-syarikat yang lebih bermasalah. Kan lebih mudah untuk betulkan perjalanan syarikat ini dari dalam parti sendiri.

Oleh itu, jangan hanya pandai mencari salah orang sahaja... dan seterusnya membuat FITNAH di bulan yang mulia ini. Lihatlah perbandingan ucapan antara seorang Ulama dan Ular Dalam Semak... Nilailah sendiri.

Thursday, August 19, 2010

FITNAH : GULONGAN MANAKAH LAGI YANG BELUM DIFITNAH? SEMUA DAH...

Siapa lagi yang tidak diFITNAH oleh mereka dari Pakatan Rakyat. Boleh dikatakan semua gulongan masyarakat termasuklah Sultan pun sudah diFITNAH. Sepatutnya nama kumpulan mereka ini patut diubah menjadi PAKATAN FITNAH. Kita lihat di bawah :





















1) Sultan sudah diFITNAH
2) Pemimpin sudah diFITNAH
3) Ulama sudah diFITNAH
4) Agensi Kerajaan sudah diFITNAH
5) Rakyat yang ingin mendapatkan keadilan juga diFITNAH
6) Bekas pemimpin mereka yang sudah sedar juga diFITNAH

Yang menghairankan kita, semasa mereka sedang memFITNAH, mereka pulak yang kata mereka diFITNAH. Yang sebenarnya, kenyataan mereka diFITNAH itu hanyalah untuk menarik simpati penyokong-penyokong mereka sahaja.

Sampai bilakah kita harus membiarkan mereka meneruskanFITNAH-FITNAH ini. Didalam Islam, kesalahan FITNAH itu lebih dahsyat dari membunuh. Fikirkanlah !!!

Tuesday, August 17, 2010

FITNAH : BANGSA LAIN TIDAK HENTI-HENTI MEMFITNAH HAK BUMIPUTRA

Membaca kenyataan Chua Soi Lek baru-baru ini membuatkan darah setiap orang melayu mendidih. Kesimpulan yang kita boleh buat ialah, bangsa lain nak hak yang sama rata dengan orang melayu. Itu masa sekarang... bayangkan apa yang akan jadi pada tahun-tahun yang mendatang.

Sekarang kita sudah dapat melihat, MCA, Gerakan dan juga MIC sudah berani menyentuh hak keistimewaan orang melayu ini. Tak payahlah kita sebut DAP dan PAS kerana mereka ini juga akan menghancurkan hak keistimewaan orang melayu. FITNAH yang berterusan terhadap kepimpinan negara yang diterajui oleh UMNO terus tabur. Masing-masing dengan cara mereka membakar semangat penyokong mereka.

Selama ini, adakah hak keistimewaan orang melayu ini membuatkan bangsa lain merempat tak dapat nak mencari rezeki? Saya bagi contoh, katalah kalau satu syarikat bumiputra dapat projek buat jambatan bernilai RM100 juta. Kalau di tolak keuntungan dalam 20%, maka syarikat bumiputra tersebut dapat RM20 juta. Yang lainnya :
1) Simen - ambil dengan cina
2) Batu - ambil dengan cina
3) Sewa mesin jengkaut dan lain-lain mesin - ambil dengan cina
4) Besi - ambil dengan cina
5) Tar - ambil dengan cina/india

Ini hanyalah contoh yang ringkas sahaja. Boleh
dikatakan semuanya dapat kepada bangsa lain. Adakah memberi projek kepada syarikat bumiputra ini memiskinkan bangsa lain? Saya tidak mempertikaikan rezeki untuk bangsa lain, tapi harus di ingat, sekiranya semua bangsa adalah sama, maka melayu akan terpinggir terus dari bumi Tanah Melayu ini. Mungkin 50 tahun akan datang, ia dipanggil TANAH CINDIA dan bukan lagi Tanah Melayu.

FITNAH : SALAH SENDIRI TAPI SALAHKAN POLIS

Sungguh kesian tapi melucukan... Itulah gambaran yang boleh saya ucapkan apabila membaca sebuah berita portal pembangkang tadi. Kisahnya terdapat seorang hamba Allah ini yang menyaman Polis dan Kerajaan sebanyak RM 2 juta hari ini. Kesian saya bila beliau menceritakan yang beliau telah terlibat didalam satu insiden yang mana beliau telah cedera angkara perbuatan Polis.

Didalam berita itu beliau memberitahu :
"Saya buat semua ini sebab nak tuntut keadilan atas kezaliman ini kerana selama ini saya ingat polis jaga keamanan rakyat biasa seperti saya," ujarnya sambil menyuarakan rasa tidak selamat berada di tanah air.

Tapi apa yang beliau perkatakan adalah bertentangan dengan apa yang beliau telah lakukan iaitu sekiranya beliau menghormati Polis dan mintak Polis menjaga keamanan, sepatutnya beliau tidak menyertai Perhimpunan Bersih pada tiga tahun yang lepas. Semua sudah maklum bahawa Perhimpunan tersebut adalah salah dan menyalahi undang-undang.

Pesan saya, lain kali kalau dah tahu perhimpunan itu adalah salah, janganlah pergi.

Monday, August 16, 2010

KAUM LAIN DAH MULA TUNJUK TARING



Pembongkaran lambang surat rasmi Kerajaan Negeri Selangor yang mesti menggunakan simbol komunis betul-betul mengejutkan saya. Semakin lama, kaum-kaum lain ini semakin mencabar orang melayu. Malangnya, segelintir orang melayu yang masih tidak sedar diri ini, di perkudakan oleh orang-orang yang ingin meghancurkan negara ini.

Lihat saja, mereka ini kini lantang bersuara. Mereka.... :

1) Menghina Pemimpin Negara
2) Menghina Islam - Penggunaan Kaliman Allah, Arak, Pelacuran
3) Menghina Raja
4) Menghina Agensi dan Institusi Kerajaan
5) Mengina Kerajaan Negeri Dengan Menukar Lambang
6) Menghina Rakyat Malaysia

Saya amat berharap supaya pihak Polis dapat mengambil tindakan segera sebelum peristiwa yang tidak diingini berlaku. Apapun, saya ingin mengucapkan taniah kepada blog Gerakan Anti PKR kerana membongkar penggunaan lambang ini di Selangor.

FITNAH : HARI BERSEJARAH UNTUK SUARA KEADILAN YANG MENJADI KILANG FITNAH

PADAN MUKA... Itulah ungkapan sesuai dan paling tepat saya boleh perkatakan. Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana Suara Keadilan yang TIDAK ADIL akan di saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Keceluparan akhbar yang sudah melampaui batas yang juga menjadi kilang FITNAH akhirnya akan menerima akibatnya.

Selain dari itu, peguam-peguam dari PKR yang kononnya membela peneroka Felda telah bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan beberapa hari lepas bahawa Felda tidak boleh menyaman Suara Keadilan. Alasan yang diberi ialah Suara Keadilan adalah suara rakyat.... Wahai PKR, Suara Keadilan bukanlah suara rakyat tapi suara yang keluar dari nafsu yang pemimpin PKR yang jahat lagi busuk. Mereka yang berkata-kata didalam akhbar tersebut juga sama semuanya.

Tergelak saya sampai sakit perut bila membaca berita tersebut. Nampaknya, peguam-peguam merangkap pemimpin PKR ini tahu masalah besar yang akan mereka terima kerana kalau mereka adalah dipihak yang benar, mereka akan mempertahankan kenyataan mereka. Mereka tu peguam dan mereka pun tahu akibatnya. Kesimpulannya, mereka tahu yang Suara Keadilan hanyalah memBoldFITNAH dan apBolda isu yang dimainkan adalah FITNAH semata-mata.

Dalam pada tu pun mereka juga sempat memFITNAH Pengerusi Felda. Itulah dia, kalau dah kaki FITNAH tu tak akan kemana. Tahniah kepada Felda kerana menyaman kilang FITNAH ini.


Saturday, August 14, 2010

FITNAH : WAHAI KHALID, MANA KAMERANYA?

Membaca peristiwa di mana Khalid Ibrahim mendakwa bahawa beliau telah dirakam oleh satu alat perakam, telah membuat saya dan rakan-rakan saya ketawa besar.

Didalam sidang akhbar tersebut, Khalid telah menunjukkan alat yang dikatakan perakam video tapi, sedarkah kita sekiranya itu adalah alat perakam, dimanakah kameranya? Takkan perakam itu boleh merekod kalau kamera tidak ada? Saya berpendapat, sekiranya Khalid ini bijak, dia mesti tunjukkan pada semua wartawan bagaimanakah bentuk alat-alat ini semasa dia menjumpainya.

Lepas itu, ada hati nak memFITNAH UMNO dan juga agensi-agensi keselamatan seolah-olah dia menjadi sasaran. Janganlah FITNAH kalau bukti tak cukup. Kalau nak kata orang UMNO masuk kebilik beliau, saya rasa agak mustahil kerana bilik beliau sudah semestinya dikawal rapi. Kalau pihak keselamatan nak masuk sekalipun, saya rasa mereka takkan sebodoh itu nak letak perakam yang besar seperti itu di sebalik langsir tanpa membuat apa-apa setting pada perakam tersebut.

Apapun, tahniah kepada Khalid kerana telah berjaya memperbodohkan diri sendiri... Kalau nak tahu, polis-polis semua gelak bila tengok berita ni keluar....




Friday, August 13, 2010

FITNAH : FELDA DISERANG LAGI TAPI MENGAPA MEMFITNAH?

Hairan! Hairan! Hairan! Inilah ungkapan yang sesuai diungkapkan oleh saya. Mengapalah peneroka yang menyaman Felda ini begitu mudah diperdayakan oleh pihak-pihak yang secara terang, hanya mengambil kesempatan diatas mereka? Jawapannya tidaklah susah... mereka ini telah dikaburi dengan fahaman politik yang sempit kerana mereka juga adalah pengikut setia parti-parti politik pembangkang.

Untuk menghalalkan perbuatan mereka, satu risalah di edarkan untuk menarik peneroka-peneroka lain menyertai mereka menyaman Felda. Yang menarik, isu-isu yang ditulis didalam risalah ini, nyata tidak tepat dan FITNAH. Segalanya hanya berlandaskan andaian.

Saya telah difahamkan, kesemua 766 peneroka yang menyaman Felda ini adalah ahli parti pembangkang yang bercita-cita untuk menguasai Felda satu hari nanti, tetapi mereka tidak tahu bahawa niat yang mereka sangka 'murni' itu akan meruntuhkan Felda.

Apa yang menarik juga, peneroka ini juga telah ditipu hidup-hidup oleh rakan peguam mereka dari PKR. Agaknya mereka tak kisah ditipu oleh rakan PKR dari ditipu oleh orang lain kot... Kalau mengikut perjanjian antara peneroka dan peguam sahaja pun, peneroka dah kena tipu, kemudian kena bayar RM500 seorang.

Mengikut risalah, peneroka diberi maklumat bahawa kes saman Felda Kemahang 3 Kelantan telah berjaya, namun realitinya adalah berbeza. Kemenangan kes tersebut bukanlah kerana terbukti Felda menganiaya peneroka tetapi kerana kesilapan teknikal dimana peguam yang mewakili Felda tidak hadir ke mahkamah. Kes ini masih lagi belum selesai dan semakan kehakiman sedang dilakukan.

Nampak gayanya, FITNAH terhadap Felda secara khas dan agensi-agensi Kerajaan yang lain tak akan berhenti dan akan berterusan. Satu mekanisma oleh Kerajaan untuk mengawal FITNAH ini perlu digubal sebelum ianya melarat dan tidak dapat di bendung lagi.


Monday, August 2, 2010

FITNAH : PAKATAN RAKYAT TERUS MEMFITNAH



















Melihat penyebaran FITNAH-FITNAH oleh Pakatan Rakyat yang berleluasa sekarang, kita sebagai orang Islam yang juga orang melayu sepatutnya merasa bimbang. Al-Quran telah menjelaskan bahawa, pada akhir zaman, FITNAH akan menjadi suatu perkara yang biasa namun yang menakutkan pada ketika ini, FITNAH bukan sahaja dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai ajaran agama yang kuat, tapi oleh mereka yang dikatakan Tok Guru ataupun Ustaz.

Tahukah kita apa FITNAH boleh lakukan sekiranya ia tidak dibenteras ?

1) Ia boleh musnahkan kredibiliti seorang individu
2) Ia boleh musnahkan keluarga
3) Ia boleh musnahkan organisasi
4) Ia boleh musnahkan kaum
5) Ia boleh memusnahkan agama
6) Ia boleh musnahkan negara
7) dan Ia juga boleh musnahkan dunia

Malaysia sebagai sebuah negara Islam, yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum tidak terlepas dari menghadapi berbagai FITNAH. Bagi mereka yang menyebarkan FITNAH, mereka tidak sedar tindakan yang mereka lakukan boleh memberi kesan buruk yang sangat hebat. Kita ambil contoh satu FITNAH yang di buat oleh Suara Keadilan terhadap Dato Seri Dr Zambry kadir tidak berapa lama dulu. Apakah kesannya?

  1. Dr Zambry sudah semestinya malu kerana dianggap sebagai pengganas
  2. Isteri serta anak-anaknya malu kerana suami/ayah mereka di tuduh sebagai pengganas
  3. Seluruh pemimpin dan rakyat akan tertanya-tanya adakah perkara itu benar-benar terjadi? Secara tidak lansung, pemimpin dan rakyat akan menjadi marah kepada Amerika Syarikat. Sekiranya tidak di perbetulkan, mungkin ada yang bertindak diluar batasan dengan memboikot dan sebagainya.
  4. Negara malu kerana pemimpinnya telah dianggap pengganas oleh Amerika Syarikat
Disebabkan FITNAH yang tidak bertanggungjawab ini, Dr. Zambry telah membuat saman malu RM100 juta terhadap akhbar ini yang mana akhirnya Suara Keadilan telah memohon maaf.

Walaupun peristiwa itu telah berlaku, namun Pakatan Rakyat masih tidak serik dan ambil iktibar dari pengalaman tersebut. Yang terkini, Suara Keadilan terus menerus menaburkan FITNAH-FITNAH yang melampau. Antara FITNAH yang di buat adalah seperti berikut :













Bagi mereka yang telah sedar dan kembali kepangkal jalan yang mana sebelum ini pernah terlibat memFITNAH individu dan Kerajaan semasa bersama Pakatan Rakyat pula sedang menerima FITNAH oleh bekas parti mereka ini. Antara yang hebat di FITNAH sekarang ialah YB Zulkifli Nordin, YB Zahrain, YB Wee Chee Keong dan ramai lagi. Menurut pendedahan yang telah dibuat, ada diantara mereka telah diarahkan untuk berbohong dan memFITNAH orang lain. Kalau nak difikirkan, sekiranya pemimpin Pakatan Rakyat ini pernah mengarahkan kumpulan ini untuk membuat FITNAH, maka bayangkan entah berapa ramai lagi individu lain yang telah menerima arahan yang serupa tetapi difokuskan kepada tajuk-tajuk yang lain.

Oleh itu, tidak hairanlah akhbar-akhbar Pakatan Rakyat ini dipenuhi dengan FITNAH-FITNAH yang kadangkala tidak masuk akal. Namun ia telah memberi kesan yang sangat negatif kepada masyarakat dan yang paling teruk ialah kesan kepada individu yang telah di FITNAH. Oleh itu, bersama-samalah kita menentang dan membenteras FITNAH yang sedang berleluasa sekarang ini. Dengan mendekatkan diri kepada Allah dan mengamalkan segala suruhanNya akan menghindarkan kita dengan FITNAH... Akhir kalam... Bersangka baiklah.

"Sesungguhnya Yang Benar Akan Tetap Mengatasi Yang Bathil"