Monday, July 16, 2012

FITNAH : ADAKAH KERAJAAN MALAYSIA ZALIM?


Kita sering di warwarkan dengan FITNAH yang melampau oleh pihak-pihak yang tidak pernah bersyukur di negara ini. Sila lihat Fakta di atas.... Adakah Kerajaan Malaysia sekarang ini zalim kepada rakyatnya??? Fikirkanlah.

AAF sudah kembali selepas menyepikan diri... Nak buat macammana, terpaksa akur dengan tugas di luar negara. Insyaallah akan aktif kembali menjelaskan FITNAH-FITNAH jahat yang di sebarkan...

Saturday, September 10, 2011

ANALISA : KESAN DARI PERUBAHAN DASAR PAS TELAH KELIHATAN


Susulan dari artikel kami semalam berkenaan dengan kajian yang telah kami lakukan, kesan-kesannya telah mula kelihatan. Berita mengenai kemasukan ahli PAS yang tegar di Kedah adalah hanya permulaan sahaja. Sebenarnya, bilangan yang akan beralih angin ini sangat banyak dan mereka ini boleh di bahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah :-

1) keluar parti PAS dan masuk UMNO
2) bersikap mendiamkan diri dan tidak akan mengundi semasa PRU 13
3) mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan dasar-dasar parti PAS

Baca petikan berita dari Utusan Malaysia di bawah :


Ahli Pas masuk UMNO isu Bukit Kepong

PADANG TERAP 8 Sept. - Kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam peristiwa Bukit Kepong, mendorong kira-kira 50 penyokong Pas daripada 10 keluarga di sekitar Kampung Tandop Besar, di sini menyertai UMNO. Kumpulan berkenaan diketuai Ismail Abdullah, 60, yang lebih 35 tahun menjadi ahli Pas menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada satu majlis di kampung tersebut hari ini.

Menurut Ismail, dia dan isteri, Juriah Majid, 58, bersama tujuh lagi anak mereka berusia antara 18 hingga 35 tahun tidak perlu berfikir panjang untuk menyertai UMNO setelah mendengar kenyataan Mohamad atau Mat Sabu itu. "Sebagai rakyat negara ini, saya memang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu yang memperlekehkan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong. "Kenyataan itu membuatkan saya tidak boleh bertahan lagi dan tidak teragak-agak untuk keluar daripada Pas dan menjadi ahli UMNO," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan yang diadakan di rumahnya di kampung tersebut.

Sementara itu, anak sulung Ismail, Mohd. Yusoff, 35, berkata, kenyataan Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam tragedi Bukit Kepong adalah mengarut dan tidak boleh diterima sama sekali. Justeru, katanya, dia mengikut langkah bapanya untuk menjadi ahli UMNO kerana tidak mahu menyokong pemimpin yang membela komunis dalam peristiwa tersebut. Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu berkata, kemasukan lebih ramai penyokong Pas ke dalam UMNO berikutan wujud kesedaran di kalangan ahli akar umbi Pas sejak akhir-akhir ini bahawa parti yang mereka dokong selama ini sudah kehilangan arah tuju. Katanya, dulu Pas mendakwa mereka memperjuangkan Islam dengan menggunakan slogan 'Membangun Bersama Islam' tetapi menukarnya dengan negara berkebajikan.

"Dalam tempoh itu pula, ada usaha di kalangan pemimpin mereka untuk mengubah sejarah negara termasuk mengangkat Muhamad Indera iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira.
"Ini yang menyebabkan ramai ahli Pas tidak teragak-agak keluar dari parti itu. Mereka juga telah menyedari hanya UMNO terbukti sebagai parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan hala tuju bangsa dan agama dari dulu hingga sekarang," katanya.



Friday, September 9, 2011

KAJIAN RINGKAS : AHLI-AHLI PAS SEMAKIN GELISAH


Cuti panjang sempena menyambut Aidilfitri telah kami gunakan sepenuhnya untuk membuat sedikit kajian ringkas. Saya dan rakan-rakan telah mendapatkan responden dari ahli PAS seramai 1000 orang dari beberapa buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Johor dan Perak.

Kami telah menyediakan 15 soalan dan antara soalan-soalan yang kami tanya ialah :

1) Adakah anda bersetuju dan menyokong dengan dasar-dasar PAS sekarang?
2) Adakah anda bersetuju dan gembira dengan kepimpinan PAS sekarang?
3) Adakah anda bersetuju dengan halatuju PAS sekarang?

Kami tidak dapat menyiarkan keseluruhan kajian buat masa ini, namun secara ringkasnya lebih dari 65% tidak bersetuju dengan dasar-dasar PAS sekarang. 40% tidak gembira dengan kepimpinan PAS sekarang dan hanya 39% yang bersetuju dengan halatuju PAS sekarang.

Antara sebab-sebab ketidakpuasan hati ahli-ahli PAS ini ialah :-

1) Dasar Negara Islam ke Negara Kebajikan
2) Penolakkan Ulama di dalam kepimpinan baru PAS
3) Tidak puas hati dengan peranan PAS di negeri-negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat
4) Penyebaran agama Kristian seperti yang berlaku di Selangor
5) Yang terbaru ialah kenyataan pemimpin PAS berkenaan Bukit Kepong, Johor.

Kesimpulan ringkas yang dapat di buat adalah...AHLI-AHLI PAS SEKARANG SEMAKIN GELISAH DENGAN PERKEMBANGAN YANG BERLAKU DAN SEKIRANYA IANYA BERTERUSAN, TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU KRISIS YANG BESAR DI DALAM PAS.


AKU ANTI FITNAH

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN


JAUHILAN FITNAH!!!

Thursday, August 18, 2011

PEMFITNAH FELDA TERLEPAS ATAS KESALAHAN TEKNIKAL


Hanya di sebabkan kekurangan bukti maka Mahkamah Tinggi telah melepaskan Dr Tan Kee Kwong di atas tuduhan memFITNAH Felda. Hakim semasa membuat penghakiman menjelaskan bahawa perkataan yang di gunakan adalah sememangnya FITNAH cuma di sebabkan kekurangan bukti bahawa Dr Tan menyebut perkataan FITNAH tersebut.

Pihak kami tidak pasti samada pihak Felda akan merayu dan memanggil saksi tambahan iaitu wartawan Malaysiakini yang menemubual Dr. Tan. Yang penting, Mahkamah telah membersihkan FITNAH yang telah di buat oleh pembangkang terhadap Felda.

p.s....Nasiiiiiib kau Tan, kalau tak mati lah kau nak bayar saman tu...

Felda gagal saman fitnah RM200j terhadap Dr Tan Kee Kwong

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya gagal dalam saman fitnah RM200 juta terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof dalam keputusannya berkata, meskipun beliau mendapati perkataan tersebut berunsur fitnah dan ia merujuk kepada Felda selaku plaintif namun lembaga tersebut telah gagal membuktikan bahawa Kee Kwong telah menyebut perkataan fitnah itu serta bertanggungjawab ke atas penyiaran artikel tersebut dalam akhbar Suara Keadilan.

Menurut hakim, plaintif telah gagal memanggil Faizal Zakaria yang ketika itu wartawan akhbar Suara Keadilan untuk memberikan keterangan di mahkamah bagi mengesahkan bahawa Kee Kwong telah menyatakan perkataan fitnah ketika ditemubual. - Utusan


Monday, August 15, 2011

FITNAH DI BULAN RAMADHAN YANG MENGUJI 'AMARAH' UMAT ISLAM


Di bulan Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini, benar-benar menguji ketahanan umat Islam di Malaysia. Satu demi satu sikap Pakatan Pembangkang terbongkar kepada umum dan yang terbaru ialah larangan membaca Al Quran pada subuh hari di Pulau Pinang. Ia juga di persetujui oleh Nik Aziz kononnya ia menganggu orang di pagi hari.

Entahlah... saya rasa ramai yang tidak faham dengan arahan tersebut. Persoalannya, kalau nak sekat, pasal apa tak di buat dari dulu lagi? Kita melihat, oleh sebab arahan tersebut keluar dari negeri pakatan-pakatan yang sewaktu dengan mereka, jadi semuanya boleh.

Yang menariknya lagi, Nik Aziz boleh pula kata, di Kelantan, rakyatnya suka dengar orang mengaji di waktu pagi jadi tak mengapa masjid-masjid baca Al-Quran di waktu pagi. Betul ke? Saya berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan dari PAS dan apabila saya menyentuh perkara ini, mereka rata-rata tidak selesa dengan perkembangan ini. Dah lah krisis 'murtad' yang cuba di basmi oleh JAIS masih belum selesai, perkara ini pula timbul.

Kalau masa zaman Rasulullah, di bulan puasa ini baginda berjihad berperang dengan orang kafir, tapi di zaman ini PAS di lihat berperang dengan Islam pula... Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, August 2, 2011

ANAK BUAT HAL LAGI...


Di khabarkan, ANAK yang di ketuai oleh Mazlan Aliman telah bergerak dengan memberi borang tanah kepada generasi muda Felda. Di dalam borang tersebut, generasi muda di janjikan tanah sekiranya pembangkang menang pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. FITNAH-FITNAH juga di tabur semasa borang ini di sebarkan.

Inilah usaha-usaha jahat ANAK yang sangat tidak bertanggungjawab. Mereka yang di dalangi oleh pembangkang, akan cuba sedaya-upaya untuk menghancurkan Felda. Mereka tidak sedar, dengan perbuatan mereka ini akan menghancurkan Felda itu sendiri.

Tahukah bahawa Felda tidak membuat apa-apa keuntungan dari tanah-tanah peneroka? Malah Felda pula yang membantu peneroka. Sebahagian besar dari saham tanah-tanah yang diuruskan oleh Felda Holdings ini di miliki oleh peneroka melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Bayangkan sekiranya tanah-tanah ini di beri kepada orang lain? Maka pada masa itu, Felda akan mati dengan sendirinya. Fikirkanlah...