Saturday, September 10, 2011

ANALISA : KESAN DARI PERUBAHAN DASAR PAS TELAH KELIHATAN


Susulan dari artikel kami semalam berkenaan dengan kajian yang telah kami lakukan, kesan-kesannya telah mula kelihatan. Berita mengenai kemasukan ahli PAS yang tegar di Kedah adalah hanya permulaan sahaja. Sebenarnya, bilangan yang akan beralih angin ini sangat banyak dan mereka ini boleh di bahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah :-

1) keluar parti PAS dan masuk UMNO
2) bersikap mendiamkan diri dan tidak akan mengundi semasa PRU 13
3) mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan dasar-dasar parti PAS

Baca petikan berita dari Utusan Malaysia di bawah :


Ahli Pas masuk UMNO isu Bukit Kepong

PADANG TERAP 8 Sept. - Kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam peristiwa Bukit Kepong, mendorong kira-kira 50 penyokong Pas daripada 10 keluarga di sekitar Kampung Tandop Besar, di sini menyertai UMNO. Kumpulan berkenaan diketuai Ismail Abdullah, 60, yang lebih 35 tahun menjadi ahli Pas menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada satu majlis di kampung tersebut hari ini.

Menurut Ismail, dia dan isteri, Juriah Majid, 58, bersama tujuh lagi anak mereka berusia antara 18 hingga 35 tahun tidak perlu berfikir panjang untuk menyertai UMNO setelah mendengar kenyataan Mohamad atau Mat Sabu itu. "Sebagai rakyat negara ini, saya memang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu yang memperlekehkan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong. "Kenyataan itu membuatkan saya tidak boleh bertahan lagi dan tidak teragak-agak untuk keluar daripada Pas dan menjadi ahli UMNO," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan yang diadakan di rumahnya di kampung tersebut.

Sementara itu, anak sulung Ismail, Mohd. Yusoff, 35, berkata, kenyataan Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam tragedi Bukit Kepong adalah mengarut dan tidak boleh diterima sama sekali. Justeru, katanya, dia mengikut langkah bapanya untuk menjadi ahli UMNO kerana tidak mahu menyokong pemimpin yang membela komunis dalam peristiwa tersebut. Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu berkata, kemasukan lebih ramai penyokong Pas ke dalam UMNO berikutan wujud kesedaran di kalangan ahli akar umbi Pas sejak akhir-akhir ini bahawa parti yang mereka dokong selama ini sudah kehilangan arah tuju. Katanya, dulu Pas mendakwa mereka memperjuangkan Islam dengan menggunakan slogan 'Membangun Bersama Islam' tetapi menukarnya dengan negara berkebajikan.

"Dalam tempoh itu pula, ada usaha di kalangan pemimpin mereka untuk mengubah sejarah negara termasuk mengangkat Muhamad Indera iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira.
"Ini yang menyebabkan ramai ahli Pas tidak teragak-agak keluar dari parti itu. Mereka juga telah menyedari hanya UMNO terbukti sebagai parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan hala tuju bangsa dan agama dari dulu hingga sekarang," katanya.



Friday, September 9, 2011

KAJIAN RINGKAS : AHLI-AHLI PAS SEMAKIN GELISAH


Cuti panjang sempena menyambut Aidilfitri telah kami gunakan sepenuhnya untuk membuat sedikit kajian ringkas. Saya dan rakan-rakan telah mendapatkan responden dari ahli PAS seramai 1000 orang dari beberapa buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Johor dan Perak.

Kami telah menyediakan 15 soalan dan antara soalan-soalan yang kami tanya ialah :

1) Adakah anda bersetuju dan menyokong dengan dasar-dasar PAS sekarang?
2) Adakah anda bersetuju dan gembira dengan kepimpinan PAS sekarang?
3) Adakah anda bersetuju dengan halatuju PAS sekarang?

Kami tidak dapat menyiarkan keseluruhan kajian buat masa ini, namun secara ringkasnya lebih dari 65% tidak bersetuju dengan dasar-dasar PAS sekarang. 40% tidak gembira dengan kepimpinan PAS sekarang dan hanya 39% yang bersetuju dengan halatuju PAS sekarang.

Antara sebab-sebab ketidakpuasan hati ahli-ahli PAS ini ialah :-

1) Dasar Negara Islam ke Negara Kebajikan
2) Penolakkan Ulama di dalam kepimpinan baru PAS
3) Tidak puas hati dengan peranan PAS di negeri-negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat
4) Penyebaran agama Kristian seperti yang berlaku di Selangor
5) Yang terbaru ialah kenyataan pemimpin PAS berkenaan Bukit Kepong, Johor.

Kesimpulan ringkas yang dapat di buat adalah...AHLI-AHLI PAS SEKARANG SEMAKIN GELISAH DENGAN PERKEMBANGAN YANG BERLAKU DAN SEKIRANYA IANYA BERTERUSAN, TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU KRISIS YANG BESAR DI DALAM PAS.


AKU ANTI FITNAH

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN


JAUHILAN FITNAH!!!

Thursday, August 18, 2011

PEMFITNAH FELDA TERLEPAS ATAS KESALAHAN TEKNIKAL


Hanya di sebabkan kekurangan bukti maka Mahkamah Tinggi telah melepaskan Dr Tan Kee Kwong di atas tuduhan memFITNAH Felda. Hakim semasa membuat penghakiman menjelaskan bahawa perkataan yang di gunakan adalah sememangnya FITNAH cuma di sebabkan kekurangan bukti bahawa Dr Tan menyebut perkataan FITNAH tersebut.

Pihak kami tidak pasti samada pihak Felda akan merayu dan memanggil saksi tambahan iaitu wartawan Malaysiakini yang menemubual Dr. Tan. Yang penting, Mahkamah telah membersihkan FITNAH yang telah di buat oleh pembangkang terhadap Felda.

p.s....Nasiiiiiib kau Tan, kalau tak mati lah kau nak bayar saman tu...

Felda gagal saman fitnah RM200j terhadap Dr Tan Kee Kwong

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya gagal dalam saman fitnah RM200 juta terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof dalam keputusannya berkata, meskipun beliau mendapati perkataan tersebut berunsur fitnah dan ia merujuk kepada Felda selaku plaintif namun lembaga tersebut telah gagal membuktikan bahawa Kee Kwong telah menyebut perkataan fitnah itu serta bertanggungjawab ke atas penyiaran artikel tersebut dalam akhbar Suara Keadilan.

Menurut hakim, plaintif telah gagal memanggil Faizal Zakaria yang ketika itu wartawan akhbar Suara Keadilan untuk memberikan keterangan di mahkamah bagi mengesahkan bahawa Kee Kwong telah menyatakan perkataan fitnah ketika ditemubual. - Utusan


Monday, August 15, 2011

FITNAH DI BULAN RAMADHAN YANG MENGUJI 'AMARAH' UMAT ISLAM


Di bulan Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini, benar-benar menguji ketahanan umat Islam di Malaysia. Satu demi satu sikap Pakatan Pembangkang terbongkar kepada umum dan yang terbaru ialah larangan membaca Al Quran pada subuh hari di Pulau Pinang. Ia juga di persetujui oleh Nik Aziz kononnya ia menganggu orang di pagi hari.

Entahlah... saya rasa ramai yang tidak faham dengan arahan tersebut. Persoalannya, kalau nak sekat, pasal apa tak di buat dari dulu lagi? Kita melihat, oleh sebab arahan tersebut keluar dari negeri pakatan-pakatan yang sewaktu dengan mereka, jadi semuanya boleh.

Yang menariknya lagi, Nik Aziz boleh pula kata, di Kelantan, rakyatnya suka dengar orang mengaji di waktu pagi jadi tak mengapa masjid-masjid baca Al-Quran di waktu pagi. Betul ke? Saya berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan dari PAS dan apabila saya menyentuh perkara ini, mereka rata-rata tidak selesa dengan perkembangan ini. Dah lah krisis 'murtad' yang cuba di basmi oleh JAIS masih belum selesai, perkara ini pula timbul.

Kalau masa zaman Rasulullah, di bulan puasa ini baginda berjihad berperang dengan orang kafir, tapi di zaman ini PAS di lihat berperang dengan Islam pula... Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, August 2, 2011

ANAK BUAT HAL LAGI...


Di khabarkan, ANAK yang di ketuai oleh Mazlan Aliman telah bergerak dengan memberi borang tanah kepada generasi muda Felda. Di dalam borang tersebut, generasi muda di janjikan tanah sekiranya pembangkang menang pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. FITNAH-FITNAH juga di tabur semasa borang ini di sebarkan.

Inilah usaha-usaha jahat ANAK yang sangat tidak bertanggungjawab. Mereka yang di dalangi oleh pembangkang, akan cuba sedaya-upaya untuk menghancurkan Felda. Mereka tidak sedar, dengan perbuatan mereka ini akan menghancurkan Felda itu sendiri.

Tahukah bahawa Felda tidak membuat apa-apa keuntungan dari tanah-tanah peneroka? Malah Felda pula yang membantu peneroka. Sebahagian besar dari saham tanah-tanah yang diuruskan oleh Felda Holdings ini di miliki oleh peneroka melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Bayangkan sekiranya tanah-tanah ini di beri kepada orang lain? Maka pada masa itu, Felda akan mati dengan sendirinya. Fikirkanlah...

Saturday, July 23, 2011

MALUNYAA...... NAK SAMAN FITNAH 20 JUTA TAPI SENDIRI YANG KENA BAYAR



Tu lah akibatnya apabila suka sangat nak menyaman FITNAH orang tapi akhirnya diri sendiri yang susah. Inilah yang berlaku kepada Mazlan Aliman a.k.a. 'Tukang Pecah Belah Peneroka' Felda. Beberapa bulan yang lepas, beliau telah di tahan Polis apabila sedang membuat ceramah memFITNAH Felda dan Kerajaan.


Oleh kerana tidak puas hati, beliau telah melantik Wan Rohimi untuk menyaman Felda dan Pengurus Rancangan Felda Lembah Klau sebanyak RM 20 juta. Banyak tuuuu.... Dia fikir kalau dapat duit RM20 juta tu, dia akan jadi lebih kaya dari Wan Rohimi yang dah menipu duit peneroka-peneroka (kes peneroka saman Felda yang mereka menang akibat peguam Felda tidak hadir ke mahkamah) yang beliau wakili di Kelantan tidak lama dulu.


Malangnya, hakim telah menolak saman FITNAH beliau ini dan mengarahkan beliau membayar RM16,000 kepada Felda dan Pengurus Rancangan....


Malunya.... Ingatkan boleh kaya tapi akhirnya, kena bayar pulak. Dah lah tu, duit Wan Rohimi pun kena bayar juga.... Padan muka kau Mazlan...

Thursday, July 21, 2011

KAMI CABAR PAS BUAT DEMONSTRASI ALA 'BERSIH' DI I-CITY

Melucukan dan Memualkan... Itulah perasaan yang boleh saya gambarkan apabila menyentuh tentang parti yang mengaku memperjuangkan Islam, tetapi tunduk kepada DAP. Satu persatu mereka tunduk kepada DAP dan yang terkini mereka bakal tunduk ialah di dalam bantahan Konsert MTV World Stage yang akan di adakan di I-City tidak lama lagi.

Kita lihat sahaja dulu, antara yang mereka telah bersetuju ialah :

1) Kalimah 'Allah' boleh di gunakan oleh agama lain
2) Orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid
3) Orang bukan Islam boleh memakai pakaian yang tidak menutup aurat di perkarangan masjid
4) Soal pekerja Islam yang terlibat di dalam jual beli arak
5) Pusat hiburan tidak akan di tutup dalam bulan Ramadhan walaupun keputusan telah di buat.

Oleh itu, KAMI MENCABAR PAS BUAT DEMONSTRASI BESAR-BESARAN TERHADAP KEPUTUSAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR, MEMBANTAH KONSERT DI I-CITY. Jangan hanya pandai cakap jer...

TERKINI!!! SAH TEOH BENG HOCK BUNUH DIRINYA SENDIRI

Terkini..... Setelah bermacam-macam dugaan serta tekanan telah dihadapi oleh SPRM dan Kerajaan Malaysia akibat daripada kematian Teoh Beng Hock, akhirnya di dalam laporan Suruhanjaya Di Raja telah membuat kesimpulan bahawa Teoh Beng Hock sememangnya telah membunuh dirinya sendiri.

Semoga selepas ini, segala FITNAH-FITNAH jahat pembangkang terutamanya DAP akan berhenti. Sekiranya mereka masih tetap tidak berpuas hati, tak tahulah nak caka apa lagi...

Suruhanjaya dapati Beng Hock bunuh diri
21/07/2011 2:42pm

KUALA LUMPUR 21 Julai - Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan. - Bernama

Wednesday, July 20, 2011

BLOGGER YANG MEMFITNAH MENTERI AKAN TERUS MEMFITNAH

Bongkak!!!

Bak kata pepatah... "kerana mulut , badan binasa". Itulah yang berlaku kepada seorang blogger pembangkang dari PKR yang telah membuat FITNAH kepada seorang menteri kabinet. Akhirnya beliau telah di jatuhkan hukuman oleh mahkamah. Ingatlah Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud, "...dan FITNAH itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.".

Sesungguhnya Allah dan Rasulullah telah berkali-kali menasihatkan dan memberitahu semua umat Islam bahawa FITNAH itu sangat bahaya tetapi mereka tetap melakukannya juga. Walaupun Saudara Amizuddin di kenakan membayar ganti rugi berjumlah RM400,000 namun beliau telah membuat kenyataan untuk tetap tidak berhenti untuk memFITNAH. Entahlah... malu nak cakap jenis manusia macammana Saudara Amizuddin ini yang masih tidak sedar-sedar lagi. Semoga Allah memberikan nur kedalam dirinya supaya tidak akan terus sesat. Amin


TheMalaysianinsider -Amizudin: Saya tetap lawan, tak terkejut arah bayar Rais RM400,000

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Amizudin Ahmat yang semalam diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya menegaskan akan "terus lawan."

"Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan," kata Amizudin ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

"Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan ini... jumlah RM400,000 yang diarah dibayar pak menteri (kepada Rais)," kata beliau.

Pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com ini menambah, keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan.

"Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat," katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.

Rayuan dijangka difailka hari ini ataupun esok.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu.

Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong.

Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, "sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care."

"'Sharpshooter' diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun 'sharpshooter' tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika 'sharpshooter' mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan 'berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf'."

"Walau bagaimanapun 'sharpshooter' akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan," katanya.

Menurut laporan media semalam, dalam penghakimannya, Hakim Zabariah Mohd Yusof berkata, setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.

Katanya, fitnah yang dibuat itu adalah sangat serius, dan jika seseorang itu mempercayainya, bukan sahaja reputasi Rais akan terjejas di peringkat nasional dan antarabangsa, tetapi yang lebih penting ialah kesannya terhadap kehidupan Rais dan keluarga.

Zabariah berkata bahawa dalam menetapkan jumlah ganti rugi itu, mahkamah mendapati tidak ada keterangan yang boleh mengaitkan Rais dengan perbuatan salah laku sehingga mendorong Amizudin mengeluarkan artikel berkenaan.

"Apa yang jelas ialah defendan ini berada dalam kem politik yang berlainan," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata fitnah itu melibatkan perbuatan merogol seorang individu dari negara lain dan ini merupakan satu tuduhan paling kotor yang dibuat terhadap seseorang.

Malah menurut Zabariah, tuduhan itu juga tidak sihat daripada segi hubungan diplomatik dan ia menambah lagi kemarahan negara jiran itu memandangkan terdapat kes-kes warga negara berkenaan didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Katanya artikel itu diterbitkan dalam satu laman blog yang dapat diakses oleh sesiapa saja termasuk di luar negara.

Zabariah berkata bahawa daripada keterangan yang ada, perbuatan Amizudin mengeluarkan artikel itu dahulu sebelum memastikan kesahihannya, merupakan satu tindakan yang cuai.

"Ini jelas daripada keterangannya bahawa dia telah pergi ke Jakarta untuk menyiasat hanya selepas dia mengeluarkan artikel itu dalam blognya. Dia berada di sana selama tiga hari dan gagal mendapatkan pengesahan terhadap dakwaannya itu daripada wanita yang dikatakan mangsa," katanya.

Selepas itu Amizudin tidak lagi mengambil apa-apa tindakan dan ini menunjukkan bahawa dia tidak kisah tentang kesahihan artikelnya terhadap Rais, kata Zabariah lagi.

Sharpshooter - Kepada semua blogger pro Pakatan Rakyat, usah takut untuk terus menulis..

Jazakallah kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan yang memberi sokongan dan sumbangan ikhlas melalui hebahan di facebook.. Allah sahajalah yang dapat membalasnya..God Bless all of you..

Lawan tetap lawan..






Wednesday, July 13, 2011

WAHAI RAKYAT MALAYSIA... BERSYUKURLAH

Tadika Kemas yang di biayai oleh kerajaan... sungguh sempurna dan sistematik

Tadika di negara jiran... Kepada anak-anak yang miskin, mereka tidak mendapat apa-apa bantuan dari kerajaan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Semua kemudahan telah di sediakan oleh kerajaan namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak bersyukur dengan apa yang mereka dapat.

Kami ingin membawa sedikit kisah dari negara jiran sebagai renungan. Baru-baru ini terdapat seorang kenalan dari negara jiran yang datang bercuti ke Malaysia. Semasa bersembang, beliau ternyata sangat kagum dengan sistem pendidikan di Malaysia. Antara kata-kata beliau ialah :

1) mereka terpaksa merasuah pihak sekolah, walaupun untuk masuk ke sekolah milik kerajaan.
2) mereka terpaksa membayar yuran yang mahal pada setiap bulan untuk setiap anak mereka.
3) mereka terpaksa membeli buku teks dan buku tulis.
4) berbagai-bagai kemudahan lain tidak di sediakan oleh sekolah.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah di sediakan oleh kerajaan. Fikirkanlah... jangan sampai negara hancur, baru nak menyesal.

Tuesday, July 12, 2011

FITNAH BODOH YANG BOLEH MENGHANCURKAN NEGARA

Foto kematian sebenar

FITNAH Jahat : Lakonan Suhardi seolah-olah beliaulah Allahyarham Baharuddin

Apabila membaca berita serta pendedahan bodoh yang telah di lakukan oleh pembangkang, ia benar-benar membuatkan darah saya mendidih. FITNAH bodoh yang telah di lakukan dengan berlakon mati semasa demonstrasi Bersih, adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Saya tidak mahu berkata banyak tatapi mendoakan semoga Allah turunkan bala yang sedahsyat-dahsyatnya kepada mereka semua ini. Perbuatan mereka yang terlibat sangat jijik dan kotor. Semua yang dilakukan adalah untuk seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Saya merasa sungguh malu dengan beliau yang mengimamkan solat di atas jalan, kemudian berdoa tetapi akhirnya melakukan FITNAH yang sangat jahat.

Adalah bagusnya kalau kita bertanya dengan Ustaz Zamri yang menyokong Bersih, apakah hukumnya perbuatan Suhardi ini. Memang sangat memalukan...

Sesungguhnya FITNAH ini boleh menghancurkan negara. Tahniah kepada Papagomo di atas pembongkaran FITNAH jahat ini.

DR. TAN BERKATA FITNAH... TETAPI TIDAK MAHU BERTANGGUNGJAWAB

Berita yang sangat memalukan pada hari ini... Dr. Tan Kee Kwong seperti tidak mahu bertanggungjawab dengan setiap FITNAH yang di buat oleh beliau terhadap Felda. Sekarang, macam-macam alasan di beri "supaya beliau tidak memberikan keterangan di mahkamah" kerana beliau percaya bahawa beliau akan di dapati bersalah selepas habis proses mahkamah ini nanti.

Inilah sikap dan tindak tanduk pemimpin pembangkang yang hanya tahu mencari salah orang walaupun ianya tidak benar. Sekarang beliau akan tanggung segala FITNAH yang di lemparkan ini. Pesan saya, kalau tak cukup duit nanti, mintak je dengan Anwar Ibrahim... Duit dia masih banyak di luar negara.

Baca berita terkini di bawah :

Defendan dalam kes Felda saman Suara Keadilan enggan beri keterangan...

Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong tidak akan memberi keterangan dalam saman RM200 juta yang difailkan oleh Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) terhadap beliau.

Peguam Dr Tan, Ranjit Singh memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa defendan (Dr Tan) tidak mempunyai kes untuk menjawab berhubung saman Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Ranjit memberitahu mahkamah demikian selepas peguam utama Datuk Mahinder Singh Dulku yang bertindak bagi plaintifnya (Felda dan Felda Global Ventures) memaklumkan bahawa plaintif telah menutup kes itu selepas memanggil empat saksi.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusuf menetapkan 20 Julai ini untuk mendengar hujahan. Sebelum itu, Hakim Zabariah menolak permohonan Mahinder untuk menangguhkan perbicaraan kerana beliau mahu menghantar sapina kepada wartawan Suara Keadilan yang menemu bual Dr Tan berhubung satu artikel.

Hakim berkata sapina itu boleh dibuat selepas perbicaraan itu. Pada 25 Jan lepas, Felda dan anak syarikatnya menyaman Dr Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Kontroversi' yang didakwa memfitnah mereka.

Artikel itu bersambung pada muka tiga dengan tajuk "Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu." Plaintif mendakwa artikel itu memfinah mereka kerana perkataan-perkataan itu menunjukkan bahawa pengambilan balik dan pembinaan Menara Felda di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur akan memberi manfaat kepada kroni.

Dalam kenyataan pembelaannya, Dr Tan berkata perkataan yang dibuat atau mengandungi ulasan dan menzahirkan pendapat itu merupakan ulasan adil berhubung kepentingan awam seperti kedudukan kewangan, perbelanjaan, pengurusan dan kegiatan plaintif.

Dr Tan menafikan bahawa perkataan itu dengan cara apa pun memfitnah plaintif dan dalam konteks artikel itu, jika diambil secara menyeluruh, perkataan itu tidak bermakna atau boleh membawa makna seperti yang didakwa oleh pliantif.

Terdahulu, bekas timbalan pengarah urusan kumpulan Felda Holdings Bhd, Datuk Kasah Ahwal, dalam keterangannya memberitahu mahkamah bahawa beliau ada berjumpa Dr Tan di Maju Junction Food Court, di sini, tahun lepas selepas bekas timbalan menteri itu beberapa kali menelefonnya dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk berjumpa dengannya.

Kasah, 59, yang kini bersara memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak menjawab panggilan telefon dan juga khidmat pesanan ringkas itu tetapi membalas SMS itu selepas beberapa kali Dr Tan membuat panggilan.

Kepada soalan peguam Datuk Firoz Hussein Jamaluddin yang mewakili plaintif, Kasah berkata beliau kecewa dengan sikap Dr Tan kerana apa yang dibincangkan di Maju Junction itu telah diterbitkan oleh Dr Tan.

Semasa disoal balas oleh Ranjit, Kasah berkata semasa pertemuan dengan Dr Tan, beliau hanya memberi komen mengenai pelaburan oleh anak-anak syarikat Felda yang tidak memberikan pulangan yang baik kepada Felda.-12/7/2011

Monday, July 11, 2011

BALASAN KEPADA MEREKA YANG SUKA FITNAH

Ingatkah lagi dengan bekas timbalan menteri yang pernah memFITNAH Felda bahawa Felda bangkrap? Tadi pihak mahkamah telah menolak bantahan beliau bahawa Felda tidak boleh menyaman beliau. Sekarang ini, beliau sudah semestinya susah hati kerana memang beliau tidak mempunyai fakta dan apa yang beliau katakan dahulu adalah untuk kepentingan politik kepada seorang yang bernama Anwar Ibrahim.

Teringat pesan ayah... "Terlajak perahu boleh di undur tapi terlajak kata buruk padahnya"...

Baca di bawah :

Felda: Bantahan awal bekas Timbalan Menteri ditolak

11/07/2011 12:37pm

KUALA LUMPUR 11 Jun. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak bantahan awal bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong dan memutuskan bahawa Felda mempunyai hak di sisi undang-undang untuk menyaman beliau.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menolak bantahan awal Kee Kwong dengan kos.

Beliau memutuskan demikian sebelum mendengar keterangan saksi pertama dalam kes itu. - Utusan

FIKIRKANLAH : DIMANAKAH ULAMA PAS SEMASA DEMOSTRASI BERSIH?

Di dalam keghairahan kita menghentam Anwar Ibrahim, Ambiga dan lain-lain, kita terlupa satu persoalan, di manakah ulama-ulama PAS semasa demonstrasi Bersih yang kotor itu berlansung? Apakah pendirian mereka berkaitan demonstrasi ini? Di manakah :

1) Dato Haron Din
2) Dato Ismail Kamus
3) Taib Azamuddin
4) Dato Mustafa Ali
5) Nasharuddin Mat Isa
6) Lain-lain ulama PAS

Fikirkanlah.....

Sunday, July 10, 2011

DIMANAKAH PEMIMPIN BESAR DAP SEMALAM ?

Adakah mereka ketawakan orang melayu semalam???

Pernah tak kita fikirkan sejenak, di manakah mereka ini semalam? Mungkin saya terlepas pandang, tapi rasanya mereka tiada di Perhimpunan semalam :

1) Lim Kit Siang
2) Lim Guan Eng
3) Karpal Singh
4) Ronnie liew
5) Jeff Ooi
6) Lain-lain pemimpin DAP yang saya tidak ingat nama mereka

Memang sah.... yang bergaduh akhirnya melayu juga.

Fikirkanlah !!!


Saturday, July 9, 2011

ADAKAH KITA AKAN LIHAT INI DI LUAR NEGARA? TABIK KEPADA PDRM

Tabik Spring Kepada PDRM.... Inilah foto untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia bahawa PDRM mesra kepada tahanan yang di tahan di dalam perhimpunan haram hari ini. Layanan yang mereka terima...memang 'First Class'.

Lihatlah sendiri foto yang di keluarkan oleh PDRM ini. Adakah perkara ini akan berlaku di luar negara???

Fikirkanlah sendiri wahai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan...

Tahniah PDRM!!!

Tahanan boleh solat dan surau sementara di sediakan

Tahanan mengambil wuduk

Tahanan menjamu selera dan ada yang menghisap rokok

Tahanan menjamu selera macam ada kenduri kahwin

Tahanan di periksa kesihatan mereka...manalah tahu ada darah tinggi ke...

Sangat sistematik.... tahanan di ambil keterangan oleh Polis dan tak perlu tunggu lama

TERIMA KASIH PDRM


Kami dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menjaga keamanan di negara Malaysia tercinta ini. Teruskan tugas anda semua...Percayalah seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan di belakang anda.

Jalankanlah tugas anda dengan baik. Doa kami bersama anda semua.

Terima kasih PDRM.

p.s.... Kalau jumpa Mazlan Aliman tu, tangkap sekali.

PDRM MEMANG HEBAT!!!! TAHNIAH PDRM


Ini bukan majlis kenduri atau majlis Hari Raya. Foto ini di petik dari laman facebook Polis DiRaja Malaysia.... Nak menitis melihat layanan Polis kepada mereka yang di tahan oleh Polis. Inilah dia pendekatan PDRM yang mesra kepada rakyat Malaysia walaupun mereka ini telah terlibat di dalam perhimpunan haram hari ini.

TAHNIAH PDRM

PERHATIAN... POLIS SEDANG MENCARI LELAKI INI


Pihak Polis telah mengeluarkan senarai dan nama lelaki ini berada di dalam senarai yang ke 36, iaitu sekiranya sesiapa yang melihat lelaki ini berada di Kuala Lumpur, sila laporkan kepada pihak Polis dengan segera. Lelaki ini sangat merbahaya kerana :

1) memecahbelahkan orang melayu
2) menanam perasaan benci peneroka kepada kerajaan
3) suka membuat fitnah terhadap Felda dan Kerajaan
4) mengikut telunjuk Ambiga yang terang-terang anti Islam

Harap Ambil Perhatian !!!

Thursday, July 7, 2011

JANGAN LAYAN BERSIH... KERANA BERSIH PEMFITNAH

Itulah sikap mereka yang tidak tahu erti bersyukur... tak pernah puas dengan apa yang mereka dapat di bumi Malaysia ini. Di beri betis, nak peha...

Saya menyeru kepada Kerajaan dan PDRM supaya semua kehendak Bersih ini tidak di layan sama sekali, kerana :

1) Mereka pemFITNAH di dalam negara
2) Mereka akan mencetuskan huru-hara
3) Mereka akan meruntuhkan ekonomi
4) Mereka akan menjatuhkan kestabilan politik
5) Mereka akan memecah-belahkan orang melayu
6) Mereka akan membuktikan bahawa orang melayu menjadi hamba kepada bangsa lain
7) Islam di perlekehkan

Bersamalah kita renungkan sebelum ianya terlambat.... Bersyukurlah...

Monday, July 4, 2011

PEMFITNAH FELDA TEGAR... KEMPEN 'NYAH' MAZLAN DARI FELDA

Inilah manusia yang memecahbelahkan masyarakat Felda

Mazlan Aliman telah banyak menaburkan FITNAH di Felda. Melalui kempen beliau di Felda juga, beliau telah dapat menempatkan diri di tangga teratas pada pemilihan jawatankuasa PAS Pusat.

Antara tugas beliau ialah :

1) memecahbelahkan masyarakat peneroka di dalam Felda
2) memburukkan Felda dan kerajaan
3) menabur janji yang tidak berasas kepada masyarakat Felda

Atas sebab-sebab di atas, kami melaksanakan kempen 'Nyah' Mazlan Aliman Dari Felda.








Sunday, July 3, 2011

DAULAT TUANKU.....

Sebentar tadi, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong telah mengeluarkan kenyataan akhbar berkenaan pihak pembangkang yang ingin membuat demonstrasi pada 9 hb Julai 2011.

Ternyata, Tuanku juga menolak cara kuno pihak pembangkang yang ingin membuat perkara yang boleh merosakkan negara. Berikut adalah kenyataan dan teks penuh Titah Khas Tuanku :

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Wednesday, June 29, 2011

KAMI MINTA 'ISA' DI GUNAKAN SEBELUM TERLAMBAT


Setelah meneliti setiap perkembangan yang sedang berlaku sekarang ini, AAF berpendapat bahawa keadaan sudah menjadi semakin di luar kawalan. Pembangkang terus mencetuskan provokasi untuk melaksanakan demonstrasi 'BERSIH' walaupun majoriti rakyat menolaknya. Oleh itu kami mendesak dan meminta kerajaan menggunakan 'ISA' sebelum ianya terlambat.

Kami bimbang sekiranya tiada tindakan di ambil, 'Yang Menang Dapat Arang, Yang Kalah Dapat Abu'.

Kami Menyokong ISA.

Wednesday, June 22, 2011

Serangan Jahat Berbentuk Fizikal Terhadap SPRM Telah Bermula

Kalau jahat memang tetap jahat. Itulah yang boleh di perkatakan terhadap kumpulan yang sejak kebelakangan ini sudah mula menyerang pegawai SPRM secara fizikal. Mungkin mereka merasakan bahang terhadap tugas-tugas yang di lakukan SPRM telah 'menyengat' organisasi mereka.

Seminggu yang lepas, kereta seorang pegawai SPRM Selangor telah di simbah cat tetapi kejadian semalam telah mengubah segala-galanya kerana seoarang pegawai SPRM telah di serang secara fizikal. Mangsa di katakan mengalami kecederaan yang agak parah dan kini sedang di rawat di hospital.


Nampaknya, semua pegawai-pegawai SPRM kenalah berjaga-jaga selepas kejadian ini kerana apa saja kemungkinan boleh berlaku. Kepada pegawai SPRM yang sedang cedera sekarang, sama-sama lah kita doakan semoga beliau cepat sembuh dan kepada SPRM, ayuh teruskan ke depan dan jangan sekali-kali berundur. Majoriti rakyat Malaysia di belakang anda.


BUDAK PEMBENCI RASUAH

http://budakpembencirasuah.blogspot.com

Friday, June 17, 2011

PEMFITNAH TEGAR... TAN KEE KWONG MEMANG KECUT PERUT

Bak kata pepatah, "Pandai Buat, Pandailah Tanggung". Ini lah yang boleh di jelaskan apabila Mahkamah membenarkan Felda mendapatkan maklumat dari Tan Kee Kwong berkaitan FITNAH beliau terhadap Felda.

Semoga, dengan pendedahan oleh Tan Kee Kwong ini akan menjelaskan betapa besarnya FITNAH beliau dan PKR terhadap Felda. Sesungguhnya yang salah, akan tetap salah...

Fikirkanlah...

Mahkamah benar permohonan FELDA supaya bekas timbalan menteri dedah maklumat


2011/06/17

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan FELDA dan syarikat pelaburannya supaya bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong, mendedahkan butir-butir lanjut berhubung pertemuan yang dikatakan membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan dua yang lain dalam satu tuntutan terhadap beliau.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Cheng Mai yang mewakili mewakili FELDA dan syarikat pelaburannya FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd dan Ho Kok Yew bagi pihak Tan.
Mengikut rekod mahkamah, Zabariah turut menetapkan tiga hari bermula 7 Julai untuk mendengar perbicaraan permohonan Felda dan Felda Global yang memfailkan saman malu RM200 juta terhadap Dr Tan atas artikel yang memfitnah diterbitkan dalam akhbar "Suara Keadilan" tahun lalu.
Pada 25 Januari lalu kedua-dua pihak itu memfailkan saman tersebut dan mendakwa bahawa kata-kata fitnah itu diterbitkan dalam sebuah artikel muka depan berjudul "Kontroversi" dan artikel lanjutan di muka tiga, di bawah tajuk "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga individu".

Mereka mendakwa artikel itu memfitnah mereka kerana kata-kata tersebut memberi makna tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara FELDA di Segitiga Emas di sini adalah untuk faedah kroni.

Mereka berkata, kata-kata itu juga bermakna bahawa transaksi bangunan FELDA menyebabkan kerugian kepada mereka dan menyebabkan plaintif menghadapi penghinaan di khalayak awam.

Mereka memohon antara lain ganti rugi RM200 juta serta injunksi untuk menyekat Dr Tan dari terus bercakap atau menerbitkan kata-kata serupa. - BERNAMA

Monday, May 30, 2011

PANAS!!! : PEMBONGKARAN KERAKUSAN DAP SEMASA MENTADBIR NEGERI PERAK

Lokasi tanah yang ingin di majukan dan kesan dari pencerobohan di tanah agensi lain

Apa yang di bongkar oleh AAF pada kali ini bukanlah FITNAH seperti yang di lakukan oleh Jeffri Ooi di Pulau Pinang. Maklumat berkaitan pendedahan ini sudah lama di selidiki dan selepas semua fakta-fakta di perolehi, barulah artikel ini di tulis.

Setelah kekalahan BN di Perak pada tahun 2008, Pakatan Rakyat yang pertama kali menjadi kerajaan, telah dengan rakus mengaut kekayaan di bumi Perak. Mereka tidak kira apa sahaja hasil kekayaan yang mereka boleh kaut, asalkan ianya dapat memenuhkan poket mereka. Samada cara betul atau tidak, mereka tidak peduli. Negeri Perak telah bernasib baik kerana pentadbiran mereka hanya bertahan hingga awal 2009. Kalau tidak tak tahulah apa yang akan berlaku. Apapun, pendedahan ini adalah salah satu dari contoh kerakusan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Semuanya berkisar dengan projek yang di jalankan oleh syarikat Segari Oil & Gas And Marine Sdn Bhd (SOGAM). Syarikat yang di sokong kuat oleh pemimpin-pemimpin DAP ini, telah merancang untuk membangunkan satu projek kejuruteraan dan fabrikasi logam untuk industri gas dan minyak di Segari (dlm Daerah Manjung). Tanah seluas lebih kurang 1.7 ekar telah diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada awal tahun 2009 (sebelum bertukar ke Kerajaan BN). Pada masa pemerintahan mereka ini, segala paksaan telah mereka lakukan supaya segala apa yang mereka hajati akan di patuhi. Arahan demi arahan di keluarkan supaya semua anak syarikat Negeri Perak mengikut telunjuk mereka. Namun tidak semua yang mengikut kehendak mereka ini.

Apa yang berlaku ialah SOGAM telah menceroboh ke tanah agensi lain termasuklah juga Tanah Simpanan Hutan Batu Undan, yang kononnya untuk ke tanah tempat projek mereka. Tindakan mahkamah telah di ambil oleh agensi Kerajaan yang terbabit dan sehingga kini, kes ini masih lagi di dalam proses mahkamah. Namun, apa yang di kesalkan, banyak kerosakan telah di lakukan oleh mereka (biasalah tu, sebelum sampai ke tanah mereka, balak-balak pun semuanya di sapu juga walaupun bukan di kawasan mereka). Dari siasatan yang telah saya dan rakan-rakan lakukan, projek ini sudah lama terbengkalai dan hanya cerucuk-cerucuk sahaja yang ada di situ.

Namun yang pasti, mereka lansung tidak menghormati hak orang lain dan juga alam sekitar. Menurut sumber-sumber lain yang rapat dengan kerajaan dahulu,(dahulunya menyokong Pakatan Rakyat tetapi telah kembali menyokong BN), DAP telah mendapat habuan yang besar melalui projek ini. Apapun nasib baik pemerintahan mereka tidak lama. Sumber tersebut juga mengesahkan bahawa :-

1) projek ini telah bertukar tangan daripada pemegang asal.
2) syarikat yang menaja SOGAM adalah juga syarikat yang menaja DAP
3) projek SOGAM telah di gunakan untuk membersihkan wang pelaburan dari luar negara

Inilah antara perkara-perkara negatif yang telah di lakukan oleh DAP. Ini adalah antara projek yang telah di kenalpasti di selewengkan. Bayangkan, apakah perkara-perkara lain yang telah di hancurkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Ini adalah pesanan yang ditinggalkan oleh sebuah syarikat kepada SOGAM di internet

Sama-sama lah kita nilai Kerajaan Pakatan Rakyat. Negara akan hancur dengan cepat kalau mereka berkuasa. Fikirkanlah...

Friday, April 22, 2011

KAMU TAK LAYAK... SEBAB KAMU SUKA FITNAH

Mazlan Aliman Di Sidang Akhbar memFITNAH Tan Sri Yusof Noor beberapa hari lepas


Pemilihan PAS pada bulan Jun ini kini bertambah panas. Masing-masing telah merancakkan cara untuk mempromosi diri sendiri walaupun diketahui apa yang mereka perkatakan itu adalah pembohongan dan FITNAH.

Salah satu pemimpin PAS yang kini memegang jawatan AJK PAS Pusat ialah Mazlan Aliman. Dari maklumat yang di perolehi dari Anak Jati Felda, Mazlan telah kembali ke persada politik selepas menyepikan diri akibat kekalahan teruk PAS di kawasan Felda di DUN Tenang dan DUN Kerdau. Beliau yang merupkan penyokong kuat Haji Hadi dikatakan agak kecewa dengan pemimpin PAS kerana tidak memilih beliau untuk menjadi calon di kedua-dua kawasan tersebut.

Memandangkan Mazlan sedang bersedia untuk mempertahankan jawatan beliau sebagai AJK PAS Pusat, beliau terpaksa mencari bahan-bahan berkaitan Felda untuk di dedahkan, walaupun apa yang di dedahkan itu FITNAH.

Yang terbaru, beliau telah mem FITNAH Tan Sri Yusof Noor yang dikatakan menerima bayaran sebanyak RM84,000 dari Wilayah Segamat sebagai hadiah sagu hati. Yang jelas, ini adalah FITNAH yang amat nyata kerana Tan Sri Yusof Noor hanya ketawa dengan pembohongan terkini Mazlan Aliman ini. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai juga, di katakan Tan Sri ada berkata bahawa beliau akan bagi balik kepada peneroka sekiranya beliau ada menerima wang hadiah tersebut. Agaknya Mazlan yang ketandusan isu ini merindui bekas Pengerusi Felda setelah sekian lama tidak mengusik Tan Sri. Pada pandangan saya, bagus juga kalau Tan Sri Yusof Noor saman je Mazlan ni supaya semua peneroka tahu yang dia ni suka cakap bohong.

Yang pasti, apa yang diperkatakan beliau adalah FITNAH dan semestinya semua perwakilan PAS yang akan mengundi pada bulan Jun ini 'mesti' menolak Mazlan Aliman. Sesuai dengan beliau yang setakat ini memegang jawatan AJK Pembohong Amalan Saya (PAS)....

Sedar-sedarlah Mazlan oooooiiiiiii......

AKU ANTI FITNAH

Tuesday, April 12, 2011

INI BUKAN FITNAH.... PAS MENYOKONG DAN MENGGALAKKAN VIDEO SEPERTI ANWAR

Ini bukan FITNAH, tetapi memang betul. Apabila kita melayari laman portal pembangkang yang penasihatnya Ustaz Jamaluddin Al Hafiz (cybershot), ini yang akan kita lihat.


Di Bahagian Atasnya
- Tertulis doa : ' Ya Allah, Jadikanlah kami orang-orang yang mendapat kemenangan'.

Di Bawah Banner
- Iklan menjual gajet rahsia James Bond. (siap nak mencari pengedar baru lagi...)

Di bawah Banner Iklan Diatas
- Iklan jual ubat-ubat bagi yang lemah... untuk kebahagiaan rumahtangga.

Bak kata pepatah orang putih...' A picture paints a thousand words' atau dalam bahasa melayu... Sekeping foto menggambarkan seribu perkataan. Sama-samalah kita fikirkan apa yang sedang cuba di sampaikan oleh laman portal ini... ha ha ha. Apa komen anda.

Aku Anti Fitnah


Monday, April 11, 2011

Mengapakah Rasuah Di Jabatan Kastam Mesti Di Hentikan

Artikel ini dipetik dari blog budakpembencirasuah.blogspot.com... Sangat menarik...

Tindakan tegas terhadap Jabatan Kastam telah memberikan persepsi yang positif kepada usaha tegas YAB Perdana Menteri melalui SPRM untuk mengatasi gejala rasuah yang sangat berleluasa. Ramai yang tidak sedar apa yang berlaku di persekitaran kita terpaksa melalui Jabatan Kastam. Rakyat sering bertanya, mengapakan ia tetap berlaku.... maka jawapannya ialah RASUAH. Lihat foto di bawah :-


Penjualan telefon tiruan yang banyak di pasaran


Penjualan minyak wangi palsu


Penjualan kasut tiruan di pasar-pasar malam


Baju dan pakaian tiruan. Walaupun di rampas, tapi sampai bila


Pergi ke Petaling Street, jam tiruan di jual begitu banyak


Beg tiruan di jual di merata tempat, termasuklah melalui internet


Rokok tetap dapat di seludup. Yang di rampas hanya sedikit dari banyak yang terlepas masuk.


Cukai arak... yang kena cukai 1 botol dari banyak botol yang terlepas.

Persoalannya, bagaimanakah barang-barang ini boleh masuk kedalam pasaran negara? Patutlah 'forwarding agent' marah bila kawan-kawan mereka di Kastam di tangkap. Sama-sama kita fikirkan...

Saturday, April 9, 2011

DATO SERI ABU KASSIM DAN SPRM.... TERUSKAN KERJA BAIK ANDA

Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak terutamanya pembangkang telah bertindak menyerang kredibiliti SPRM dengan bermacam-macam FITNAH. Usaha murni SPRM yang di terajui Dato Seri Abu Kassim telah cuba dicemarkan, hanya kerana usaha-usaha pembenterasan rasuah yang di laksanakan sedang menampakkan hasilnya.

Susulan dari gerakan serta operasi yang di lakukan, SPRM telah berjaya menyelamatkan hasil wang negara yang telah kehilangan dengan begitu banyak sekali. Sekiranya kita baca akhbar, boleh di katakan setiap hari akan ada berita berkaitan SPRM samada penangkapan, pendakwaan atau makluman/kerjasama pembasmian rasuah.

Imej SPRM kini begitu baik hinggakan tidak berapa lama dahulu, Dato seri Abu Kassim telah terpilih menjadi orang no 4 di dalam senarai global oleh NGO dari Amerika Syarikat yang mengkaji 'ethic perniagaan'. Ini merupakan satu pengiktirafan bukan sahaja di tujukan kepada Dato Seri Abu Kassim, tetapi kepada seluruh kakitangan SPRM yang bekerja siang dan malam menjalankan tanggungjawab mereka.

Saya percaya, majoriti masyarakat di Malaysia akan terus menyokong dan mendukung usaha-usaha baik yang di lakukan oleh SPRM. Pesanan dari kami semua... TERUSKAN KERJA YANG BAIK INI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


DAP BIADAP TERHADAP SPRM DAN KEDAULATAN NEGARA

DAP telah bertindak sangat biaDAP dengan menaburkan FITNAH yang mengarut terhadap SPRM. Selalunya mereka lah yang berkokok kononnya Kerajaan yang di pimpin oleh BN adalah 'corrupt' dan kotor dengan rasuah, namun apabila SPRM yang di pimpin oleh Dato' Seri Abu Kassim telah berjaya di dalam usaha untuk membasmikan gejala buruk ini, mereka mengkritik bermacam-macam.

Hari ini saja 2 peristiwa yang melibatkan DAP di dalam memburukkan SPRM telah berlaku :-

1) Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dari DAP Perak membuat FITNAH bahawa sepanjang 10 tahun, seramai 1,839 orang tahanan telah mati semasa di dalam tahanan SPRM
2) DAP terlibat bersama 'forwarding agent' di dalam mengajurkan tunjuk perasaan di Pejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS pagi tadi (8 April 2011)

DAP yang sangat biaDAP ini menggunakan kes kematian pegawai Kastam untuk kepentingan politik mereka. Usaha jahat mereka ini sekiranya tidak di cegah segera, akan terus merosakkan usaha untuk menegakkan 'Kedaulatan Undang-Undang' di Malaysia. Di samping itu juga, mereka juga dilihat cuba mengalihkan isu video seks ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang sedang hangat diperdebatkan.

Bersamalah kita bersatu dan menyokong penuh SPRM di dalam menegakkan 'Kedaulatan Undang-Undang' di Malaysia.

Wednesday, April 6, 2011

SPRM DI FITNAH LAGI... PEMBANGKANG CUBA ALIHKAN ISU ANWAR

Melihat perkembangan kes kematian pegawai kastam hari ini, benar-benar membuatkan saya rasa 'mual' dengan tindak tanduk Parti Pembangkang. Ternyata, parti pembangkang cuba mengalihkan isu video seks pemimpin kesayangan mereka, iaitu Anwar Ibrahim. Peluang dan kesempatan untuk mengalihkan isu ini sedang di gunakan sepenuhnya oleh mereka... Mereka sedang menabur FITNAH-FITNAH jahat. Lihat tajuk berita yang di petik dari satu laman berita portal :

1) DAP gesa Putrajaya adakan Suruhanjaya Sisatan Di Raja kedua terhadap SPRM
2) Wan Azizah : SPRM perlu di bersihkan
3) Angry 'forwarding' agents called MACC murderer

Usaha jahat pembangkang ini mestilah di halang. Saya menyeru rakan-rakan blogger lain untuk sama-sama mempertahankan integriti SPRM dan Kerajaan Malaysia. Jangan kita biarkan, isu video seks Anwar tenggelam.

Friday, February 25, 2011

FITNAH MELAMPAU PARTI AJARAN SESAT (PAS) BERMULA DI KERDAU

FITNAH telah bermula di Kerdau. Selama ini Kerdau aman damai, namun Parti Ajaran Sesat (PAS) seperti biasa, telah mula membuat onar dengan menyebarkan FITNAH terhadap calon BN.

Pada kali ini mereka memFITNAH bahawa calon BN tidak habis belajar semasa di Mesir. Inilah tindakan pengecut PAS apabila mahu menyertai pilihanraya kecil yang mereka pasti bahawa mereka akan tewas.

Sama seperti objektif mereka di DUN Tenang, mereka akan cuba untuk mengurangkan majoriti BN di Kerdau nanti.

Kami telah dimaklumkan bahawa 'leaflet-leaflet' FITNAH telah mula di edarkan di Kerdau terutamanya di kawasan Felda.

Kami di AAF berikrar akan membongkar segala FITNAH-FITNAH Parti Ajaran Sesat di kedua-dua PRK.

Salam perjuangan dari kami di AAF.