Thursday, July 29, 2010

MELUCUKAN ! MEMBUAT FITNAH KEMUDIAN SURUH ORANG YANG KENA FITNAH BERTAUBAT

Memang sangat melucukan apabila kita membaca artikel dan laporan yang dipaparkan dalam laman web pro Pakatan Rakyat. Kita dapat melihat perbezaan gaya penulisan mereka tetapi hakikatnya, ia tetap FITNAH.

1) Kalau gaya penulisan penulis PAS, mereka akan membuat FITNAH, kemudian suruh orang yang kena FITNAH bertaubat. Contohnya cuba baca dibawah. Mereka dengan jelas memfitnah UMNO dan Kerajaan Malaysia.

SULIT: 5 Perbezaan Tentera Singapura & Malaysia ;)
Posted on Wednesday, July 28 @ 08:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
teori

BeritaOleh: dewa

"Akhbar hari ini melaporkan seorang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dari Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Jugra, Banting, Selangor, terbunuh selepas payung terjunnya gagal berfungsi ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Gong Kedak di sini. Sebelum itu, helikopter Nuri dilaporkan terhempas satu demi satu.

Selaku seorang askar wataniah yang lebih banyak menghabiskan masa di luar negara, penulis ingin berkongsi info-info penting untuk dijadikan pengajaran:

1. PERALATAN KETENTERAAN DIKOMPROMI OLEH UMNO

UMNO sememangnya selalu mementingkan poket masing-masing sehinggakan keselamatan negara bagaikan dikompromi melalui pembelian senjata-senjata dan kenderaan berkualiti rendah. (FITNAH)

Terkini, seorang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dari Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Jugra, Banting, Selangor, terbunuh selepas PAYUNG TERJUNNYA GAGAL berfungsi ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Gong Kedak di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari, Laskar Udara Kanan Hasnizam Abd Wahid, 26, yang melakukan terjunan dari pesawat pengangkut Caribou pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut, terhempas di kawasan lapang, kira-kira 100 meter dari kuarters pegawai pangkalan berkenaan.

SEBELUM INI, berderet-deret helikopter Nuri terhempas sehinggakan akhirnya Najib yang malu alah dengan masyarakat yang marah terpaksa membuat kenyataan akan menukar Nuri.

KUALA LUMPUR, July 18 (Bernama) — The cabinet has agreed to replace the fleet of ageing Royal Malaysian Air Force (RMAF) Nuri helicopters which has been in service since 1968, Datuk Seri Najib Tun Razak said.The deputy prime minister, who chaired the weekly cabinet meeting today, said he had informed Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who is currently on leave, and his cabinet colleagues on the need to speed up the replacement programme in the interest of the country.”And they’ve given their approval,” he told reporters here.Najib, who is also Defence Minister, said the cabinet agreed that the procurement of the new helicopters be done through international open tender to be called in the next few months.

SELAIN ITU, kes skandal kapal selam yang tidak mampu menyelam semakin memalukan rakyat negara ini. (FITNAH)

Jika dibandingkan dengan Angkatan Bersenjata Singapura, kita patut malu dari segi peralatan ketenteraan.

Dari segi jumlah askar pun, tenaga sepenuh masa tentera Singapura sekitar 32,000 dan ditambah dengan 40,000 yang sedang membuat khidmat negara. Selain itu, sekitar 350,000 sentiasa bersiap sedia untuk dipanggil berkhidmat pada bila-bila masa.

Dari segi peralatan, Singapura menggunakan yang terbaik di dunia dan menjalin hubungan akrab dengan Israel dan Amerika. Malaysia dibawah UMNO pula membeli peralatan ketenteraan berkualiti rendah sehinggakan payung terjun dan helikopter pun tidak boleh berfungsi. (FITNAH)

2. DISKRIMINASI

The SAF's policy towards Malays, who share religion and ethnic ties with Singapore's largest neighbors, Malaysia and Indonesia, has been a source of controversy over the years. Malays were virtually excluded from conscription from the beginning of the draft in 1967 until 1977 and, after the policy was eased, were assigned mainly to serve in the police and civil defence (fire brigade), not active combat roles.

In 1987, Lee Hsien Loong (then Second Minister for Defence) stated that "If there is a conflict, if the SAF is called to defend the homeland, we do not want to put any of our soldiers in a difficult position where his emotions for the nation may be in conflict with his religion" and in The Roar of the Lion City (2007), military analyst Sean Walsh claimed that "official discrimination against the Malay population remains an open secret".

The Ministry of Defence contests the charge, noting that there are "Malay pilots, commandos and air defence personnel" and stating that "the proportion of eligible Malays selected for specialist and officer training is similar to the proportion for eligible non-Malays."

Women are exempt from National Service, but have served in both combat and non-combat roles, some as combat officers, but mostly in clerical and logistic positions in the earlier years[12]. The range of positions available to women has been expanded gradually, but is still limited. In July 2007, the SAF launched an exhibition highlighting the contributions of women in the armed forces. -wikisource"

Sekiranya orang Melayu ditindas dengan dihalang dari menyertai tentera di Singapura, keadaan tidak kurang teruknya di Malaysia apabila apabila orang Melayu Kelantan dan Terengganu ditindas sehinggakan hak royalti pun dihalang.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai kepentingan Johor digadaikan kepada Singapura tanpa melalui tapisan Parlimen. Dalam pelbagai isu termasuk isu tanah, isu air, isu ruang udara, isu Batu Putih, Jambatan dan banyak lagi. Apa pun , warga UMNO Johor tidak pernah lupa bersorak untuk UMNO di Johor. (FITNAH)

3. Wajib BERKHIDMAT sukarela

Di Singapura, Korea Selatan dan negara-negara lain, rakyat diwajibkan menyertai tentera secara part-time untuk meastikan negara sentiasa kuat. Di Singapura, warga wajib menyertai tentera selama 2 tahun setengah. Kesannya, rakyatnya lebih berani, berdisiplin dan sepakat.

Di Malaysia, masih belum terdengar mana-mana sahutan daripada mana-mana pemimpin muda Pakatan yang menyahut cabaran KJ agar menyertai askar Wataniah. Macam mana nih??

Penulis sendiri sudah menyertai Wataniah sejak 9 tahun dahulu sekalipun tidak diwajibkan. Sekiranya PAS membuat polisi mendesak setiap keluarga penyokong/ahli PAS menghantar sekurangnya seorang anak ke Wataniah, nescaya Pakatan akan mempunyai ahli-ahli yang lebih berdisiplin. Jangan lupa di Algeria dan Turki, sekalipun parti pro-Islam menang, askar merampas kuasa. Alangkah bagusnya jika ada seorang dikalangan kepimpinan Pakatan yang secara tegas mengarahkan ahli dan penyokong agar masuk tentera sukarela dan memperkasa negara.


4. Israel APCO


Sekiranya Singapura sekadar menjalin hubungan tentera dengan Israel, Malaysia selangkah ke hadapan dengan melantik syarikat Zionis Apco yang dipercayai kini sudahpun mentadbir negara secara tidak langsung.Cukup dikhuatiri sekiranya PAS enggan menerima ugutan/tawaran UMNO untuk 'bekerjasama', PAS akan dikaitkan dengan aktivit terorisma. Sebelum ini pun, dana-dana sekolah agama anjuran PAS telah dihentikan bantuan dan ditutup atas tuduhan sebegitu. Apa-pun, kita berdoa mereka bertaubat. Takutlah kamu kepada Tuhan yang Maha dahsyat Azab-Nya. (DIA BUAT FITNAH, KEMUDIAN SURUH ORANG YANG DIA FITNAH BERTAUBAT...LUCU TAK)


2) Kalau gaya PKR lain pulak, mereka buat FITNAH, kemudian menyatakan orang yang kena FITNAH telah di balas oleh Allah. Mereka ini dengan jelas membuat FITNAH kepada Saiful Bukhari, tunang Saiful dan Farah Azlina. Cuba baca dibawah :


Farah Azlina Membatalkan Perkahwinannya? (Artikel ini hanyalah andaian dan Fitnah)

1. Dua hari lalu, Abdul Gani Patail, pada sidang akhbarnya, mengesahkan Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Anwar. Persoalan - Mengapa Farah Azlina digugurkan serta-merta setelah pendedahan dilakukan oleh Raja Petra Kamarudin?

2. Beberapa bulan lalu, Farah pernah dipindahkan dari Bahagian Rayuan dan Perbicaraan kepada Unit Jenayah Komersial di bawah Bahagian Pendakwaan setelah dinaikkan pangkat. Farah Azlina pada mulanya bukan sebahagian daripada pasukan asal pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar tetapi di bawa kemudiannya selepas seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya yang ditugaskan mengambil nota perbicaraan meletakkan jawatan. Persoalan yang harus difikirkan - Mengapa Timbalan Pendakwa Raya yang asal (sebelum digantikan oleh Farah Azlina) meletakkan jawatan? Adakah kerana tidak mahu bersubahat dengan pasukan pendakwaan?

3. Sebelum kejadian itu iaitu sebelum pembongkaran oleh Raja Petra, Farah Azlina dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan tetapi membatalkannya seminggu sebelum tarikh yang dijadualkan itu. Sebab pembatalan itu juga tidak diketahui. Persoalan - Mengapa perkahwinan Farah Azlina dibatalkan seminggu sebelum ia dilangsungkan? Adakah ianya berkait rapat dengan hubungai romantis antara Farah dan Saiful ?

4. Difahamkan, sumber daripada Suara Keadilan menyatakan bahawa Saiful dan Farah dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan mereka secepat mungkin bagi menggelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.Persoalan - Mengapa terlalu kalut untuk cepat berkahwin? Adakah suatu kebusungan yang hendak disembunyikan?

Sumpah laknat yang dihamburkan oleh Saiful Bukhari telah memakan diri. Mungkin jika peristiwa ini berlaku di zaman para nabi, pastinya si pesumpah akan mendapat balasan secara 'cash' dengan kuasa Allah. Tetapi di zaman ini, sumpah yang makan tuan itu ditunjukkan dalam bentuk yang mengaibkan peribadi seperti ditangkap khalwat dengan pelajar di bawah umur, dan mungkin juga didapati 'mengandungkan' seseorang ketika masih mempunyai ikatan pertunangan dengan orang lain. Personaliti media yang bernama Janna Syariza harus tampil menyatakan status pertunangan mereka. Ini bertujuan untuk membersihkan nama Janna dari terus terlibat dengan kebobrokan sebuah pasukan yang cuba menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam apa jua kosnya.

Saudara dan saudari sekalian, mungkin apa yang kita lihat hari ini dan apa yang ditunjukkan kepada kita hari ini kesemuanya adalah berbentuk peribadi. Jika diikutkan, apa perlu untuk kita mengambil pusing perihal peribadi yang sedang hangat diperkatakan? Apakah rasionalnya? Maka perlulah diingat bahawa, pertuduhan yang dilempar kepada DSAI juga sangat-sangat peribadi dan juga sangat mengaibkan. Seorang anak muda yang diberi kepercayaan supaya suatu hari nanti menjadi orang yang berguna kepada rakyat akhirnya menuduh tuannya dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

Kononnya diliwat ketika punya kekuatan untuk melawan. Masalah peribadi yang dihadapi oleh Saiful Bukhari harus menjadi rasional untuk dibicarakan kerana ia telah menyebabkan keperibadian seorang pemimpin dicalar sehabisnya hingga mungkin bakal menamatkan karier politik seorang pejuang. Oleh demikian, keperibadian 'orang yang menuduh' iaitu Saiful Bukhari perlu di ambil perhatian lebih-lebih lagi orang yang dituduhnya merupakan seorang pemimpin yang punya kredibiliti, kedudukan dan punya karisma.

Jika benar Saiful diliwat, hingga dibawakan kepada kita sebuah sumpah laknat tujuh keturunan sejurus sebelum PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008, maka perjalanan yang dilalui oleh Saiful sepatutnya lebih dipermudahkan. Apalah perlunya perbicaraan kes liwat DSAI ini diteruskan sekiranya orang yang menuduh tidak mempunyai moral setulus dahi legamnya. Sama-sama kita lihat di manakah berakhirnya konspirasi yang semakin kucar dan kacir, adakah ia berakhir di Sungai Buluh atau berakhir di Putrajaya. Mohon petunjuk dari Allah. Akhir kata, masih ingatkah kita akan sumpah laknat yang dilakukan oleh DS Najib suatu masa dulu? Apalah balanya yang bakal dituruti sekiranya sumpah ini memakan tuannya, adakah ia berbentuk kekalahan teruk pada PRU akan datang? Sabar-sabarlah kita nantikan.


Inilah jawapan Saiful Bukhari yang telah di FITNAH : “Semoga segala fitnah dan kebatilan akan dilenyapkan oleh Yang Hak! Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali akan melatah dan menyerah kalah. Salam”.


Kedua-dua gaya penulisan diatas adalah FITNAH belaka dan hanya berlandaskan andaian dan bukannya fakta. Semoga Allah memberi petunjuk kepada semua dan menunjukkan kita jalan yang betul-betul diredhai Allah. Amin


SELANGOR DARUL PATPONG ATAU SELANGOR DARUL LUBANG?

Masa jadi pembangkang, inilah FITNAH yang ditulis oleh portal pembangkang : http://www.tranungkite.net - Khir Toyo Sibuk Kejar Pelacur ... sekarang cuba jelaskan apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat buat bila dah memegang tampuk pemerintahan? Sekurang-kurangnya, Dr Khir turun untuk membenteras pelacuran dan turun padang untuk membenteras perompakan pasir semasa menjadi Menteri Besar. Apa pula yang Khalid Ibrahim buat sekarang? TIDUR...

Ronnie Liew juga sama dengan Khalid, TIDUR!!! Tapi Ronnie tidur, duit tetap masuk. Mana tidaknya, sebelum menjadi EXCO dulu, Ronnie cukup aktif turun padang kerana dia sibuk mempertahankan rumah pelacuran dari di serbu Polis. Baca : Tan Pay Kong: Pemimpin Underworld Penasihat Ronnie Liu.

Itulah sifat Pakatan Rakyat yang suka sangat membuat FITNAH pada orang, akhirnya balasan FITNAH ini terpalit kepada mereka sendiri.



Wednesday, July 28, 2010

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT AKAN MENJADI KERAJAAN PAKATAN ROBOH

Selama 3 tahun, Pakatan Rakyat yang memerintah Negeri Selangor dan Pulau Pinang telah memusnahkan kedua-dua negeri tersebut. Sedikit demi sedikit rakyat dapat melihat taring sebenar pemimpin mereka. Pada mula-mula memerintah, semua janji-janji manis di taburkan pada pengundi, tapi sekarang janji hanya tinggal janji.

Bagi penyokong fanatik Pakatan Rakyat, mereka tidak akan percaya semua kerja jahat yang telah dilakukan oleh pemimpin mereka. Apa kata pemimpin mereka semuanya baik dan betul walaupun pendedahan demi pendedahan di buat. Mereka akan kata semuanya telah dispin oleh Kerajaan BN. Ada juga pendedahan yang telah dibuat oleh rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat tetapi telah diketepikan oleh pemimpin mereka sendiri. Antaranya ialah pendedahan rompakan pasir oleh Manikavasagam. Kita lihat antara pemimpin Pakatan Rakyat yang akan merobohkan kedua-dua negeri ini:

1) Khalid Ibrahim - Habis pasir dicuri, lemah dan terpaksa ikut kata DAP
2) Lim Guan Eng - penghapus perkampungan/perniagaan orang melayu







3) Ronnie Liew - Ketua gangster dan bos pelacuran
4) Theresa Kok - Penyebab Kerajaan Abdullah Badawi mintak maaf dengan negara China (sangat memalukan) dan anti melayu






5) Elizabeth Wong - Suka bertukar-tukar pasangan seks (free sex)
6) Tony Phua - Nak menghapuskan kuota bumiputra

Persoalan yang sangat menakutkan ialah apa yang akan berlaku sehingga Pilihanraya Umum ke 13 nanti? Apakah yang akan tinggal di negeri-negeri ini? Dimanakah kedudukan orang melayu pada masa itu? Kalau nak menyesal pada masa itu sudah tidak berguna lagi kerana Pakatan Rakyat telah menjadi Pakatan Roboh yang merobohkan kedua-dua negeri itu.

Mungkin selepas itu kita akan namakan SELANGOR DARUL LUBANG ATAU SELANGOR DARUL PATPONG manakala Pulan Pinang pula kita panggil PULAU PINANG DARUL CINA.


Sunday, July 25, 2010

FITNAH : SAH! MAZLAN ALIMAN PENGIKUT SETIA PARTI AJARAN SESAT

SAH!!! Memang Mazlan Aliman pengikut setia Parti Ajaran Sesat (PAS) yang sesat lagi menyesatkan. Beliau tidak akan berhenti untuk mempengaruhi peneroka supaya bersama-sama beliau didalam usaha untuk menyesatkan peneroka.

Yang terkini, beliau bersama Salahudin Ayub yang juga seorang pemfitnah yang menuduh seorang mufti berbohong, telah pergi berjumpa dengan Tengku Razaleigh Hamzah di kediamannya untuk mendapat sokongan berkaitan Felda. Di dalam pertemuan tersebut, mereka antara lain telah meminta sokongan Tengku Razaleigh di dalam memperjuangkan isu Felda di parlimen. Mazlan....Mazlan, cukuplah dah menyesatkan orang PAS, tak payah lah libatkan orang UMNO pulak.

Hari ini Dato Ahmad Maslan telah membuat pengumuman bahawa Felda telah membayar cukai pendapatan sejumlah RM 1.3 billion kepada LHDN untuk 4 tahun semenjak tahun 2004. Kalaulah Felda itu bangkrap, takkan ia boleh bayar cukai dengan sebegitu banyak? Entahlah apa nak jadi dengan Mazlan ini. Sepatutnya, kalau beliau yakin bercakap benar, tunggulah dulu sehingga kes saman dibicarakan di mahkamah dan tak perlulah berkokok disana sini. Di mahkamah nanti, semuanya akan dibentangkan satu persatu termasuklah jumlah hasil Hotel Felda yang Murshidul Am PAS menginap semasa di Mekah.

Di sini juga saya ingin mengimbas kembali satu laporan akhbar mengenai pembohongan Mazlan. Anda nilailah sendiri...

Memang sah!!! Mazlan Aliman pengikut setia Parti Ajaran Sesat yang sesat lagi menyesatkan. Oh ya, lupa pulak... kan dia juga adalah AJK PAS Pusat.

Thursday, July 22, 2010

FITNAH : MAZLAN ALIMAN HENDAK EDAR RISALAH FITNAH


Nampaknya Mazlan Aliman masih belum takut untuk menyebarkan fitnah walaupun dia tahu dengan fitnah yang akan mereka edarkan itu akan memecahbelahkan orang melayu. Beliau lansung tidak sedar, bangsa lain hanya memerhatikan dan ketawa bila melihat orang melayu bergaduh sesama sendiri.

Semalam, Mazlan dengan bangga membuat sidang akhbar untuk mengedarkan risalah bertajuk 'Felda Bangkrap' secara percuma dan akan di edarkan ke seluruh negara. Ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran, mengapakan Mazlan bersungguh-sungguh hendak menabur fitnah ini, walaupun beliau tahu Felda dan Kerajaan Malaysia telah menafikannya? Akhbar Suara Keadilan juga akan di saman sebanyak RM 200 juta dan hanya menunggu masa sahaja untuk dibicarakan.

Saya percaya, ramai yang menantikan saat apabila perbicaraan saman fitnah ini berlansung kerana pada ketika inilah kita akan dapat melihat segala fakta dari Felda dan Kerajaan Malaysia akan di kemukakan. Saya percaya dan yakin, segala kekusutan dan persoalan akan terjawab dengan terperinci berkaitan untung rugi Felda. Kesemua jawapan sudah semestinya akan keluar kerana Suara Keadilan sudah pasti akan datang bersama peguam-peguam mereka yang hebat. Agaknya, kalau Karpal Singh sihat, mungkin beliau juga akan hadir sama.

Persoalan demi persoalan timbul terhadap Mazlan yang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan fitnah. Antara persoalan yang bermain di fikiran saya adalah seperti berikut :

1) Mengapakah Mazlan sudah tidak sabar-sabar untuk mengedarkan fitnah ini? Tak bolehkah beliau tunggu dulu sehingga perbicaraan saman ini di bicarakan kerana semua persoalan beliau akan dijawab semuanya?

2) Untuk mencetak dan mengedarkan risalah FITNAH ini memerlukan perbelanjaan. Siapakah dan dari manakah Mazlan mendapatkan peruntukan untuk mencetak risalah ini?

3) Mengapakah sejak kebelakangan ini, fokus yang di berikan pada Felda adalah lebih berbanding dengan agensi milik kerajaan yang lain seperti RISDA, FELCRA dan sebagainya?

Sepatutnya sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang hampir tiba, adalah lebih baik beliau mencetak risalah yang boleh menyatukan Islam dan orang melayu. Pahala pun dapat namun bala yang beliau cari. Agaknya beliau dah tak sabar-sabar nak tunjuk kepada kepimpinan PAS yang beliau sesuai untuk jadi calon untuk PRU yang akan datang.

Jangan sampai di atas perbuatan Mazlan pada masa sekarang akan menyebabkan Felda runtuh pada masa kan datang. Pada masa itu bangsa lain pula sudah mengambil alih Felda dan peneroka pada masa itu sudah merempat di tanah milik sendiri. Pesanan saya pada Mazlan, sudah-sudahlah tu menabur fitnah terhadap Felda. Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba, apa kata pergilah buat umrah di Mekah dan bertaubatlah pada Allah. Insyaallah Allah akan beri petunjuk kepada hambaNya yang ikhlas mencari keredhaanNya. Kalau ke sana nanti, bolehlah menetap kat Hotel milik Felda dan makan kat restoran D'Saji. Mana tahu, pengurusan Felda boleh sponsor makan ke...


Monday, July 19, 2010

FITNAH : YANG BETUL ITU SALAH DAN YANG SALAH ITU BETUL - SIAPA UNTUNG

Benci! Benci! Benci! Apa dah nak jadi dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sekarang ni. Mereka bermain dengan persepsi dan mengelirukan masyarakat terutama sekali kepada generasi muda. Satu demi satu kejahatan mereka terbongkar akibat perbuatan mereka sendiri. Namun untuk menutup kesilapan mereka, orang lain di persalahkan.

Apa yang saya tuliskan di sini bukanlah kerana saya anti bangsa lain, tapi hanya nak menyedarkan dimana kedudukan orang melayu sekarang ini. Kita kaji senario berikut :

1) Bila Terbongkar Isu Pasir

a) Penguatkuasaan - menyalahkan Polis
b) Mengapa DiTanah Kerajaan - menyalahkan kerajaan dahulu habiskan pasir ditanah
swasta
c) Kesan Ekologi - menyalahkan pemberita kerana melaporkan kawasan dengan tidak
tepat
d) Untung Sikit - menyalahkan BN kerana pengiraan silap
e) Kontraktor Yang Dilantik - menyalahkan syarikat lain dengki kerana tak dapat

Yang Bergaduh - Melayu
Yang Jadi Barua - Melayu
Yang Untung - CINA, mereka diam je tapi mereka yang buat untung sebab tokey lori, excavator, gangster semua cina. Tengok Ronnie Liu atau Theresa Kok, mereka diam seribu bahasa.


2) Perdagangan Manusia

Bab ini, memang wujud dari dulu lagi tapi selepas tukar kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang, ia sudah tak terkawal lagi. Walaupun setiap hari ada je yang di tangkap/serbu, namun yang datang setiap hari adalah lebih ramai. Kalau tak percaya, pergi LCCT dan duduk di ruang ketibaan dalam setengah hari. Akhirnya :

a) Penguatkuasaan - masyarakat menyalahkan Polis, Imegresen dan PBT kerana tak ambik
tindakan. Bila diambil tindakan, mereka dikatakan zalim.

Kesimpulannya :

Yang Untung : CINA, sebab mereka tokey Pusat Urut, Hotel, SPA dan gangster


3) Pengurangan Subsidi

a) Duit Subsidi - menuduh Najib nak berjoli

Yang Untung : CINA, sebab mereka adalah tokey gula. Perlu di ingat, Malaysia adalah pengimpot gula.


4) Kerjasama PAS-UMNO

a) Orang Tengah - Menyalahkan Dato Mufti Perak seolah-olah beliau tali barut UMNO
b) Keikhlasan - Menyalahkan UMNO tidak ikhlas dan meletakkan banyak syarat

Yang Rugi : Orang Melayu
Yang Untung : CINA, kerana apabila melayu terus berpecah, mereka akan dapat mengambil pemerintahan Malaysia. Kita sudah dapat lihat ianya sudah menjadi kenyataan di Pulau Pinang. Melayu sudah tak boleh bersuara lagi.


5) Perniagaan Restoran/Gerai Makanan

Bagi mereka yang tinggal di Selangor dan Pulau Pinang, cubalah berjalan-jalan di waktu malam. Perniagaan Restoran/Gerai makanan menjadi masalah kepada pengguna lalu lintas dan penduduk di sekitar. Meja dan kerusi di letakkan di tepi jalan tanpa ada rasa bersalah lansung, asalkan duit masuk.

a) Penguatkuasaan - PBT di tuduh rasuah sedangkan mereka telah di lindungi oleh Dasar
Kerajaan baru.

Yang Rugi : Melayu, kerana yang ada gerai pun, telah di robohkan (seperti di Pulau Pinang)
Yang Untung : CINA

Ini adalah hanya segelintir yang di timbulkan. Cuba kita bertanya pada diri kita apabila timbul sesuatu isu, siapakah yang rugi dan siapakah yang untung.... Anda akan tahu realitinya.

Sunday, July 18, 2010

FITNAH : MUZAKARAH SAYA DENGAN ORANG KUAT PAKATAN RAKYAT

Semenjak beberapa hari ini, banyak perkara menarik yang telah berlaku di Malaysia. Kita di paparkan dengan bermacam-macam isu seperti :

1) Kenaikan harga petrol dan gula
2) Pencuri pasir di Selangor
3) Serangan kepada agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis dan SPRM
4) Penglibatan Anwar dengan agensi perisikan CIA

Hari ini saya sempat bertemu dan bermuzakarah dengan seorang orang kuat PKR di sebuah majlis. Beliau tidak berapa mengenali saya dan semasa memulakan perbualan, beliau terus mengutuk Kerajaan kerana menaikkan harga petrol dan gula. Katanya, Kerajaan Malaysia telah menzalimi rakyat kerana mengurangkan subsidi dan duit dari subsidi ini akan di belanjakan untuk perkara-perkara yang bukan untuk kebaikan rakyat. Berbagai FITNAH lain di sebut seolah-olah apa yang di lakukan Kerajaan semuanya salah.

Saya membiarkan beliau habis bercakap dan seterusnya saya terus bertanya kepada beliau :

Soalan Berkaitan Subsidi











1) apakah kesan kenaikan harga petrol pada beliau sebulan? Katakanlah beliau menggunakan 100 liter petrol sebulan, kesan kenaikan pada beliau hanyalah RM 5.00 sahaja.
2) apakah kesan kenaikan gula pada beliau sebulan? Katalah beliau menggunakan 2 kg gula sebulan, kesan kenaikan gula pada beliau hanyalah RM 0.50.
3) apakah nilai petrol dan gula di Malaysia berbanding dengan negara-negara jiran kita?
4) mengapa petrol dan barang-barang yang di subsidi di negara kita menjadi kegemaran penyeludup untuk di seludup ke negara mereka?
5) Apakah sebab Kerajaan mengurangkan subsidi?
6) Pernahkah beliau melawat ke negara-negara lain dan bandingkan apa yang berlaku di negara lain dengan di negara sendiri?

Apabila saya bertanyakan soalan ini, beliau lebih banyak terdiam dan tidak dapat menjawab soalan saya. Tidak habis dengan itu, saya pula bertanyakan soalan yang berkait dengan isu pasir di Selangor. Saya rujuk kepada pengambilan pasir secara haram di kawasan Kuala Langat yang tidak jauh dari rumah beliau.

Soalan Berkaitan Rompakan Pasir























1) Pernahkah beliau melawat dan pergi tengok sendiri apa yang sedang berlaku? Tak payah pergi jauh-jauh, cuma pergi ke
tempat yang berhampiran di rumah beliau pun kira ok.
2) Sedarkah beliau, berapa banyak hasil yang telah di curi dari bumi Selangor ini?
3) Adakah beliau sedar, rompakan pasir ini adalah tersangat parah berbanding di bawah pimpinan Kerajaan Negeri yang dahulu?
4) Sejak bila tanah milik Kerajaan Negeri boleh di ambil pasir?
5) Siapakah yang untung hasil dari rompakan pasir?
6) Siapakah dalang di sebalik rompakan pasir ini?
7) Adakah beliau percaya hasil dari kutipan pasir yang di umumkan oleh Kerajaan Negeri?
8) Adakah beliau percaya dengan ketelusan KSSB?

Selepas soalan ini di tanya, beliau terus mengakui dan menceritakan tentang keresahan yang beliau alami akibat dari isu pasir ini kerana kecurian pasir di kampung beliau itu memang sangat parah. Kesan daripada pengorekan pasir ini menyebabkan tebing sungai runtuh dan juga di khuatiri jambatan yang menuju kerumah ayah beliau juga mungkin akan runtuh. Di samping itu, lori-lori yang membawa pasir juga begitu kerap merosakkan jalan dan membahayakan penduduk kampung.

Saya bertanya lagi kepada beliau soalan-soalan berikut :

Soalan Berkaitan Jenayah




















1) Tahukah beliau situasi pelacuran yang sedang melanda Negeri Selangor sekarang?
2) Tahukah beliau Selangor telah di kenali dengan nama Pat Pong Malaysia, sempena pusat pelacuran terkenal di Bangkok Thailand?
3) Tahukah beliau siapakah yang melindungi gangster-gangster yang membekalkan pelacur ini?
4) Tahukah beliau perompak dan penjenayah di beri gelaran 'hero' oleh Kerajaan Negeri Selangor?
5) Tahukah beliau, apabila Polis atau SPRM ingin membenteras jenayah ini, mereka akan di serang dan di tuduh macam-macam seolah-olah mereka pula adalah penjenayah?
6) Tahukah beliau, kedai-kedai penjualan CD haram tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Negeri Selangor?
7) Tahukah beliau yang gangster-gangster menganggap Negeri Selangor adalah syurga bagi mereka?
8) Adakah Kerajaan Negeri memberi sumbangan penghargaan kepada Pegawai Penguatkuasaan seperti Polis yang cedera atau sakit semasa bertugas?
9) Pernahkah beliau melawat Bangunan SUK semasa Kerajaan BN memerintah dan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah sekarang? Kalau belum, saya suruh beliau duduk di pintu pagar dan tengok siapa yang keluar masuk SUK selama sehari. Tengok, berapa banyak orang melayu, cina dan india yang masuk SUK.

Apabila soalan-soalan ini di tanya, saya dapat melihat reaksinya yang kurang senang dengan soalan yang di lemparkan oleh saya. Belum sempat saya nak masuk soalan tentang Anwar, beliau dengan penuh yakin membuat kenyataan seperti berikut :

KITA TUNGGU PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG INI DAN TUKAR KERAJAAN!!!

Saya bersyukur kerana akhirnya orang kuat PKR ini dapat berfikir dengan waras dan tidak emosi.

Thursday, July 15, 2010

FITNAH : PKR TERUS MENYERANG

Artikel ini di petik dari warisanfelda.blogspot.com.


Tan Kee Kwong Mempunyai Agenda Jahat Pada DS Najib, Felda Dan Orang Melayu

Memang kalau orang dah jenis berniat jahat, akan tetap mencari kesalahan orang lain. Soal betul atau salah jadi nombor dua asalkan fitnah dapat di sampaikan kepada orang ramai. Kalau Malaysia hancur pun, apa dia susah sebab hasrat untuk melihat orang melayu berkubur tercapai.

Hasrat dan niat jahat ini dapat kita lihat dari temubual Tan Kee Kwong dengan 2 orang wartawan laman web yang suka mengkritik Kerajaan. Jelas apa yang dia inginkan ialah :-

1) Felda dan orang melayu terus mundur

2) Felda dan orang melayu tak perlu buat bisnes dengan orang dari luar negara

3) Felda dan orang melayu kalau nak buat bangunan, bagus buat dalam hutan sahaja

4) Felda kena simpan duit cash sahaja dan tak perlu melabur untuk untuk beli apa-apa aset

5) Felda dan orang melayu tak boleh belajar pandai-pandai

6) Memecahbelahkan sokongan peneroka terhadap Felda dan kerajaan

Baru-baru ini, beliau telah melemparkan fitnah seolah-oleh ada rundingan sulit untuk membina bangunan Felda yang baru namun fitnah ini telah di nafikan oleh Felda. Memang patut, beliau ini di saman oleh Felda.

Adakah kita sanggup membiarkan orang yang duduk dalam parti pembohong ini terus menerus menyampaikan pembohongan ini kepada rakyat? Harap dapat baca komen saya dalam bahasa merah pada temubual Tan ini...


Tan's challenge to Najib's Felda

TUE, 13 JUL 2010 17:10

By Patrick Lee and Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: PKR supreme council member Tan Kee Kwong was recently thrust into the political spotlight after posting an open letter to Prime Minister Najib Tun Razak in early June.

In his letter, the former deputy minister of land and cooperatives accused Najib and the government of mismanaging Federal Land Development Authority (Felda) funds.

The former Segambut MP and WP Gerakan chief alleged that Felda's cash reserves had dropped by more than RM4 billion to about RM200 million this year.


Satu pembohongan yang jelas kerana duit tunai yang ada ialah RM 1.5 billion dan bukannya RM 200 juta.

Tan also questioned the need for the government-linked company to invest RM660 million in a “five-star” office building.

Government reaction to the allegation was both swift and heavy-handed. Former Felda liaison director and Deputy Minister in the Prime Minister's Department, Ahmad Maslan, announced that Felda was going to sue Suara Keadilan and several PKR party leaders, including Tan, for RM200 million.

Several hours later, the party organ was summoned to the Home Ministry in Putrajaya. But the meeting was to no avail, as Suara Keadilan found its printing licence suspended.

However, no PKR party leader to date has received a letter from Felda. In a two-part interview, Tan talks to FMT about his grievances with the Najib administration.



FMT: Tell us about your time as deputy minister of land and cooperatives.


Tan: In 1999, I was given the task of answering questions about Felda. That's why I know so much about Felda. I was the only one in the administration who answered questions. We also looked after strata titles as well.



You said you're the only one who answered questions about Felda?



Yes, my minister gave me the sole responsibility.



Who was your minister at the time?



Kasitah Gaddam.



What was happening to Felda during your time as deputy minister?



Actually, Felda was a shining example of giving land to the landless. It was a scheme where they built a house, planted rubber trees and oil palm for them... 10-acre lots. And slowly over the years, they paid back. That's fine. Very, very successful.

Until about 1993, with the original settlers getting old, they (Felda) realised they cannot work on the ladang kecil anymore. So they changed their plan, and any new land opened after 1993 became Felda plantations, what they call Felda corporate.



So what did you notice?



At that time, Felda was a very fine organisation. Its chairman for many years was Raja Muhammad Alias. So we just left it alone, and it was fine.

So you just let it go on, because it obviously gave returns.

Well, you know the figures. In 2001, the assets of Felda were RM7 billion. Cash in the bank, RM4.5 billion. Loans, zero. Not one sen. How can an entity with this type of balance sheet go so wrong?


And how is it that with the record price of oil palm recently, other companies such as IOI are recording profits while Felda's cash reserves are going down? It doesn't make sense! You don't need to be an oil palm expert. What happened to the reserves?



So you think the cash reserves should be going up.



Of course! Definitely! My advice to Najib and gang is: stick to your core business. You don't need Felda Global Ventures and all that rubbish. How can you justify your six-star building? How is it going to help the settlers? Felda is about the settlers, not for making money!



Di sini kita dapat lihat bagaimana Tan ni berfikir. Dia tak nak Felda atau orang melayu lebih bagus dari bangsa lain. Pernahkah kita terfikir, sekiranya bangunan atau aset milik bangsa lain di keluarkan dari bandaraya KL, apa je yang tinggal milik orang melayu? Lepas tu dia bagi komen lagi supaya Felda hanya jaga peneroka saja dan tak perlu buat untung.... Memang jahat pemikirannya.

Najib said that the cash reserves went down, but the assets went up.

Assets, what are the assets? Don't forget: if tomorrow India doesn't want to buy your palm oil, you've got no cash flow. How are you going to run the company? And also loans from EPF. Felda is so big, why does it need loans from anybody?


Di sini dia mempersoalkan sekali lagi apa aset yang Felda ada sedangkan Felda mempunyai banyak aset yang bernilai RM 15.37 biliion. Dalam perniagaan, walaupun kita boleh beli sesuatu dengan cash, biasanya kita akan tetap membeli melalui pinjaman supaya duit tunai boleh di gunakan untuk perkara yang penting.

Felda borrowed money from EPF?

Yes. Felda Global Ventures (borrowed money)... Felda Glocal, as they say. You just stick to oil palm, day and night it will make profit for you. Why on earth do you need to go Felda Global?

How do you justify the RM500 million spent in Boston and Cincinnati? Tell us! What is Twin Rivers Technology?


Di sini, Tan cuba mempersoalkan duit RM500 juta di labur dalam syarikat ini. Apalah Tan ni, mestilah untuk mendapatkan kepakaran dan teknologinya. Mana ada orang melabur hari ini, esok dah dapat pulangan balik? Ni bukan jual benda-benda haram yang boleh dapat pulangan sekelip mata macam kawan-kawan dia kat Selangor yang dok jual pasir haram tu.

But from an outsider's point of view, it would appear Felda is doing very well...

Was! Was doing very well, until Najib took upon himself to run Felda (in 2004), (when he was) a very busy deputy prime minister, and was also minister of defence at the time; why did he want to jaga Felda? Has he got nothing to do? Why?


Kalau dalam parlimen, ini di katakan 'sangkaan jahat'. Ni dah menabur fitnah kepada PM. DS Najib di beri amanah oleh Pak Lah untuk menjaga peneroka yang menyokong Kerajaan supaya tak menyokong parti pembohong macam PKR.


But you also know a few weeks ago, some Felda settlers came over to Suara Keadilan office, and burnt some Suara Keadilan newspapers, condemning it. Do you think some settlers do not agree with what you are saying?

There are 113,000 Felda settlers. Surely you don't expect all of them to agree with you. In any organisation, there is no way everybody is going to agree with you.

But we are asking some basic questions here. Tell us the rationale of not building on your own land, where the land cost is zero. Not so far away from KLCC, you plan on building a six-star office on the land that is the most expensive in the country.

How is the building going to help the settlers? Felda has never been five or six-star. Never! Why suddenly the change in direction?

Memang jahat fikirannya ini kerana dia hanya nak kalau boleh Felda buat bangunan di dalam hutan dan tak layak di bina dekat dengan KLCC. Bagi Tan, Felda ni hanya jaga peneroka dan peneroka hanya patut duduk jaga hutan je. Peneroka tak perlu nak bermegah dengan kejayaan dan pencapaian Felda. Dia tak fikir ke yang bangunan ni dah banyak orang nak sewa? Kalau kita tengok Petronas dah menunjukkan kejayaannya dengan KLCC. kalau nak ikutkan, Petronas baik buat bangunan di pantai je. Felda pun nak juga tunjukkan kejayaannya pada dunia. Kalau nak tahu, walaupun Felda buat bangunan ni, duit tunai Felda tak menyusut pun dan masih tetap RM 1.5 billion.

(I also want to ask) what is the special relationship between Najib and Naza TTDI? How come Naza got the job of building Matrade? Matrade should have gone for an international tender.

If you compare Naza to the big-time developers in the country, such as Ho Hup, Gamuda, and all the others, Naza is a recent entry, isn't it? They're experts in cars, what do they have to do with buildings?


Naza pun kena belasah jugak.... memang Tan ni tak nak orang melayu berjaya.

You've met a lot of Felda settlers. What have they told you?

Obviously they're not very happy. Many of them are taking action. They are short-changed. A group of settlers are going to court in Negri Sembilan, while one in Kelantan went to court and won.

Some of them have called me about the RM2 billion for the replanting fund. They are asking, is our money still intact or not!? The hundreds of millions that have been deducted, is there any money left? Is the replanting fund which belongs to the settlers all directed to Felda Global Ventures?


Memanglah dia cakap macam ni, sebab dia jumpa peneroka beberapa orang je yang di bawak oleh Mazlan Aliman. Tu pun, semua peneroka yang menyokong parti pembangkang. Mereka semua ni hanya tahu kritik sebab hasil titik peluh meraka tak menjadi. Man nak berjaya kalau kerjanya bukan di ladang tapi pergi menjaja cerita keburukan orang je. Sepatutnya dia habiskan masa untuk dapatkan hasil dari apa yang di tanam.

Do you find it funny that Felda hasn't published an annual report since 2007?



Felda is supposed to be a government-linked company (GLC). As a GLC, it belongs to the people, like Petronas. Petronas also doesn't publish their accounts, so it's left for us to grope (in the dark). Those who want to know real information, can't. Why?

You don't have a proper report. You don't let us look at your accounts. All secret. Why?


Setiap GLC mesti menyiapkan laporan dan di bentangkan dalam Parlimen. Kalaulah Felda ni mempunyai rekod yang tak baik, dah lama dah kena belasah kat dalam Parlimen dan tak payah nak tunggu Annual Report. Kat dalam parlimen pun banyak pemimpin pembangkang yang boleh cakap berapi-api.

You've known about all this for a long time.



No. I minded my own business until two months ago, when somebody came up to me and told me that only RM200 million was left in the cash reserves!


Apa lu cerita ni.... pasal apa tunggu sampai 2 bulan lepas je? Kalaulah tak betul, mestilah cakap dari awal lagi. Kata ada etika dalam bekerja. Etika apa ni? Sebenarnya Tan ni sengaja nak cari nama dalam politik supaya dapat jadi calon. Maklumat yang dia dapat pun, agaknya dari Mazlan Aliman je, sebab tu dia hanya dapat RM200 juta je.

Was this man a settler?



That one I cannot tell. Obviously he was someone in the know.

Mestilah tak boleh bagi sebab maklumat tak betul. Entah-entah, dia dapat maklumat ni dari makcik kantin je.



But Husam Musa (PAS vice-president) also said that Felda lost about RM8 billion, a number far more than your own. What are your comments on that?



Government, please come out with all the figures for the past 10 years. What happened before Najib, and what happened after Najib? Give us the details. What about the RM600 million for the cattle farm?


Ni pun fitnah dan sangkaan jahat. Semuanya cakap tak serupa bikin.

About Ahmad Maslan (Deputy Minister in the Prime Minister's Department) and the debate.



Yes, Mazlan Aliman (president of National Association of Felda Settlers' Children) challenged Ahmad to an open debate. Ahmad said, “No problem, just name the date.” Then he backed off. Why? Have a debate at Angkasapuri on all the channels, no problem!

Mazlan knows everything because he was brought up in a Felda scheme since he was two years old! So come and debate lah! If you are so smart in all the figures and everything, you should be able to tear up Mazlan to bits! Why you dare not?

Do you know why they (the government) are very upset? It is very obvious. About 45 parliamentary seats are in the settlements. Prime Minister, Felda settlers are waking up. Your fixed deposit is not so fixed.


Sekali lagi Tan mempunyai niat jahat kerana dia hanya nak tengok orang melayu ni bergaduh sama sendiri. Dia tak nak lihat orang melayu duduk berbincang dengan baik ataupun bermuzakarah. Yang penting dia boleh tengok orang melayu hancur.

Can you tell us what was the difference between Dr Mahathir (Mohamad) and Najib when it comes to Felda?



The politicians never campur tangan in Felda up to 2004. Never!



Not even Mahathir?

No! Because Raja Alias would not allow anyone to interfere with Felda.

Memanglah pada zaman Raja Alias, dasar dah di tetapkan macam tu, tapi bila Raja Alias dah tak ada pengerusi baru mempunyai idea dan wawasan untuk menaikkan Felda. Hasilnya, Felda sudah semakin berjaya dan nilai asetnya pun dah semakin banyak.



So Mahathir wasn't interested in Felda?



Not to say not interested. He didn't steal from Felda. He just let Felda run on its own, like a car would run on its own. So if it's running on its own, why do you want to jaga Felda?

Tun bukannya tak berminat tapi banyak perkara lagi yang dia nak fikirkan lagi. Jadi dia 'delegate' pada menteri-menteri lain. Takkan semua benda dia nak buat? Jadi janganlah Tan saja nak pusing-pusing cerita.

Kesimpulan dari wawancara ini jelas menunjukkan yang Tan Kee Kwong memang berniat jahat pada Felda dan orang melayu.


Tuesday, July 13, 2010

FITNAH : PENDEDAHAN YB ZULKIFLI DI PARLIMEN... APA KATA PKR?

Bohong...itu memang strategi PKR

FI

Sebelum ini dah banyak cerita pembohongan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah kerana itu juga Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim menggelar Ketua Pembangkang itu sebagai ‘Ketua Pembohong’.

Peliknya, bukan sahaja Anwar mereka-reka cerita bohong terutama pasal Pelan 16 September tetapi orang lain yang rapat dengannya juga diminta berbohong. Semuanya gara-gara ingin menumbangkan kerajaan serta memalukan pemimpin Barisan Nasional (BN). Hal ini diakui sendiri Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin ketika beliau membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat, Rabu.

Bekas pemimpin PKR itu mendakwa bahawa beliau disuruh melakukan bermacam pembohongan ketika bersama pembangkang dalam strategi menumbangkan kerajaan BN. "Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat,” katanya menjawab pertanyaan ahli parlimen BN Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN.

"Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang. "Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya,” tambahnya.

Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998. "Contoh, saya buat cerita mengenai kena racun arsenik. Saya antara orang terdepan yang bawa isu arsenik,” katanya merujuk kepada dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi racun tersebut semasa dalam tahanan ketika itu. Menyentuh mengenai pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah, Zulkifli menegaskan tidak guna parlimen membentang atau meluluskan rang undang-undang sekiranya pihak mahkamah sendiri tidak mempertahankan integritinya. Katanya, institusi berkenaan kena mempertahankan kewibawaan masing-masing sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan sebagainya.

“Kita di Parlimen beri kuasa kepada banyak badan berkenaan tetapi ada kes setiausaha politik kepada menteri yang ditahan kerana kes rasuah ada 48 peti besi tetapi tiada tindakan. Ini menimbulkan persepsi kepada rakyat ada ‘double standard’ dalam sesuatu tindakan dan integriti badan berkenaan akan dipertikai,” katanya.

Menurut Zulkifli, parlimen boleh beri sebanyak mana kuasa kepada badan-badan tertentu tetapi jika pihak berkenaan gagal mempertahan integriti mereka sendiri, pindaan rang undang-undang tidak membawa makna. “Badan-badan yang diberikan kuasa dan mandat ini perlu menjaga integitri disamping melaksanakan kuasa diberikan secara adil telus dan bebas,” katanya. Katanya, tindakan perlu diambil tanpa mengira siapa terlibat bagi mengelak persepsi kepada rakyat kononnya ada pilih kasih dalam kes-kes tertentu.

Beliau turut menyentuh prosiding penggunaan bahasa Malaysia di mahkamah yang tidak diberikan penegasan jelas sedangkan dalam Perlembagaan jelas mengenai keutamaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

(Agendadaily & MyKMU)

FITNAH : PIHAK POLIS DI FITNAH DI PARLIMEN

Saya amat tertarik dengan apa yang berlaku di Parlimen hari ini. Kisahnya apabila YB dari Titiwangsa bertanya soalan kepada menteri, siapakah yang bertanggungjawab untuk menangkap atau memberkas pencuri pasir di Selangor yang sedang berleluasa sekarang?

Aduuuuuhhhhh.... soalan apa ni? Saya percaya yang beliau memang bermaksud nak kenakan Polis kerana beliau juga ada menyebut Polis Hutan dan PGA. Akhirnya beliau malu sendiri bila menteri yang bertanggungjawab memaklumkan ia adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri yang berkaitan... Hari tu seorang pemimpin parti pembangkang juga mempersoalkan mengapa pihak polis tembak perompak yang sedang merompak rumah orang.... Aduuuuuhhhhh... apa punya soalan ni? Takkanlah Polis nak senyum bila nak tangkap penjenayah yang tengah menghayun parang? Apa agaknya yang akan di buat oleh pemimpin pembangkang tersebut kalau rumah dia di masuki perompak yang bersenjatakan parang?

Entahlah apa nak jadi sekarang ni. Sepatutnya kita kena bersyukur dan berterima kasih yang amat sangat dengan Polis kerana tanpa mereka, dah lama Malaysia huru-hara.

FITNAH : PKR TERUS EDAR AKHBAR FITNAH FELDA

Artikel ini di petik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini. Mengapakah penerbit akhbar ini masih tak serik-serik sedangkan mereka tahu apa yang di tulis adalah fitnah? Yang memalukan, mereka yang memfitnah, menulis dan menolong mengedarkan akhbar ini adalah orang melayu....dan institusi yang ingin di jatuhkan juga adalah institusi melayu. Takkan bila semuanya dah hancur baru nak sedar kot....


Oleh Zulkifli Jalil

Nampaknya pemilik surat berita (akhbar) PKR, Suara Keadilan tetap berdegil. Seolah-olah mereka tidak mahu tunduk kepada undang-undang. Di Stesyen LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur pagi semalam, ahli-ahli Angkatan Muda parti itu tanpa rasa bersalah dan bimbang, malah seolah-olah mahu mencabar kuasa undang-undang terus menyebar dakyah terhadap Felda.

Tetapi kali ini pengendali Suara Keadilan 'membuang' (mentiadakan) perkataan 'Suara' pada surat berita parti itu. Sebaliknya sekadar meletakkan 'Keadilan' sahaja pada nama akhbar. Suratberita itu pula tidak di catat nama atau alamat percetakan.

Ini adalah helah terbaru PKR untuk mengambil kesempatan keatas Akta Penerbitan Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. Mengikut akta itu, penerbitan yang dikeluarkan bagi kali pertama tidak memerlukan permit kecuali 'penerbitan atas tajuk akhbar yang sama secara berkala'. Isi akhbar Keadilan itu tetap sama sebelum ini - penuh provokasi dan fitnah dilemparkan terhadap Felda.

Permit Suara Keadilan sebelum initidak diperbaharui setelah Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran KDN tidak menerima sebarang penjelasan daripada pihak penerbitan akhbar terbabit berhubung penyiaran artikel bertajuk Felda Bangkrap. Kenyataan yang di keluarkan itu bukan sahaja berbentuk fitnah dan pembohongan malah bertujuan menjejaskan kepercayaan peneroka terhadap kredibiliti Felda.

Tindakan mengeluarkan artikel itu juga dilihat sebagai kecenderungan pihak tertentu untuk menyerang institusi yang ada kaitan dengan orang melayu dan membina kebencian rakyat terhadap Felda. Sebelum inipun, akhbar Suara Keadilan turut memfitnah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan menyiarkan artikel bahawa Zambry di halang memasuki Amerika Syarikat. Ia kononnya kerana nama Menteri Besar itu tersenarai dalam pengkalan data pengganas antarabangsa. Bagaimanapun lidah rasmi PKR itu memohon maaf kepada Zambry yang di nyatakan dalam edisi terbaru akhbar tersebut keluaran bertarikh 30 Mac hingga 6 April.

Sebelumnya pada 25 Febuari lalu, Zambry bertindak memfailkan saman RM100 juta terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga lagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau mengambil keputusan tersebut setelah akhbar berkenaan yang diberi peluang memohon maaf, enggan berbuat demikian.

Apa yang ketara semalam, laporan-laporan tidak berasas Suara Keadilan kini 'berselindung' pula disebalik akhbar Keadilan yang diedarkan di Stesyen LRT Masjid Jamek. Jelaslah ia perlu dikekang menerusi tindakan undang-undang.

Keputusan kerajaan meneruskan saman RM200 juta keatas Suara Keadilan adalah jalan terbaik menghentikan fitnah dan dakyah PKR. Felda perlu terus dipertahankan sebagai organisasi yang telah banyak berjasa dan tidak boleh tunduk kepada tuduhan pihak yang tidak bertanggungjawab menyatakannya bangkrap. Felda kini mempunyai aset wang tunai kira-kira RM1.3 Billion. Dakwaan kononnya ia bangkrap adalah sesuatu yang menghairankan.