Tuesday, August 17, 2010

FITNAH : SALAH SENDIRI TAPI SALAHKAN POLIS

Sungguh kesian tapi melucukan... Itulah gambaran yang boleh saya ucapkan apabila membaca sebuah berita portal pembangkang tadi. Kisahnya terdapat seorang hamba Allah ini yang menyaman Polis dan Kerajaan sebanyak RM 2 juta hari ini. Kesian saya bila beliau menceritakan yang beliau telah terlibat didalam satu insiden yang mana beliau telah cedera angkara perbuatan Polis.

Didalam berita itu beliau memberitahu :
"Saya buat semua ini sebab nak tuntut keadilan atas kezaliman ini kerana selama ini saya ingat polis jaga keamanan rakyat biasa seperti saya," ujarnya sambil menyuarakan rasa tidak selamat berada di tanah air.

Tapi apa yang beliau perkatakan adalah bertentangan dengan apa yang beliau telah lakukan iaitu sekiranya beliau menghormati Polis dan mintak Polis menjaga keamanan, sepatutnya beliau tidak menyertai Perhimpunan Bersih pada tiga tahun yang lepas. Semua sudah maklum bahawa Perhimpunan tersebut adalah salah dan menyalahi undang-undang.

Pesan saya, lain kali kalau dah tahu perhimpunan itu adalah salah, janganlah pergi.

No comments:

Post a Comment