Wednesday, August 25, 2010

FITNAH : MAZLAN TERUS MEMFITNAH WALAUPUN DALAM BULAN RAMADHAN

Tidak tahu saya nak kata apa lagi... Walaupun di dalam Bulan Ramadhan Al Mubarak ini, Mazlan Aliman tidak habis-habis dengan usahanya untuk memporak porandakan segala usaha Kerajaan di Tanah Rancangan Felda ini.

Baru-baru ini, Mazlan telah turun ke Rancangan Felda Chini dan sempat memberi ceramah kepada peneroka (sudah tentu yang sokong PAS). Maka dikatakan berduyun-duyun peneroka turun mendengar ceramahnya. Didalam ceramahnya, beliau menyentuh berbagai isu-isu yang berkaitan dengan Felda dan FITNAH yang tidak habis-habis terhadap Felda. Semuanya yang berkaitan dengan Felda adalah buruk dan jijik. Tidak ada sikitpun yang baik.

Maka kita tidak hairan dengan tindakan beliau ini kerana pemimpin-pemimpin beliau juga membenarkan berkawan dengan syaitan, mengkafirkan orang Islam lain, mendoakan orang kafir dalam khutbah Jumaat dan bermacam-macam lagi. Mazlan lebih rela melihat peneroka ini bermusuhan dengan Felda... Yalah...kan nak jadi YB.

Saya ada sedikit nasihat buat Mazlan, kalaulah betul-betul ikhlas nak berjuang, cubalah betulkan syarikat-syarikat yang di kuasai oleh Kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, Contohnya seperi Kulim Hitech Park di Kedah dan PMBK di Kelantan. Ini hanyalah beberapa syarikat sahaja, malah banyak lagi syarikat-syarikat yang lebih bermasalah. Kan lebih mudah untuk betulkan perjalanan syarikat ini dari dalam parti sendiri.

Oleh itu, jangan hanya pandai mencari salah orang sahaja... dan seterusnya membuat FITNAH di bulan yang mulia ini. Lihatlah perbandingan ucapan antara seorang Ulama dan Ular Dalam Semak... Nilailah sendiri.

No comments:

Post a Comment