Wednesday, October 27, 2010

FITNAH : KILANG FITNAH PARTI KE RAHMATULLAH (PKR) DAH KENA

Sesungguhnya FITNAH itu azabnya sangat dahsyat. Itulah ungkapan dan pesanan ayah kesayangan yang saya ingat sampai bila-bila. Semalam berita yang sudah lama di tunggu-tunggu telah keluar di mana Felda telah menang kes saman mereka terhadap akhbar FITNAH Parti Ke Rahmatullah (PKR).

Sengaja saya tidak menulis selepas keputusan tersebut keluar semalam kerana hendak melihat apakah reaksi dan jawapan balas dari portal Suara Keadilan. Ternyata, hingga ke saat ini iaitu pada jam 10 pagi, masih belum ada reaksi dan jawapan balas kepada isu ini.

Kesimpulan ringkas yang dapat di buat ialah, memang Suara Keadilan 'Bersalah' dan mengaku bahawa mereka telah memFITNAH Felda. Sama-sama lah kita tunggu hayat parti ini yang tinggal nyawa-nyawa ikan.... Sebab itu parti ini sesuai di namakan Parti Ke Rahmatullah....

No comments:

Post a Comment