Friday, June 17, 2011

PEMFITNAH TEGAR... TAN KEE KWONG MEMANG KECUT PERUT

Bak kata pepatah, "Pandai Buat, Pandailah Tanggung". Ini lah yang boleh di jelaskan apabila Mahkamah membenarkan Felda mendapatkan maklumat dari Tan Kee Kwong berkaitan FITNAH beliau terhadap Felda.

Semoga, dengan pendedahan oleh Tan Kee Kwong ini akan menjelaskan betapa besarnya FITNAH beliau dan PKR terhadap Felda. Sesungguhnya yang salah, akan tetap salah...

Fikirkanlah...

Mahkamah benar permohonan FELDA supaya bekas timbalan menteri dedah maklumat


2011/06/17

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan FELDA dan syarikat pelaburannya supaya bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong, mendedahkan butir-butir lanjut berhubung pertemuan yang dikatakan membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan dua yang lain dalam satu tuntutan terhadap beliau.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Cheng Mai yang mewakili mewakili FELDA dan syarikat pelaburannya FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd dan Ho Kok Yew bagi pihak Tan.
Mengikut rekod mahkamah, Zabariah turut menetapkan tiga hari bermula 7 Julai untuk mendengar perbicaraan permohonan Felda dan Felda Global yang memfailkan saman malu RM200 juta terhadap Dr Tan atas artikel yang memfitnah diterbitkan dalam akhbar "Suara Keadilan" tahun lalu.
Pada 25 Januari lalu kedua-dua pihak itu memfailkan saman tersebut dan mendakwa bahawa kata-kata fitnah itu diterbitkan dalam sebuah artikel muka depan berjudul "Kontroversi" dan artikel lanjutan di muka tiga, di bawah tajuk "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga individu".

Mereka mendakwa artikel itu memfitnah mereka kerana kata-kata tersebut memberi makna tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara FELDA di Segitiga Emas di sini adalah untuk faedah kroni.

Mereka berkata, kata-kata itu juga bermakna bahawa transaksi bangunan FELDA menyebabkan kerugian kepada mereka dan menyebabkan plaintif menghadapi penghinaan di khalayak awam.

Mereka memohon antara lain ganti rugi RM200 juta serta injunksi untuk menyekat Dr Tan dari terus bercakap atau menerbitkan kata-kata serupa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment