Tuesday, November 9, 2010

FITNAH : CERAMAH KETUA PEMFITNAH FELDA TIADA SAMBUTAN

Pagi ini, rakan saya di Johor menghantar satu e-mail kepada saya. Di dalam e-mail tersebut, beliau memaklumkan bahawa pakar pemFITNAH Felda, saudara Mazlan Aliman telah merancang untuk menabur FITNAH di satu balairaya di Felda Kemendor. Kononnya beliau ingin membela nasib peneroka yang tertindas. Namun, hasrat beliau tidak kesampaian kerana dimaklumkan bahawa beliau telah menukar ceramah tersebut ke Markas PAS di Jasin.

Menurut rakan saya, mereka yang hadir hanyalah lebih kurang 20 orang sahaja dan majoriti semuanya adalah rakan-rakan PAS. Sungguh melucukan kerana ceramah beliau ini tiada sambutan lansung. Nampaknya, peneroka-peneroka dah makin sedar bahawa mereka semua ini sedang diperkudakan oleh Parti Ajaran Sesat (PAS) dan Parti Ke Rahmatullah (PKR). Lihat sahaja lah apa yang berlaku :

1) Mazlan tidak dapat buat apa-apa bila Kerajaan PAS Kelantan menipu orang miskin dan orang asli di DUN Galas dengan isu Ladang Rakyat.

2) Nik Aziz dah semakin sesat dan kepimpinannya sudah semakin di tolak oleh rakyat dan juga dalam PAS sendiri.

3) PKR pula sedang di landa todak dan bahtera mereka akan karam tidak lama lagi. Yang terkini Zaid Ibrahim pun dah letak semua jawatan di dalam PKR.

4) Tembelang peguam-peguam PKR yang menipu telah merosakkan kredibiliti parti Pakatan Pembohong ini.

Kami ingin mengambil satu ungkapan yang di gunakan oleh Karpal Singh terhadap Anwar Ibrahim tidak berapa lama dahulu. Ungkapan ini kami tujukan kepada Mazlan Aliman.... "MAZLAN ALIMAN MESTI BERTAUBAT...".

No comments:

Post a Comment