Tuesday, February 1, 2011

FITNAH DARI DAP YANG MEMPERMAINKAN ISLAM PAS

Secara sedar atau tidak, politik di Malaysia semakin berwarna-warni. PAS yang dulu akan bermati-matian mempertahankan ideologi penubuhan negara Islam, telah lembik bila berhadapan dengan FITNAH dari DAP.

Yang menariknya, FITNAH dari DAP ini hanya di terima bulat-bulat oleh pemimpin PAS. Atas dasar kerjasama Pakatan Rakyat, PAS telah banyak mengalah, namun sekiranya ia melibatkan UMNO, mereka sanggup mendoakan saudara seagama di turunkan bala oleh Allah. Itulah dia Islam PAS. Semua ini hanya untuk menarik perhatian masyarakat cina.

Kita lihat sahaja FITNAH dari DAP yang membuatkan PAS telah menerima bulat-bulat FITNAH itu :

1) PAS menyokong pembesaran kilang arak di Selangor
2) PAS telah bersetuju membatalkan hasrat penubuhkan negara Islam
3) PAS membenarkan pelacuran dan sumbang mahram melalui pembukaan spa dan rumah urut yang tumbuh seperti cendawan di Selangor dan Pulau Pinang
4) PAS mengizinkan orang bukan Islam untuk menggunakan kalimah 'Allah'
5) PAS mengizinkan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang melayu
6) PAS bersetuju untuk melantik DAP memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri II sekiranya mereka berjaya memerintah.

Segala keputusan yang di lakukan oleh pemimpin PAS ini terpaksa di terima dengan hati terbuka oleh ahli-ahli PAS semua walaupun pahit. Oleh itu saya menyeru kepada ahli-ahli PAS supaya tinggalkan parti PAS dengan segera demi untuk kesejahteraan Islam dan melayu. Fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment