Wednesday, February 2, 2011

FITNAH PEMBANGKANG TERHADAP KERAJAAN BERKAITAN ISU KENAIKAN HARGA MINYAK

Tiada siapa yang suka harga minyak atau harga barang melambung naik, namun kenaikan harga minyak RON 97 telah di politikkan serta di FITNAH oleh pembangkang seolah-olah kenaikan harga minyak ini di sengaja dinaikkan oleh Kerajaan Malaysia.

Kita perlu ingat bahawa Kerajaan Malaysia cukup prihatin terhadap rakyat kerana dengan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, Kerajaan Malaysia hanya naikkan RON 97 sahaja dan bukannya RON 95.

Cuba kita bertanya, siapakah yang menggunakan minyak RON 97 ini? Kebanyakan yang masih menggunakannya ialah mereka yang berpendapatan tinggi dan mempunyai kewangan yang kukuh. Kebanyakan rakyat termasuklah saya masih menggunakan RON 95 sahaja. Oleh itu, pembangkang yang sibuk-sibuk menabur FITNAH seolah-olah kerajaan itu zalim adalah yang sebenarnya zalim kerana telah menipu rakyat.

Kita harus sedar bahawa harga minyak di negara kita masih lagi rendah sekiranya di bandingkan dengan negara-negara Asean yang lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan sebagainya. Lihat jadual di atas iaitu carta pasaran harga minyak dunia.

Sebagai rakyat yang boleh berfikir, janganlah kita bulat-bulat percayakan dakyah jahat pembangkang ini. Ingatlah bahawa

PAS + PKR + DAP = FITNAH

No comments:

Post a Comment