Untuk menghalalkan perbuatan mereka, satu risalah di edarkan untuk menarik peneroka-peneroka lain menyertai mereka menyaman Felda. Yang menarik, isu-isu yang ditulis didalam risalah ini, nyata tidak tepat dan FITNAH. Segalanya hanya berlandaskan andaian.
Saya telah difahamkan, kesemua 766 peneroka yang menyaman Felda ini adalah ahli parti pembangkang yang bercita-cita untuk menguasai Felda satu hari nanti, tetapi mereka tidak tahu bahawa niat yang mereka sangka 'murni' itu akan meruntuhkan Felda.
Apa yang menarik juga, peneroka ini juga telah ditipu hidup-hidup oleh rakan peguam mereka dari PKR. Agaknya mereka tak kisah ditipu oleh rakan PKR dari ditipu oleh orang lain kot... Kalau mengikut perjanjian antara peneroka dan peguam sahaja pun, peneroka dah kena tipu, kemudian kena bayar RM500 seorang.
Mengikut risalah, peneroka diberi maklumat bahawa kes saman Felda Kemahang 3 Kelantan telah berjaya, namun realitinya adalah berbeza. Kemenangan kes tersebut bukanlah kerana terbukti Felda menganiaya peneroka tetapi kerana kesilapan teknikal dimana peguam yang mewakili Felda tidak hadir ke mahkamah. Kes ini masih lagi belum selesai dan semakan kehakiman sedang dilakukan.
Nampak gayanya, FITNAH terhadap Felda secara khas dan agensi-agensi Kerajaan yang lain tak akan berhenti dan akan berterusan. Satu mekanisma oleh Kerajaan untuk mengawal FITNAH ini perlu digubal sebelum ianya melarat dan tidak dapat di bendung lagi.
No comments:
Post a Comment