Monday, August 2, 2010

FITNAH : PAKATAN RAKYAT TERUS MEMFITNAH



















Melihat penyebaran FITNAH-FITNAH oleh Pakatan Rakyat yang berleluasa sekarang, kita sebagai orang Islam yang juga orang melayu sepatutnya merasa bimbang. Al-Quran telah menjelaskan bahawa, pada akhir zaman, FITNAH akan menjadi suatu perkara yang biasa namun yang menakutkan pada ketika ini, FITNAH bukan sahaja dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai ajaran agama yang kuat, tapi oleh mereka yang dikatakan Tok Guru ataupun Ustaz.

Tahukah kita apa FITNAH boleh lakukan sekiranya ia tidak dibenteras ?

1) Ia boleh musnahkan kredibiliti seorang individu
2) Ia boleh musnahkan keluarga
3) Ia boleh musnahkan organisasi
4) Ia boleh musnahkan kaum
5) Ia boleh memusnahkan agama
6) Ia boleh musnahkan negara
7) dan Ia juga boleh musnahkan dunia

Malaysia sebagai sebuah negara Islam, yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum tidak terlepas dari menghadapi berbagai FITNAH. Bagi mereka yang menyebarkan FITNAH, mereka tidak sedar tindakan yang mereka lakukan boleh memberi kesan buruk yang sangat hebat. Kita ambil contoh satu FITNAH yang di buat oleh Suara Keadilan terhadap Dato Seri Dr Zambry kadir tidak berapa lama dulu. Apakah kesannya?

  1. Dr Zambry sudah semestinya malu kerana dianggap sebagai pengganas
  2. Isteri serta anak-anaknya malu kerana suami/ayah mereka di tuduh sebagai pengganas
  3. Seluruh pemimpin dan rakyat akan tertanya-tanya adakah perkara itu benar-benar terjadi? Secara tidak lansung, pemimpin dan rakyat akan menjadi marah kepada Amerika Syarikat. Sekiranya tidak di perbetulkan, mungkin ada yang bertindak diluar batasan dengan memboikot dan sebagainya.
  4. Negara malu kerana pemimpinnya telah dianggap pengganas oleh Amerika Syarikat
Disebabkan FITNAH yang tidak bertanggungjawab ini, Dr. Zambry telah membuat saman malu RM100 juta terhadap akhbar ini yang mana akhirnya Suara Keadilan telah memohon maaf.

Walaupun peristiwa itu telah berlaku, namun Pakatan Rakyat masih tidak serik dan ambil iktibar dari pengalaman tersebut. Yang terkini, Suara Keadilan terus menerus menaburkan FITNAH-FITNAH yang melampau. Antara FITNAH yang di buat adalah seperti berikut :













Bagi mereka yang telah sedar dan kembali kepangkal jalan yang mana sebelum ini pernah terlibat memFITNAH individu dan Kerajaan semasa bersama Pakatan Rakyat pula sedang menerima FITNAH oleh bekas parti mereka ini. Antara yang hebat di FITNAH sekarang ialah YB Zulkifli Nordin, YB Zahrain, YB Wee Chee Keong dan ramai lagi. Menurut pendedahan yang telah dibuat, ada diantara mereka telah diarahkan untuk berbohong dan memFITNAH orang lain. Kalau nak difikirkan, sekiranya pemimpin Pakatan Rakyat ini pernah mengarahkan kumpulan ini untuk membuat FITNAH, maka bayangkan entah berapa ramai lagi individu lain yang telah menerima arahan yang serupa tetapi difokuskan kepada tajuk-tajuk yang lain.

Oleh itu, tidak hairanlah akhbar-akhbar Pakatan Rakyat ini dipenuhi dengan FITNAH-FITNAH yang kadangkala tidak masuk akal. Namun ia telah memberi kesan yang sangat negatif kepada masyarakat dan yang paling teruk ialah kesan kepada individu yang telah di FITNAH. Oleh itu, bersama-samalah kita menentang dan membenteras FITNAH yang sedang berleluasa sekarang ini. Dengan mendekatkan diri kepada Allah dan mengamalkan segala suruhanNya akan menghindarkan kita dengan FITNAH... Akhir kalam... Bersangka baiklah.

"Sesungguhnya Yang Benar Akan Tetap Mengatasi Yang Bathil"

1 comment:

  1. PAKATAN BASTARD NI MMG SIAMANG YANG SUKA CARI PASAL DAN SUKA PORAK PERANDAKAN NEGARA.. DIORANG JER LAH YG BETUL PUN... SELANGOR PUN JAGA HANCUS.. NAK CERITA PASAL NEGARA.. AI CET PODAH... KEH KEH... PAKATAN BASTARD THE MANGKUK AYUN...

    ReplyDelete