PADAN MUKA... Itulah ungkapan sesuai dan paling tepat saya boleh perkatakan. Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana Suara Keadilan yang TIDAK ADIL akan di saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Keceluparan akhbar yang sudah melampaui batas yang juga menjadi kilang FITNAH akhirnya akan menerima akibatnya.
Selain dari itu, peguam-peguam dari PKR yang kononnya membela peneroka Felda telah bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan beberapa hari lepas bahawa Felda tidak boleh menyaman Suara Keadilan. Alasan yang diberi ialah Suara Keadilan adalah suara rakyat.... Wahai PKR, Suara Keadilan bukanlah suara rakyat tapi suara yang keluar dari nafsu yang pemimpin PKR yang jahat lagi busuk. Mereka yang berkata-kata didalam akhbar tersebut juga sama semuanya.
Tergelak saya sampai sakit perut bila membaca berita tersebut. Nampaknya, peguam-peguam merangkap pemimpin PKR ini tahu masalah besar yang akan mereka terima kerana kalau mereka adalah dipihak yang benar, mereka akan mempertahankan kenyataan mereka. Mereka tu peguam dan mereka pun tahu akibatnya. Kesimpulannya, mereka tahu yang Suara Keadilan hanyalah memFITNAH dan apa isu yang dimainkan adalah FITNAH semata-mata.
Dalam pada tu pun mereka juga sempat memFITNAH Pengerusi Felda. Itulah dia, kalau dah kaki FITNAH tu tak akan kemana. Tahniah kepada Felda kerana menyaman kilang FITNAH ini.
No comments:
Post a Comment