Monday, September 6, 2010

FITNAH : FITNAH PARTI AJARAN SESAT (PAS) SEMAKIN SESAT LAGI MENYESATKAN

Semakin hari, Parti PAS telah menjadi semakin sesat lagi menyesatkan. FITNAH-FITNAH yang dilakukan oleh parti ini, semakin lama semakin parah. Yang menariknya, apabila parti ini memFITNAH Kerajaan dan UMNO, mereka pula yang menuduh Kerajaan dan UMNO memFITNAH mereka. Semuanya sungguh melucukan... Kesucian agama Islam dipermainkan. Ayat-ayat Al Quran di terjemah mengikut kepentingan politik mereka sendiri.

Pemimpin-pemimpin PAS juga sejak kebelakangan ini sudah bercelaru dengan masing-masing mempunyai pegangan dan pandangan mereka yang tersendiri. Situasi dalaman PAS yang telah berpecah belah, jelas kelihatan. Sekurang-kurangnya terdapat 3 puak besar di dalam PAS iaitu kumpulan Haji Hadi, kumpulan Nik Aziz dan kumpulan yang tidak menyokong kedua-duanya.

Beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan kesebuah Masjid di Pahang yang menjadi kubu kuat PAS. Selepas solat zohor, saya saja-saja duduk di serambi masjid dan mendengar perbualan politik oleh beberapa jemaah disitu. Mereka meluahkan perasaan marah terhadap pemimpin mereka sendiri dan berbincang hangat berkenaan topik-topik berikut :






a) pemimpin mereka sudah hilang kredibiliti kerana terlalu menurut DAP dan PKR
b) pemimpin mereka membiarkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang sedangkan sebelum ini Mat Sabu sendiri pada tahun 1988 pernah menceritakan siapa itu Anwar Ibrahim serta menggelarkan Anwar itu 'Al-Juburi'.

c) Soal arak pula telah dipermain-mainkan dan kenyataan Khalid Samad yang membenarkan kilang arak dibesarkan di Selangor dipertikaikan.
d) Soal Hukum Hudud pula ditangguhkan hanya kerana untuk meraih simpati undi masyarakat bukan Islam terhadap PAS.
e) Hak keistimewaan orang melayu telah tercabar dan pemimpin PAS hanya membiarkan sahaja orang melayu di permain-mainkan oleh bukan Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Selangor. Pelacuran telah menjadi tidak terkawal dan Selangor rosak akibat DAP. PAS tidak dapat buat apa-apa untuk memperbaikinya kerana semua dikawal oleh DAP.
f) Pemimpin-pemimpin PAS membiarkan institusi masjid di cemar oleh orang-orang bukan Islam.
Ini adalah antara topik-topik hangat yang dibincangkan sesama mereka. Jelas, mereka ini tidak puas hati dan kecewa dengan parti mereka sendiri iaitu Parti Ajaran Sesat (PAS). Saya doakan semoga mereka semua ini dibukakan pintu hati untuk bersama-sama bekas rakan mereka seramai 756 orang di Perak yang telah menyertai UMNO.

(Apa yang ditulis ini adalah luahan serta perbincangan sesama ahli PAS)

2 comments:

  1. Bodoh macam taik punya posting. Pegi belajo lagi la jangan asik dengar fitnah dan lepas tu suka2 buat fitnah, bangang punya manusia

    ReplyDelete
  2. Saudara Sufee... nama anda cantik tapi adab anda...MasyaAllah. Saya berkata berdasarkan fakta dan saudara sepatutnya marah pada rakan-rakan saudara di dalam parti saudara yang berkata begitu. Bila saudara mengkritik orang tak apa tapi bila parti saudara dikritik kerana sesat saudara marah. Pesan saya...Muhasabah diri saudara dulu.

    ReplyDelete