Thursday, July 29, 2010

MELUCUKAN ! MEMBUAT FITNAH KEMUDIAN SURUH ORANG YANG KENA FITNAH BERTAUBAT

Memang sangat melucukan apabila kita membaca artikel dan laporan yang dipaparkan dalam laman web pro Pakatan Rakyat. Kita dapat melihat perbezaan gaya penulisan mereka tetapi hakikatnya, ia tetap FITNAH.

1) Kalau gaya penulisan penulis PAS, mereka akan membuat FITNAH, kemudian suruh orang yang kena FITNAH bertaubat. Contohnya cuba baca dibawah. Mereka dengan jelas memfitnah UMNO dan Kerajaan Malaysia.

SULIT: 5 Perbezaan Tentera Singapura & Malaysia ;)
Posted on Wednesday, July 28 @ 08:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
teori

BeritaOleh: dewa

"Akhbar hari ini melaporkan seorang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dari Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Jugra, Banting, Selangor, terbunuh selepas payung terjunnya gagal berfungsi ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Gong Kedak di sini. Sebelum itu, helikopter Nuri dilaporkan terhempas satu demi satu.

Selaku seorang askar wataniah yang lebih banyak menghabiskan masa di luar negara, penulis ingin berkongsi info-info penting untuk dijadikan pengajaran:

1. PERALATAN KETENTERAAN DIKOMPROMI OLEH UMNO

UMNO sememangnya selalu mementingkan poket masing-masing sehinggakan keselamatan negara bagaikan dikompromi melalui pembelian senjata-senjata dan kenderaan berkualiti rendah. (FITNAH)

Terkini, seorang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dari Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Jugra, Banting, Selangor, terbunuh selepas PAYUNG TERJUNNYA GAGAL berfungsi ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Gong Kedak di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari, Laskar Udara Kanan Hasnizam Abd Wahid, 26, yang melakukan terjunan dari pesawat pengangkut Caribou pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut, terhempas di kawasan lapang, kira-kira 100 meter dari kuarters pegawai pangkalan berkenaan.

SEBELUM INI, berderet-deret helikopter Nuri terhempas sehinggakan akhirnya Najib yang malu alah dengan masyarakat yang marah terpaksa membuat kenyataan akan menukar Nuri.

KUALA LUMPUR, July 18 (Bernama) — The cabinet has agreed to replace the fleet of ageing Royal Malaysian Air Force (RMAF) Nuri helicopters which has been in service since 1968, Datuk Seri Najib Tun Razak said.The deputy prime minister, who chaired the weekly cabinet meeting today, said he had informed Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who is currently on leave, and his cabinet colleagues on the need to speed up the replacement programme in the interest of the country.”And they’ve given their approval,” he told reporters here.Najib, who is also Defence Minister, said the cabinet agreed that the procurement of the new helicopters be done through international open tender to be called in the next few months.

SELAIN ITU, kes skandal kapal selam yang tidak mampu menyelam semakin memalukan rakyat negara ini. (FITNAH)

Jika dibandingkan dengan Angkatan Bersenjata Singapura, kita patut malu dari segi peralatan ketenteraan.

Dari segi jumlah askar pun, tenaga sepenuh masa tentera Singapura sekitar 32,000 dan ditambah dengan 40,000 yang sedang membuat khidmat negara. Selain itu, sekitar 350,000 sentiasa bersiap sedia untuk dipanggil berkhidmat pada bila-bila masa.

Dari segi peralatan, Singapura menggunakan yang terbaik di dunia dan menjalin hubungan akrab dengan Israel dan Amerika. Malaysia dibawah UMNO pula membeli peralatan ketenteraan berkualiti rendah sehinggakan payung terjun dan helikopter pun tidak boleh berfungsi. (FITNAH)

2. DISKRIMINASI

The SAF's policy towards Malays, who share religion and ethnic ties with Singapore's largest neighbors, Malaysia and Indonesia, has been a source of controversy over the years. Malays were virtually excluded from conscription from the beginning of the draft in 1967 until 1977 and, after the policy was eased, were assigned mainly to serve in the police and civil defence (fire brigade), not active combat roles.

In 1987, Lee Hsien Loong (then Second Minister for Defence) stated that "If there is a conflict, if the SAF is called to defend the homeland, we do not want to put any of our soldiers in a difficult position where his emotions for the nation may be in conflict with his religion" and in The Roar of the Lion City (2007), military analyst Sean Walsh claimed that "official discrimination against the Malay population remains an open secret".

The Ministry of Defence contests the charge, noting that there are "Malay pilots, commandos and air defence personnel" and stating that "the proportion of eligible Malays selected for specialist and officer training is similar to the proportion for eligible non-Malays."

Women are exempt from National Service, but have served in both combat and non-combat roles, some as combat officers, but mostly in clerical and logistic positions in the earlier years[12]. The range of positions available to women has been expanded gradually, but is still limited. In July 2007, the SAF launched an exhibition highlighting the contributions of women in the armed forces. -wikisource"

Sekiranya orang Melayu ditindas dengan dihalang dari menyertai tentera di Singapura, keadaan tidak kurang teruknya di Malaysia apabila apabila orang Melayu Kelantan dan Terengganu ditindas sehinggakan hak royalti pun dihalang.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai kepentingan Johor digadaikan kepada Singapura tanpa melalui tapisan Parlimen. Dalam pelbagai isu termasuk isu tanah, isu air, isu ruang udara, isu Batu Putih, Jambatan dan banyak lagi. Apa pun , warga UMNO Johor tidak pernah lupa bersorak untuk UMNO di Johor. (FITNAH)

3. Wajib BERKHIDMAT sukarela

Di Singapura, Korea Selatan dan negara-negara lain, rakyat diwajibkan menyertai tentera secara part-time untuk meastikan negara sentiasa kuat. Di Singapura, warga wajib menyertai tentera selama 2 tahun setengah. Kesannya, rakyatnya lebih berani, berdisiplin dan sepakat.

Di Malaysia, masih belum terdengar mana-mana sahutan daripada mana-mana pemimpin muda Pakatan yang menyahut cabaran KJ agar menyertai askar Wataniah. Macam mana nih??

Penulis sendiri sudah menyertai Wataniah sejak 9 tahun dahulu sekalipun tidak diwajibkan. Sekiranya PAS membuat polisi mendesak setiap keluarga penyokong/ahli PAS menghantar sekurangnya seorang anak ke Wataniah, nescaya Pakatan akan mempunyai ahli-ahli yang lebih berdisiplin. Jangan lupa di Algeria dan Turki, sekalipun parti pro-Islam menang, askar merampas kuasa. Alangkah bagusnya jika ada seorang dikalangan kepimpinan Pakatan yang secara tegas mengarahkan ahli dan penyokong agar masuk tentera sukarela dan memperkasa negara.


4. Israel APCO


Sekiranya Singapura sekadar menjalin hubungan tentera dengan Israel, Malaysia selangkah ke hadapan dengan melantik syarikat Zionis Apco yang dipercayai kini sudahpun mentadbir negara secara tidak langsung.Cukup dikhuatiri sekiranya PAS enggan menerima ugutan/tawaran UMNO untuk 'bekerjasama', PAS akan dikaitkan dengan aktivit terorisma. Sebelum ini pun, dana-dana sekolah agama anjuran PAS telah dihentikan bantuan dan ditutup atas tuduhan sebegitu. Apa-pun, kita berdoa mereka bertaubat. Takutlah kamu kepada Tuhan yang Maha dahsyat Azab-Nya. (DIA BUAT FITNAH, KEMUDIAN SURUH ORANG YANG DIA FITNAH BERTAUBAT...LUCU TAK)


2) Kalau gaya PKR lain pulak, mereka buat FITNAH, kemudian menyatakan orang yang kena FITNAH telah di balas oleh Allah. Mereka ini dengan jelas membuat FITNAH kepada Saiful Bukhari, tunang Saiful dan Farah Azlina. Cuba baca dibawah :


Farah Azlina Membatalkan Perkahwinannya? (Artikel ini hanyalah andaian dan Fitnah)

1. Dua hari lalu, Abdul Gani Patail, pada sidang akhbarnya, mengesahkan Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Anwar. Persoalan - Mengapa Farah Azlina digugurkan serta-merta setelah pendedahan dilakukan oleh Raja Petra Kamarudin?

2. Beberapa bulan lalu, Farah pernah dipindahkan dari Bahagian Rayuan dan Perbicaraan kepada Unit Jenayah Komersial di bawah Bahagian Pendakwaan setelah dinaikkan pangkat. Farah Azlina pada mulanya bukan sebahagian daripada pasukan asal pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar tetapi di bawa kemudiannya selepas seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya yang ditugaskan mengambil nota perbicaraan meletakkan jawatan. Persoalan yang harus difikirkan - Mengapa Timbalan Pendakwa Raya yang asal (sebelum digantikan oleh Farah Azlina) meletakkan jawatan? Adakah kerana tidak mahu bersubahat dengan pasukan pendakwaan?

3. Sebelum kejadian itu iaitu sebelum pembongkaran oleh Raja Petra, Farah Azlina dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan tetapi membatalkannya seminggu sebelum tarikh yang dijadualkan itu. Sebab pembatalan itu juga tidak diketahui. Persoalan - Mengapa perkahwinan Farah Azlina dibatalkan seminggu sebelum ia dilangsungkan? Adakah ianya berkait rapat dengan hubungai romantis antara Farah dan Saiful ?

4. Difahamkan, sumber daripada Suara Keadilan menyatakan bahawa Saiful dan Farah dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan mereka secepat mungkin bagi menggelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.Persoalan - Mengapa terlalu kalut untuk cepat berkahwin? Adakah suatu kebusungan yang hendak disembunyikan?

Sumpah laknat yang dihamburkan oleh Saiful Bukhari telah memakan diri. Mungkin jika peristiwa ini berlaku di zaman para nabi, pastinya si pesumpah akan mendapat balasan secara 'cash' dengan kuasa Allah. Tetapi di zaman ini, sumpah yang makan tuan itu ditunjukkan dalam bentuk yang mengaibkan peribadi seperti ditangkap khalwat dengan pelajar di bawah umur, dan mungkin juga didapati 'mengandungkan' seseorang ketika masih mempunyai ikatan pertunangan dengan orang lain. Personaliti media yang bernama Janna Syariza harus tampil menyatakan status pertunangan mereka. Ini bertujuan untuk membersihkan nama Janna dari terus terlibat dengan kebobrokan sebuah pasukan yang cuba menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam apa jua kosnya.

Saudara dan saudari sekalian, mungkin apa yang kita lihat hari ini dan apa yang ditunjukkan kepada kita hari ini kesemuanya adalah berbentuk peribadi. Jika diikutkan, apa perlu untuk kita mengambil pusing perihal peribadi yang sedang hangat diperkatakan? Apakah rasionalnya? Maka perlulah diingat bahawa, pertuduhan yang dilempar kepada DSAI juga sangat-sangat peribadi dan juga sangat mengaibkan. Seorang anak muda yang diberi kepercayaan supaya suatu hari nanti menjadi orang yang berguna kepada rakyat akhirnya menuduh tuannya dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

Kononnya diliwat ketika punya kekuatan untuk melawan. Masalah peribadi yang dihadapi oleh Saiful Bukhari harus menjadi rasional untuk dibicarakan kerana ia telah menyebabkan keperibadian seorang pemimpin dicalar sehabisnya hingga mungkin bakal menamatkan karier politik seorang pejuang. Oleh demikian, keperibadian 'orang yang menuduh' iaitu Saiful Bukhari perlu di ambil perhatian lebih-lebih lagi orang yang dituduhnya merupakan seorang pemimpin yang punya kredibiliti, kedudukan dan punya karisma.

Jika benar Saiful diliwat, hingga dibawakan kepada kita sebuah sumpah laknat tujuh keturunan sejurus sebelum PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008, maka perjalanan yang dilalui oleh Saiful sepatutnya lebih dipermudahkan. Apalah perlunya perbicaraan kes liwat DSAI ini diteruskan sekiranya orang yang menuduh tidak mempunyai moral setulus dahi legamnya. Sama-sama kita lihat di manakah berakhirnya konspirasi yang semakin kucar dan kacir, adakah ia berakhir di Sungai Buluh atau berakhir di Putrajaya. Mohon petunjuk dari Allah. Akhir kata, masih ingatkah kita akan sumpah laknat yang dilakukan oleh DS Najib suatu masa dulu? Apalah balanya yang bakal dituruti sekiranya sumpah ini memakan tuannya, adakah ia berbentuk kekalahan teruk pada PRU akan datang? Sabar-sabarlah kita nantikan.


Inilah jawapan Saiful Bukhari yang telah di FITNAH : “Semoga segala fitnah dan kebatilan akan dilenyapkan oleh Yang Hak! Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali akan melatah dan menyerah kalah. Salam”.


Kedua-dua gaya penulisan diatas adalah FITNAH belaka dan hanya berlandaskan andaian dan bukannya fakta. Semoga Allah memberi petunjuk kepada semua dan menunjukkan kita jalan yang betul-betul diredhai Allah. Amin


No comments:

Post a Comment