Saturday, August 14, 2010

FITNAH : WAHAI KHALID, MANA KAMERANYA?

Membaca peristiwa di mana Khalid Ibrahim mendakwa bahawa beliau telah dirakam oleh satu alat perakam, telah membuat saya dan rakan-rakan saya ketawa besar.

Didalam sidang akhbar tersebut, Khalid telah menunjukkan alat yang dikatakan perakam video tapi, sedarkah kita sekiranya itu adalah alat perakam, dimanakah kameranya? Takkan perakam itu boleh merekod kalau kamera tidak ada? Saya berpendapat, sekiranya Khalid ini bijak, dia mesti tunjukkan pada semua wartawan bagaimanakah bentuk alat-alat ini semasa dia menjumpainya.

Lepas itu, ada hati nak memFITNAH UMNO dan juga agensi-agensi keselamatan seolah-olah dia menjadi sasaran. Janganlah FITNAH kalau bukti tak cukup. Kalau nak kata orang UMNO masuk kebilik beliau, saya rasa agak mustahil kerana bilik beliau sudah semestinya dikawal rapi. Kalau pihak keselamatan nak masuk sekalipun, saya rasa mereka takkan sebodoh itu nak letak perakam yang besar seperti itu di sebalik langsir tanpa membuat apa-apa setting pada perakam tersebut.

Apapun, tahniah kepada Khalid kerana telah berjaya memperbodohkan diri sendiri... Kalau nak tahu, polis-polis semua gelak bila tengok berita ni keluar....




1 comment: