Nampaknya Mazlan Aliman masih belum takut untuk menyebarkan fitnah walaupun dia tahu dengan fitnah yang akan mereka edarkan itu akan memecahbelahkan orang melayu. Beliau lansung tidak sedar, bangsa lain hanya memerhatikan dan ketawa bila melihat orang melayu bergaduh sesama sendiri.
Semalam, Mazlan dengan bangga membuat sidang akhbar untuk mengedarkan risalah bertajuk 'Felda Bangkrap' secara percuma dan akan di edarkan ke seluruh negara. Ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran, mengapakan Mazlan bersungguh-sungguh hendak menabur fitnah ini, walaupun beliau tahu Felda dan Kerajaan Malaysia telah menafikannya? Akhbar Suara Keadilan juga akan di saman sebanyak RM 200 juta dan hanya menunggu masa sahaja untuk dibicarakan.
Saya percaya, ramai yang menantikan saat apabila perbicaraan saman fitnah ini berlansung kerana pada ketika inilah kita akan dapat melihat segala fakta dari Felda dan Kerajaan Malaysia akan di kemukakan. Saya percaya dan yakin, segala kekusutan dan persoalan akan terjawab dengan terperinci berkaitan untung rugi Felda. Kesemua jawapan sudah semestinya akan keluar kerana Suara Keadilan sudah pasti akan datang bersama peguam-peguam mereka yang hebat. Agaknya, kalau Karpal Singh sihat, mungkin beliau juga akan hadir sama.
Persoalan demi persoalan timbul terhadap Mazlan yang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan fitnah. Antara persoalan yang bermain di fikiran saya adalah seperti berikut :
1) Mengapakah Mazlan sudah tidak sabar-sabar untuk mengedarkan fitnah ini? Tak bolehkah beliau tunggu dulu sehingga perbicaraan saman ini di bicarakan kerana semua persoalan beliau akan dijawab semuanya?
2) Untuk mencetak dan mengedarkan risalah FITNAH ini memerlukan perbelanjaan. Siapakah dan dari manakah Mazlan mendapatkan peruntukan untuk mencetak risalah ini?
3) Mengapakah sejak kebelakangan ini, fokus yang di berikan pada Felda adalah lebih berbanding dengan agensi milik kerajaan yang lain seperti RISDA, FELCRA dan sebagainya?
Sepatutnya sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang hampir tiba, adalah lebih baik beliau mencetak risalah yang boleh menyatukan Islam dan orang melayu. Pahala pun dapat namun bala yang beliau cari. Agaknya beliau dah tak sabar-sabar nak tunjuk kepada kepimpinan PAS yang beliau sesuai untuk jadi calon untuk PRU yang akan datang.
Jangan sampai di atas perbuatan Mazlan pada masa sekarang akan menyebabkan Felda runtuh pada masa kan datang. Pada masa itu bangsa lain pula sudah mengambil alih Felda dan peneroka pada masa itu sudah merempat di tanah milik sendiri. Pesanan saya pada Mazlan, sudah-sudahlah tu menabur fitnah terhadap Felda. Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba, apa kata pergilah buat umrah di Mekah dan bertaubatlah pada Allah. Insyaallah Allah akan beri petunjuk kepada hambaNya yang ikhlas mencari keredhaanNya. Kalau ke sana nanti, bolehlah menetap kat Hotel milik Felda dan makan kat restoran D'Saji. Mana tahu, pengurusan Felda boleh sponsor makan ke...
Saudara,
ReplyDeleteAda yang membayar beliau untuk menabur fitnah terhadap Felda. Kalau tak tabur fitnah duit tak akan dibayar.
Fitnah-fitnah ini merupakan satu agenda terancang puak harbi kiasu dan beliau hanya menjadi kuda tunggangan mereka.
Nak pedajalkan beliau tak susah dedahkan sahaja latar belakang beliau dan keluarganya...ada yang 'menarik'!!!
Saudara, mungkin boleh berkongsi maklumat yang 'menarik' itu...
ReplyDelete