Monday, July 5, 2010

FITNAH : APAKAH YANG BOLEH DI SIMPULKAN DARI FOTO INI?

Artikel menarik ini telah di petik dari blog Unspinners.... Bak kata pepatah , " A picture paints a thousand words...".... Sama-samalah kita nilaikan sendiri...



Betulkah Zaid Ibrahim tahu undang-undang?


Zaid perlu jelas hubungan dengan Raja Petra

HULU TERENGGANU 3 Julai - Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim perlu memberi penjelasan kepada rakyat apa hubungannya dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika Zaid seorang yang bertanggungjawab, beliau akan memberi penjelasan terhadap persoalan itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, kementeriannya tidak akan menjalankan siasatan ke atas Zaid berhubung perkara itu tetapi menambah, pemimpin PKR itu mungkin akan dipanggil memberi penjelasan sekiranya bertanggungjawab melindungi Raja Petra.

"Dia (Zaid) tak boleh disiasat, kalau dia bertanggungjawab dia kena beri penjelasan. Sekarang jadi tanda tanya, saya tak ada bukti dan tak ada laporan bagaimana Raja Petra keluar dari negara kita.

"Dalam laporan buku Imigresen pun tak menunjukkan dia dah keluar dan keduanya, pasportnya dah diserahkan. Jadi, apa pasport yang digunakan kita tak tahu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Kuala Berang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kemungkinan Zaid akan disiasat berikutan pertemuannya dengan Raja Petra di United Kingdom seperti yang disiarkan akhbar semalam sehingga boleh menimbulkan persepsi PKR mungkin terlibat menyembunyikan pengendali blog terbabit, daripada pihak berkuasa.

Bersambung di Utusan Malaysia sini


Gambar di atas keluar sekejap di Malaysia Today dan kini diperolehi di Malaysia Instinct sini. Baca juga komen Satu Hala mengenai pendedahan gambar.

Hasil pendedahan dan pengakuan bukti oleh Dato Nazri, Ketua Polis Negara telah pun mengarahkan sisatan dilakukan.

PKR ... tidak hormati Rukunegara: Keluhuran Undang-UNdang.

No comments:

Post a Comment