Tuesday, July 13, 2010

FITNAH : PKR TERUS EDAR AKHBAR FITNAH FELDA

Artikel ini di petik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini. Mengapakah penerbit akhbar ini masih tak serik-serik sedangkan mereka tahu apa yang di tulis adalah fitnah? Yang memalukan, mereka yang memfitnah, menulis dan menolong mengedarkan akhbar ini adalah orang melayu....dan institusi yang ingin di jatuhkan juga adalah institusi melayu. Takkan bila semuanya dah hancur baru nak sedar kot....


Oleh Zulkifli Jalil

Nampaknya pemilik surat berita (akhbar) PKR, Suara Keadilan tetap berdegil. Seolah-olah mereka tidak mahu tunduk kepada undang-undang. Di Stesyen LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur pagi semalam, ahli-ahli Angkatan Muda parti itu tanpa rasa bersalah dan bimbang, malah seolah-olah mahu mencabar kuasa undang-undang terus menyebar dakyah terhadap Felda.

Tetapi kali ini pengendali Suara Keadilan 'membuang' (mentiadakan) perkataan 'Suara' pada surat berita parti itu. Sebaliknya sekadar meletakkan 'Keadilan' sahaja pada nama akhbar. Suratberita itu pula tidak di catat nama atau alamat percetakan.

Ini adalah helah terbaru PKR untuk mengambil kesempatan keatas Akta Penerbitan Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. Mengikut akta itu, penerbitan yang dikeluarkan bagi kali pertama tidak memerlukan permit kecuali 'penerbitan atas tajuk akhbar yang sama secara berkala'. Isi akhbar Keadilan itu tetap sama sebelum ini - penuh provokasi dan fitnah dilemparkan terhadap Felda.

Permit Suara Keadilan sebelum initidak diperbaharui setelah Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran KDN tidak menerima sebarang penjelasan daripada pihak penerbitan akhbar terbabit berhubung penyiaran artikel bertajuk Felda Bangkrap. Kenyataan yang di keluarkan itu bukan sahaja berbentuk fitnah dan pembohongan malah bertujuan menjejaskan kepercayaan peneroka terhadap kredibiliti Felda.

Tindakan mengeluarkan artikel itu juga dilihat sebagai kecenderungan pihak tertentu untuk menyerang institusi yang ada kaitan dengan orang melayu dan membina kebencian rakyat terhadap Felda. Sebelum inipun, akhbar Suara Keadilan turut memfitnah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan menyiarkan artikel bahawa Zambry di halang memasuki Amerika Syarikat. Ia kononnya kerana nama Menteri Besar itu tersenarai dalam pengkalan data pengganas antarabangsa. Bagaimanapun lidah rasmi PKR itu memohon maaf kepada Zambry yang di nyatakan dalam edisi terbaru akhbar tersebut keluaran bertarikh 30 Mac hingga 6 April.

Sebelumnya pada 25 Febuari lalu, Zambry bertindak memfailkan saman RM100 juta terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga lagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau mengambil keputusan tersebut setelah akhbar berkenaan yang diberi peluang memohon maaf, enggan berbuat demikian.

Apa yang ketara semalam, laporan-laporan tidak berasas Suara Keadilan kini 'berselindung' pula disebalik akhbar Keadilan yang diedarkan di Stesyen LRT Masjid Jamek. Jelaslah ia perlu dikekang menerusi tindakan undang-undang.

Keputusan kerajaan meneruskan saman RM200 juta keatas Suara Keadilan adalah jalan terbaik menghentikan fitnah dan dakyah PKR. Felda perlu terus dipertahankan sebagai organisasi yang telah banyak berjasa dan tidak boleh tunduk kepada tuduhan pihak yang tidak bertanggungjawab menyatakannya bangkrap. Felda kini mempunyai aset wang tunai kira-kira RM1.3 Billion. Dakwaan kononnya ia bangkrap adalah sesuatu yang menghairankan.

No comments:

Post a Comment