Sunday, July 18, 2010

FITNAH : MUZAKARAH SAYA DENGAN ORANG KUAT PAKATAN RAKYAT

Semenjak beberapa hari ini, banyak perkara menarik yang telah berlaku di Malaysia. Kita di paparkan dengan bermacam-macam isu seperti :

1) Kenaikan harga petrol dan gula
2) Pencuri pasir di Selangor
3) Serangan kepada agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis dan SPRM
4) Penglibatan Anwar dengan agensi perisikan CIA

Hari ini saya sempat bertemu dan bermuzakarah dengan seorang orang kuat PKR di sebuah majlis. Beliau tidak berapa mengenali saya dan semasa memulakan perbualan, beliau terus mengutuk Kerajaan kerana menaikkan harga petrol dan gula. Katanya, Kerajaan Malaysia telah menzalimi rakyat kerana mengurangkan subsidi dan duit dari subsidi ini akan di belanjakan untuk perkara-perkara yang bukan untuk kebaikan rakyat. Berbagai FITNAH lain di sebut seolah-olah apa yang di lakukan Kerajaan semuanya salah.

Saya membiarkan beliau habis bercakap dan seterusnya saya terus bertanya kepada beliau :

Soalan Berkaitan Subsidi











1) apakah kesan kenaikan harga petrol pada beliau sebulan? Katakanlah beliau menggunakan 100 liter petrol sebulan, kesan kenaikan pada beliau hanyalah RM 5.00 sahaja.
2) apakah kesan kenaikan gula pada beliau sebulan? Katalah beliau menggunakan 2 kg gula sebulan, kesan kenaikan gula pada beliau hanyalah RM 0.50.
3) apakah nilai petrol dan gula di Malaysia berbanding dengan negara-negara jiran kita?
4) mengapa petrol dan barang-barang yang di subsidi di negara kita menjadi kegemaran penyeludup untuk di seludup ke negara mereka?
5) Apakah sebab Kerajaan mengurangkan subsidi?
6) Pernahkah beliau melawat ke negara-negara lain dan bandingkan apa yang berlaku di negara lain dengan di negara sendiri?

Apabila saya bertanyakan soalan ini, beliau lebih banyak terdiam dan tidak dapat menjawab soalan saya. Tidak habis dengan itu, saya pula bertanyakan soalan yang berkait dengan isu pasir di Selangor. Saya rujuk kepada pengambilan pasir secara haram di kawasan Kuala Langat yang tidak jauh dari rumah beliau.

Soalan Berkaitan Rompakan Pasir























1) Pernahkah beliau melawat dan pergi tengok sendiri apa yang sedang berlaku? Tak payah pergi jauh-jauh, cuma pergi ke
tempat yang berhampiran di rumah beliau pun kira ok.
2) Sedarkah beliau, berapa banyak hasil yang telah di curi dari bumi Selangor ini?
3) Adakah beliau sedar, rompakan pasir ini adalah tersangat parah berbanding di bawah pimpinan Kerajaan Negeri yang dahulu?
4) Sejak bila tanah milik Kerajaan Negeri boleh di ambil pasir?
5) Siapakah yang untung hasil dari rompakan pasir?
6) Siapakah dalang di sebalik rompakan pasir ini?
7) Adakah beliau percaya hasil dari kutipan pasir yang di umumkan oleh Kerajaan Negeri?
8) Adakah beliau percaya dengan ketelusan KSSB?

Selepas soalan ini di tanya, beliau terus mengakui dan menceritakan tentang keresahan yang beliau alami akibat dari isu pasir ini kerana kecurian pasir di kampung beliau itu memang sangat parah. Kesan daripada pengorekan pasir ini menyebabkan tebing sungai runtuh dan juga di khuatiri jambatan yang menuju kerumah ayah beliau juga mungkin akan runtuh. Di samping itu, lori-lori yang membawa pasir juga begitu kerap merosakkan jalan dan membahayakan penduduk kampung.

Saya bertanya lagi kepada beliau soalan-soalan berikut :

Soalan Berkaitan Jenayah




















1) Tahukah beliau situasi pelacuran yang sedang melanda Negeri Selangor sekarang?
2) Tahukah beliau Selangor telah di kenali dengan nama Pat Pong Malaysia, sempena pusat pelacuran terkenal di Bangkok Thailand?
3) Tahukah beliau siapakah yang melindungi gangster-gangster yang membekalkan pelacur ini?
4) Tahukah beliau perompak dan penjenayah di beri gelaran 'hero' oleh Kerajaan Negeri Selangor?
5) Tahukah beliau, apabila Polis atau SPRM ingin membenteras jenayah ini, mereka akan di serang dan di tuduh macam-macam seolah-olah mereka pula adalah penjenayah?
6) Tahukah beliau, kedai-kedai penjualan CD haram tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Negeri Selangor?
7) Tahukah beliau yang gangster-gangster menganggap Negeri Selangor adalah syurga bagi mereka?
8) Adakah Kerajaan Negeri memberi sumbangan penghargaan kepada Pegawai Penguatkuasaan seperti Polis yang cedera atau sakit semasa bertugas?
9) Pernahkah beliau melawat Bangunan SUK semasa Kerajaan BN memerintah dan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah sekarang? Kalau belum, saya suruh beliau duduk di pintu pagar dan tengok siapa yang keluar masuk SUK selama sehari. Tengok, berapa banyak orang melayu, cina dan india yang masuk SUK.

Apabila soalan-soalan ini di tanya, saya dapat melihat reaksinya yang kurang senang dengan soalan yang di lemparkan oleh saya. Belum sempat saya nak masuk soalan tentang Anwar, beliau dengan penuh yakin membuat kenyataan seperti berikut :

KITA TUNGGU PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG INI DAN TUKAR KERAJAAN!!!

Saya bersyukur kerana akhirnya orang kuat PKR ini dapat berfikir dengan waras dan tidak emosi.

No comments:

Post a Comment