Aduuuuuhhhhh.... soalan apa ni? Saya percaya yang beliau memang bermaksud nak kenakan Polis kerana beliau juga ada menyebut Polis Hutan dan PGA. Akhirnya beliau malu sendiri bila menteri yang bertanggungjawab memaklumkan ia adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri yang berkaitan... Hari tu seorang pemimpin parti pembangkang juga mempersoalkan mengapa pihak polis tembak perompak yang sedang merompak rumah orang.... Aduuuuuhhhhh... apa punya soalan ni? Takkanlah Polis nak senyum bila nak tangkap penjenayah yang tengah menghayun parang? Apa agaknya yang akan di buat oleh pemimpin pembangkang tersebut kalau rumah dia di masuki perompak yang bersenjatakan parang?
Entahlah apa nak jadi sekarang ni. Sepatutnya kita kena bersyukur dan berterima kasih yang amat sangat dengan Polis kerana tanpa mereka, dah lama Malaysia huru-hara.
No comments:
Post a Comment