Sunday, July 4, 2010

FITNAH! FITNAH! FITNAH!

Apa nak jadi dengan orang-orang kita sekarang ni? Aku dah semakin tak faham dengan mereka ini. Tak takutkah mereka ini dengan azab Allah di kemudian hari? Kalau nak ikutkan, tiap-tiap tahun pergi umrah dan menunaikan haji, tapi bila balik sama je. Kadang-kadang makin bertambah teruk.

Media elektronik merupakan medium yang paling popular untuk menyebarkan fitnah. Yang menyakitkan hati, fitnah mereka ini telah memporak porandakan negara. Rakyat jadi keliru dengan apa yang berlaku. Memang benar apa yang di perkatakan, iaitu fitnah akan berleluasa di akhir zaman.

Setiap hari kita di sajikan dengan bermacam-macam cerita dan berita. Kalau di media cetak, mereka ini akan lebih berhati-hati, kerana kalau tidak akan di saman. Yang terbaru, akhbar Suara Keadilan dimana lesennya telah digantung oleh KDN dan penerbitnya di saman berjuta-juta... PADAN MUKA. Yang lain-lain, kalau tak berhati-hati akan menerima nasib yang sama juga.

Tapi, bagaimana pula dengan media elektronik seperti website dan blog? Kalau kita tengok, Malaysiakini, Malaysia Today dan banyak lagi blog yang hari-hari menabur fitnah. Yang syoknya, fitnah sekarang siap guna statistik dan macam-macam foto untuk menguatkan hujah. Waaubagaimanapun ia tetap fitnah. Kerajaan sehingga hari ini masih lagi belum berjaya sepenuhnya untuk membenteras penyebaran fitnah ini. Kadang-kadang kesian dengan pihak polis dan pasukan keselamatan yang cuba untuk membenteras kegiatan ini, kerana mereka juga di fitnah dengan bermacam-macam cerita tidak betul.

Aku memang marah bila pasukan keselamatan di fitnah dengan bermacam-macam cerita yang bukan-bukan. Pernah beberapa tahun dulu, pasukan Polis yang bertungkus lumus menjaga keselamatan negara di cemuh hanya kerana seorang penjenayah besar mati dalam lokap. Akibatnya, pasukan polis di anggap macam penjenayah dan penjenayah di anggap hero.... Semuanya akibat fitnah. Fikirlah sikit, takkan polis kalau nak tangkap penjenayah yang ada senjata merbahaya kena mintak izin dulu sebelum boleh gari....

Tak habis di situ, kemudian SPRM pula di fitnah dengan bermacam hal dan yang paling hangat ialah apabila kematian Teoh Beng Hock. Kalau difikirkan betul-betul, apalah gunanya SPRM nak bunuh si Teoh ni? Dari dulu lagi dah beribu-ribu orang kena soal siasat tapi tak pernah lagi ada yang mati. Macam-macam teori yang keluar, hinggakan pakar forensik dari Thailand yang tak dipercayai di negara dia sendiri pun di minta beri pendapat. Dia juga telah memfitnah dalam memberikan kenyataan awal tetapi apabila autopsi kedua di buat, dia tak sanggup nak memperbetulkan fitnah yang di buat sebelum ini kerana fakta mengatakan sebaliknya.

Cukuplah dulu kali ini. Sebenarnya banyak lagi yang membuak dalam hati ni, tapi Insyaallah aku akan ceritakan pada posting yang akan datang.

AKU ANTI FITNAH


No comments:

Post a Comment