Sunday, July 4, 2010

FITNAH : FELDA BANKRAP

Di dalam berita dan akhbar hari ini telah memuatkan kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak berkenaan fitnah yang telah di lemparkan oleh Suara Keadilan terhadap Felda. Felda, sebuah agensi di bawah kerajaan telah di katakan bankrap, betulkah?

Aku telah membaca apa yang di tulis di dalam akhbar berkenaan dan juga dari laman-laman blog yang lain berkaitan isu ini. Dalam masa yang sama juga, aku telah berjumpa dengan beberapa orang yang bekerja di Felda dan bertanyakan hal ini. Menurut mereka, apa yang di laporkan adalah tidak betul sama sekali. Semuanya Fitnah! Fitnah! Fitnah!

Kesian Felda.... sebagai sebuah organisasi yang telah banyak meningkatkan imej orang melayu di tuduh dengan fitnah-fitnah yang tak betul. Orang-orang dalam Felda bekerja bertungkus-lumus untuk menaikkan imej organisasi hinggakan Felda telah dikenali di peringkat antarabangsa. Yang membanggakan, Felda kini telah berjaya mengembangkan sayapnya dengan pelaburan di luar negara dan projek-projek yang di buat semuanya akan mendapat pulangan yang besar nanti. Sebagai contohnya, pelaburan penempatan di Mekah. Kalau mengikut statistik, setiap tahun, peningkatan jemaah yang buat umrah atau haji sentiasa naik dan tak pernah turun maka mereka yang ke Mekah mestilah nak cari tempat penginapan. Takkan lah baru beberapa bulan beroperasi dah nak kena untung kot? Logik lah sikit.....

Apabila di teliti baik-baik, fitnah jahat ini di sasarkan untuk menjejaskan imej Dato Seri Najib Tun Razak dan juga institusi yang berkaitan dengan orang melayu.... Yang sedihnya, yang buat fitnah ni juga orang melayu..... Oiii melayu...sedarlah sikit.

AKU ANTI FITNAH

No comments:

Post a Comment