Bohong...itu memang strategi PKR FI Sebelum ini dah banyak cerita pembohongan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah kerana itu juga Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim menggelar Ketua Pembangkang itu sebagai ‘Ketua Pembohong’. Peliknya, bukan sahaja Anwar mereka-reka cerita bohong terutama pasal Pelan 16 September tetapi orang lain yang rapat dengannya juga diminta berbohong. Semuanya gara-gara ingin menumbangkan kerajaan serta memalukan pemimpin Barisan Nasional (BN). Hal ini diakui sendiri Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin ketika beliau membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat, Rabu. Bekas pemimpin PKR itu mendakwa bahawa beliau disuruh melakukan bermacam pembohongan ketika bersama pembangkang dalam strategi menumbangkan kerajaan BN. "Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat,” katanya menjawab pertanyaan ahli parlimen BN Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN. "Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang. "Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya,” tambahnya. Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998. "Contoh, saya buat cerita mengenai kena racun arsenik. Saya antara orang terdepan yang bawa isu arsenik,” katanya merujuk kepada dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi racun tersebut semasa dalam tahanan ketika itu. Menyentuh mengenai pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah, Zulkifli menegaskan tidak guna parlimen membentang atau meluluskan rang undang-undang sekiranya pihak mahkamah sendiri tidak mempertahankan integritinya. Katanya, institusi berkenaan kena mempertahankan kewibawaan masing-masing sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan sebagainya. “Kita di Parlimen beri kuasa kepada banyak badan berkenaan tetapi ada kes setiausaha politik kepada menteri yang ditahan kerana kes rasuah ada 48 peti besi tetapi tiada tindakan. Ini menimbulkan persepsi kepada rakyat ada ‘double standard’ dalam sesuatu tindakan dan integriti badan berkenaan akan dipertikai,” katanya. Menurut Zulkifli, parlimen boleh beri sebanyak mana kuasa kepada badan-badan tertentu tetapi jika pihak berkenaan gagal mempertahan integriti mereka sendiri, pindaan rang undang-undang tidak membawa makna. “Badan-badan yang diberikan kuasa dan mandat ini perlu menjaga integitri disamping melaksanakan kuasa diberikan secara adil telus dan bebas,” katanya. Katanya, tindakan perlu diambil tanpa mengira siapa terlibat bagi mengelak persepsi kepada rakyat kononnya ada pilih kasih dalam kes-kes tertentu. Beliau turut menyentuh prosiding penggunaan bahasa Malaysia di mahkamah yang tidak diberikan penegasan jelas sedangkan dalam Perlembagaan jelas mengenai keutamaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. (Agendadaily & MyKMU) |
Tuesday, July 13, 2010
FITNAH : PENDEDAHAN YB ZULKIFLI DI PARLIMEN... APA KATA PKR?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment